Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Uniknya! Di Jepun, Lelaki Botak Akan Diberi Diskaun

13-12-2017 01:05 PM|Oleh: Has | Dilihat: 937| Komen: 4

Wah, siapa sangka lelaki botak begitu dihargai dijepun! Pelik, bukan? Kini, lelaki Jepun yang ingin melepaskan penat lelah setelah seharian bekerja mempunyai beberapa tempat unik untuk dituju.

Di negara matahari terbit ini, beberapa hotel menawarkan diskaun kepada pengunjung yang botak selepas tukang cuci merungut apabila mereka perlu mengutip helaian rambut tetamu yang gugur.


Foto: The Times

Memetik The Times, Hotel Tetora yang memiliki 20 cawangan hotel menawarkan 'diskaun botak' iaitu potongan harga sebanyak 300 yen sehingga 500 yen (RM11-RM18) sebagai langkah mengelak gumpalan rambut di lantai mahupun di lubang salur air bilik mandi.


Eew, pernah tak keadaan ini berlaku pada anda? Tengok rambut bergumpal pada sikat pun dah geli, apatah lagi berserak di lantai kan?

Di daerah Akasaka pula, terdapat sebuah restoran bernama Otasuke Izakaya khas buat kaum lelaki di Tokyo Jepun. Apa yang menariknya, restoran ini menjadi tumpuan kerana rata-rata tetamunya adalah golongan yang sudah berumur, lapor Suara.com. 


Foto: Suara.com/Toru Hanai


Foto : In.reuters


Foto : Pinterest

Pemiliknya, Yoshiko Toyoda sebelum ini memikirkan bagaimana caranya untuk menghargai lelaki di samping meringankan beban mereka. 

"Suatu hari, saya berjalan di pusat bandar dan melihat lelaki botak. Ketika itulah tercetusnya idea untuk memberi diskaun kepada tetamu lelaki botak.

"Masyarakat di Jepun menganggap botak adalah satu isu yang mengaibkan. Berbeza dengan Hollywood, malah beberapa artis bahkah berbangga membawa imej botak mereka. 

"Saya fikir ia bagus untuk memupuk semangat itu di sini," katanya.


Foto : Citizen6

Yang uniknya, diskaun diberi mengikut jumlah 'kepala'. Semakin ramai yang datang, semakin banyak diskaun diberi. Jadi, kalau nak dapat diskaun yang banyak, datanglah beramai-ramai. Bagus bukan?

Promosi ini adalah tanda penghormatan kepada lelaki yang membanting tulang dalam menyara keluarga. Bagi mereka, botak itu terjadi akibat tekanan kerja. 


Beruntungnya lelaki di Jepun ni. Golongan wanita tak dapat apa-apa diskaun ke?

Eh, untuk wanita pun ada. Sebuah bar bernama My Place di sebuah hotel di Hilton Osaka menawarkan diskaun kepada wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Semakin tinggi tumitnya, semakin banyak diskaun diberi.


Foto: rocketnews24

Banyak budaya menarik di Jepun dan kadang-kadang ianya terlalu unik sehingga kelihatan pelik di mata dunia. Di malaysia, ada tak benda-benda pelik macam ni? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 4
Komen

Previous : Malaysia Ibarat Keluarga Kedua Saya CLewis Hamilton

Next       : Anak Yang Didera Akan Pukul Pasangan Mereka Kelak, Tak Percaya? Hadam Ni!

Komen Terbaru

Quote yangsemb 17-12-2017 04:59 PM
Owh...ini bagus {:thief

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 13-12-2017 02:44 PM
Betul tu macam2 yang pelik ada kat sana
Quote @chik 13-12-2017 06:50 PM
Pelik pelik huhu..
Quote kimchipedas 14-12-2017 12:54 AM
Betul sgt unik dan pelik dorg ni
Quote yangsemb 17-12-2017 04:59 PM
Owh...ini bagus {:thief

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042694s Gzip On
    To Top