Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Paris Tutup Pasar Raya Halal Sebab Tak Jual Arak, Babi

7-12-2017 04:47 PM |Dilihat:1259| Komen: 29
Hanya kerana tidak menjual arak dan daging babi, sebuah pasar raya halal di Perancis diarahkan ditutup.

Menurut The Independent seperti dipetik FMT, Pasaraya Mini Good Price di Colombes didakwa gagal mematuhi kontrak penyewaan premis iaitu gagal bertindak sebagai 'pasar raya umum'.


Foto: The Independent

Pasar raya itu didakwa gagal memberi perkhidmatan sewajarnya kepada penduduk setempat apabila tidak menjual produk arak dan babi.



Bagaimanapun, pengurus pasar raya itu berkata, perniagaan mereka dijalankan berdasarkan permintaan pasaran tempatan.

Walaupun mendapat sokongan daripada peguam, mahkamah tetap bertegas ia harus ditutup.

"Pasaraya Mini Good Price tiada kewajipan menjual alkohol kerana ia bukan sebahagian daripada diet umum, sebaliknya sekadar pelengkap makanan," katanya.


Foto: Mail Online

Namun, mahkamah menyangkal hujah itu dengan mengatakan bekalan di kedai itu tidak memenuhi konsep kebaikan umum secara meluas.

Berikutan itu, pengurus Pasaraya Mini Good Price diusir selain kontrak penyewaan premis itu ditamatkan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 29
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote izzat1987 10-12-2017 12:24 PM
FOTHER-MUCKER: &nbsp; &nbsp;Edited by FOTHER-MUCKER at 6-12-2017 06:34 PM&nbsp;&nbsp;VIDEO DEMO&nbsp;&nbsp;<a href="https://m.youtube.com/watch?v=8qSJ3OsuJe8" target="_blank">https://m.youtube.com/watch?v=8qSJ3OsuJe8</a>&nbsp; &nbsp; Desak tidak jual arak secara terbuka&nbsp; &nbsp;Sori&nbsp;&nbsp;...


Arak dan babi membahayakan kesihatan dan mudarat yg besar misalnya merogol, memukul dan membunuh org tanpa sedar ketika mabuk teruk. Ketahuilah hanya sedikit sahaja kebaikan arak sebab tu ia diharamkan oleh Allah Tuhan semesta alam.

Lain-lain Komen

Quote FOTHER-MUCKER 7-12-2017 08:34 AM
Manakala di malaya ummah suchi berdemo kerana pasaraya dan seben heleben menjual arak.
Quote dinopower2 7-12-2017 10:12 AM
FOTHER-MUCKER replied at 7-12-2017 08:34 AM
Manakala di malaya ummah suchi berdemo kerana pasaraya dan seben heleben menjual arak.

ni aku nak kritik skit pndgn ko nih...
masa bila plak org berdemo psl 7e jual arak.... klau rakyat msia ni ala2 taliban dah lama katup 7e tu....
jgn la dok pndgn islam tu ganas... bila puak kafir buat bleh plak disokong.....  
Quote chaotic_soul 7-12-2017 10:14 AM
biaq pi ke depa la.
Quote Dwdrum 7-12-2017 10:22 AM
Kenapa tidak buat concept seperti malaysia... buat non halal section ...
Sometimes i kesian juga pada muslim ini... i ada colleague muslim ikut buat site di negara kafir yang susah dapat makanan halal .... biasalah kerja cakap 2 weeks boleh jadi 1 bulan .... bila habis stock makanan beliau ....jadi kambing sekejap makan sayur dan buah buahan saja .. suruh makan ikan tetap was was memang payah species begini ...but pilihan beliau i ok sajalah ...
Quote FOTHER-MUCKER 7-12-2017 10:24 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-12-2017 06:34 PM
dinopower2 replied at 6-12-2017 06:12 PM
ni aku nak kritik skit pndgn ko nih...
masa bila plak org berdemo psl 7e jual arak.... klau rakya ...
VIDEO DEMO https://m.youtube.com/watch?v=8qSJ3OsuJe8

Desak tidak jual arak secara terbuka
Sori bukan seven 11.


[size=14.850000381469727px]



10 Nov 2014 - Berang dengan kedegilan sebuah pasar raya yang enggan memenuhi permintaan mereka, lebih 100 penduduk Salak Tinggi berhimpun di hadapan pasar raya Speedmart 99 di Taman Salak Baiduri di sini petang kelmarin mendesak agar premis itu tidak menjual arak secara terbuka.

Pasar raya yang baru beroperasi beberapa tahun itu didakwa masih menjual arak walaupun banyak kali bantahan telah dibuat.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Salak Baiduri, Hishamuddin Hanafiah berkata, penduduk membantah penjualan arak secara terbuka itu memandangkan hampir 100 peratus daripada kira-kira 10,000 penduduk di kawasan itu beragama Islam.

Kami bukan meminta mereka menutup perniagaan, sebaliknya mahu mereka jangan menjual arak dan hormat sensitiviti masyarakat Islam di sini.

Kami bimbang penjualan arak secara berterusan di tempat kami lambat laun akan mengundang gejala sosial dan jenayah di kawasan ini, katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin



SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.


SHAH ALAM, 25 Mei:Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.

Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.

Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.

Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam.

Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu.
Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu. (gambar bawah)

Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang.

"Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.

Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan.

Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu.

PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya, katanya pada satu sidang media.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.

"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak.

"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam.

"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka.

"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah  kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.

"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya.

Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif.

Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat.



Quote dinopower2 7-12-2017 10:28 AM
FOTHER-MUCKER replied at 7-12-2017 10:24 AM
Desak tidak jual arak secara terbuka
Sori bukan seven 11.

soalnya skrg still bebas jual arak kan.... bknnya ade so called penganas ni p jahanam kedai jual arak tu....aku letih tgk stigma... label penganas bg kat org islam... sbb segelintir puak2 ni...hbis pukul rata.....  cukup2 la label diberi media barat camtu....
ngan org msia sendiri.... pun pkir mcm tu....
Quote Vokuro 7-12-2017 10:30 AM
selayak nya lah. kedai taliban kan?
Quote FOTHER-MUCKER 7-12-2017 10:39 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-12-2017 07:27 PM
dinopower2 replied at 6-12-2017 06:28 PM
soalnya skrg still bebas jual arak kan.... bknnya ade so called penganas ni p jahanam kedai jual a ...

Ada saya kata pengganas?

Demo bantah jual arak di 99 mart.
https://m.youtube.com/watch?v=8qSJ3OsuJe8


Bantah jual arak 77-11
https://m.youtube.com/watch?v=E1jMvpXaJBc


Demo bantah jual arak di aeon big bangi
https://m.youtube.com/watch?v=4kYiIX3KHxk
Quote dodolgemokgila 7-12-2017 10:39 AM
Dwdrum replied at 7-12-2017 10:22 AM
Kenapa tidak buat concept seperti malaysia... buat non halal section ...
Sometimes i kesian juga p ...

Tu bimbo namanya. Boleh jah makan seafood bagai, xperlu nak jadi kambeng. Sendiri sengsara dgan kebodohan diri. Cash lah
Quote hanakikan 7-12-2017 10:44 AM
dodolgemokgila replied at 7-12-2017 10:39 AM
Tu bimbo namanya. Boleh jah makan seafood bagai, xperlu nak jadi kambeng. Sendiri sengsara dgan ke ...

tu lah sis, first time gi obersea agaknya. kerja outstation 2 minggu sampai 1 bulan je, org yg migrate sampai beranak pinak boleh je survive kat kawasan yg susah nak dapatkan halal food.
Quote FOTHER-MUCKER 7-12-2017 10:45 AM
Dwdrum replied at 6-12-2017 06:22 PM
Kenapa tidak buat concept seperti malaysia... buat non halal section ...
Sometimes i kesian juga p ...

Saya tidak pasti dengan ummah Moslem di US, kalau di eropah ummah Moslem ok aja makan di restaurant tidak halal yang memang ada jual babi, tetapi kami tidak pesan makana yanh ada daging babi.
Quote Maideen. 7-12-2017 10:49 AM
Dwdrum replied at 7-12-2017 10:22 AM
Kenapa tidak buat concept seperti malaysia... buat non halal section ...
Sometimes i kesian juga p ...

Katanya buat halal dan non halal section pon tak boleh bagi orang Isle. Ini disebabkan ada lobai cakap  ada ada hadis yang bermaksud:

"Dan Allah akan melaknat orang yang membuat kilang arak (yakni construction worker termasuk tukang cat), yang meresmikan pembukaan kilang arak, yang bekerja di kilang arang (termasuk security guard, janitor dan kerani akaun), tukang packing arak, tukang bawak arak dari kilang ke night kelab ( dalam bahasa arab disebut kelabun malamun), lori driver dan kelindan, tukang susun arak, tukang hidang arak, tukang ambik order minuman arak, tukang cipta reka iklan arak dsbnya. "

Wallahualam.
Quote fushimi 7-12-2017 10:55 AM
Dwdrum replied at 7-12-2017 10:22 AM
Kenapa tidak buat concept seperti malaysia... buat non halal section ...
Sometimes i kesian juga p ...

kesiannya kawan uols

patutnya dia lebih terbuka bila berada di negara non muslim

lain kali suruh dia bawak makanan 1 kontena
Quote FOTHER-MUCKER 7-12-2017 10:57 AM
Maideen. replied at 6-12-2017 06:49 PM
Katanya buat halal dan non halal section pon tak boleh bagi orang Isle. Ini disebabkan ada lobai c ...

Maiden, orang islam di eropah siap pakai kopiah lagi ok aja kerja di pasaraya susun daging babi letak atas rack!

Manakala orang orang islam makan di restaurant yang ada menyediakan masakan daging babi. Tetapi mereka tidak makan babi lah.

Apasal orang islam di eropah cukup berbeza dengan orang islam di malaysia? Jadi pertanyaan saya disini mana satu isle sebenar?
Quote yangsemb 7-12-2017 11:02 AM
Owh..how sad
Quote Dwdrum 7-12-2017 11:05 AM
dodolgemokgila replied at 6-12-2017 06:39 PM
Tu bimbo namanya. Boleh jah makan seafood bagai, xperlu nak jadi kambeng. Sendiri sengsara dgan ke ...

Dalam dunia reality tidak sampai hati mahu cash kan dodol ...walaupun terpancar kebodohan sendiri ...btw beliau arab american leluhur jordan ... tidak makan udang cockles etc cuma ikan saja ...
Quote Dwdrum 7-12-2017 11:14 AM
FOTHER-MUCKER replied at 6-12-2017 06:45 PM
Saya tidak pasti dengan ummah Moslem di US, kalau di eropah ummah Moslem ok aja makan di restauran ...

Ada yang ok saja ada yang terlalu islamic pun ada ...yang lawak pun ada i ada guest dari padang paser .... i dengan husband invite lah datang dinner di rumah i sebab beliau seorang saja ..... boleh pula buat request dekat i mahu makanan halal tiada babi tetapi mahu wine dari starter to dessert non stop tonggok wine ...lol
Quote dodolgemokgila 7-12-2017 11:16 AM
Dwdrum replied at 7-12-2017 11:05 AM
Dalam dunia reality tidak sampai hati mahu cash kan dodol ...walaupun terpancar kebodohan sendiri  ...

Xpe la sis, herdik dalam hati jah smbil senyum sinis padanya.
Quote FOTHER-MUCKER 7-12-2017 11:23 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-12-2017 07:24 PM
Dwdrum replied at 6-12-2017 07:14 PM
Ada yang ok saja ada yang terlalu islamic pun ada ...yang lawak pun ada i ada guest dari padang pa ...

Saya biasa nampak dia orang minum wine dan beer semasa dinner bersama keluarga. Kebiasaan yang minum tu lelaki.

Membuatkan saya terfikir tidak haram minum alcohol selagi ianya tidak Menghayalkan. Maklumlah yang minum tu adalah ummah suchi arab!

Sama juga dengan lobai malaya yang mana sangat berharap kerajaan menghalalkan ganja.

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
1.223306s Gzip On
To Top