Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Anda Mungkin Tak Sedar 8 Tanda Kanser Ini Ada Pada Anda!

20-12-2017 03:19 PM|Oleh: Has | Dilihat: 2554| Komen: 14

Umum tahu kanser atau barah adalah penyakit yang menyerang manusia dalam senyap. Dah ramai yang sudah menjadi mangsanya dan tiada ubat khusus bagi menyembuhkan penyakit berbahaya ini.

Bagi mengelakkan barah daripada menghingapi tubuh badan anda, anda perlu tahu apakah tanda awalya seperti dipetik dari portal Merdeka ini. Lebih baik mencegah daripada merawat, kan?


1) Perubahan ketika membuang air besar

Foto: jeffhasen.com

Jika mengalami cirit birit secara berterusan ataupun perubahan dalam membuang kotoran, maka segeralah berjumpa doktor bagi mengenal pasti punca ia berlarutan. Ia mungkin kanser yang terjadi dari saluran pencernaan.


2) Sakit ketika membuang air kecil
Terasa nyeri setiap kali membuang air kecil? Awas ya! Ia juga boleh menjadi tanda anda menghidap kanser prostat dan pundi kencing.


3) Luka di mulut

Foto : Slideshare

Jangan pandang remeh jika terdapat luka di mulut yang muncul secara tiba-tiba kerana ia boleh menjadi tanda kanser mulut, kanser kulit, atau kanser yang mempengaruhi alat kelamin anda. 


4) Pendarahan
Sebarang pendarahan selepas membuang kotoran, batuk berdarah atau mempunyai cairan mencurigakan berkemungkinan disebabkan oleh pelbagai jenis kanser yang boleh meragut nyawa anda.


5) Benjolan di tubuh

Foto: thesocialmag.net


Foto: yourstory.com

Benjolan terutama di payudara boleh menjadi kesan dari kanser payudara. Jadi, selalulah periksa payudara 
anda ketika mandi ya, ladies!


6) Gangguan pencernaan

Foto: Reader's Digest

Selain perubahan tekstur kotoran (ketika membuang air besar), gangguan pencernaan juga boleh menunjukkan tanda kanser saluran 
cerna bahagian atas. Segeralah berjumpa doktor jika anda kerap sakit perut.


7) Pertumbuhan rambut secara tiba-tiba
Rambut atau bulu yang tumbuh tiba-tiba di tubuh anda boleh menjadi tanda awal anda diserang barah!


8) Kerap demam

Foto: Harvard Health

Sering mengalami demam mungkin adalah tanda awal anda diserang kanser yang berkait rapat dengan sistem kekebalan tubuh. Ini bermakna kanser sudah pun merebak ke 
organ lain.

Selalu perhatikan perubahan yang berlaku pada diri anda. Kadang-kadang, benda yang kita sangka biasa itulah menyebabkan keadaan kita bertambah parah tanpa disedari. Semoga info ini bermanfaat untuk anda. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Previous : 5 Jenis Makanan Penyumbang Kanser, No 2 Tu Memang Mengejutkan!

Next       : Jaga-jaga, Golongan Darah A Mudah Diserang Stres Sebab...

Komen Terbaru

Quote N_nurr 21-12-2017 09:26 AM
salmon-suki replied at 20-12-2017 11:45 PM
Lately selalu jugak demam..pastu kebah,pastu xlama demam balik..sblm ni doc check darah,cantik je..h ...

Better g cek klo demam lg.. kite slalu dmm on off tp cek darah ok jer.. n last rsult de tonsilitis.. doc suggest operate buang tonsil tu...

Lain-lain Komen

Quote nisako 20-12-2017 04:39 PM
wow.....................
Quote batu kikir 20-12-2017 04:46 PM
Very good info. Adik ipar kena kanser....dah kembali ke rahmatullah. Muda sangat lagi
Quote Eliadaisy83 20-12-2017 04:50 PM
Good info...tq
Quote DeeHanania 20-12-2017 05:22 PM
Good info...
Quote mizz_fatyn 20-12-2017 05:28 PM
gud info
Quote jazaa100 20-12-2017 05:28 PM
Edited by jazaa100 at 20-12-2017 05:30 PM
batu kikir replied at 20-12-2017 04:46 PM
Very good info. Adik ipar kena kanser....dah kembali ke rahmatullah. Muda sangat lagi



Innalillahhhiwainailahhirahjiun....

Kanser apa?....
Quote sinalegna 20-12-2017 07:49 PM
Bukan tak sedar.. but people are often in denial. Sebab tu selalu bila dpt detact dah critical, not early stage
Quote Jorja 20-12-2017 10:58 PM
Jangan ego tak mau p klinik
Quote InVendeTTa 20-12-2017 11:04 PM
Jorja replied at 20-12-2017 10:58 PM
Jangan ego tak mau p klinik

Percayalah..kalo ko pergi klinik doktor
x reti sgt.tau nak ubat demam jek..so symtom2 kanser ni mereka selalu anggap bende kecil.so kalo nak sure tentang symptom2 yg meragukan kita,pergi sepital swasta buat full body checkup.mahalnya mmg beribu tp worth for your peace of mind
Quote gigahertz 20-12-2017 11:33 PM
InVendeTTa replied at 20-12-2017 03:04 PM
Percayalah..kalo ko pergi klinik doktor
x reti sgt.tau nak ubat demam jek..so symtom2 kanser ni  ...

betul betul full checkup berapa ya?
Quote salmon-suki 20-12-2017 11:45 PM
Lately selalu jugak demam..pastu kebah,pastu xlama demam balik..sblm ni doc check darah,cantik je..hihi..abnormal pulak rasa..{:shy
Quote yangsemb 21-12-2017 07:02 AM
Seram tau...but good to know
Quote friedfishsoup 21-12-2017 08:04 AM
Thanks for the info
Quote N_nurr 21-12-2017 09:26 AM
salmon-suki replied at 20-12-2017 11:45 PM
Lately selalu jugak demam..pastu kebah,pastu xlama demam balik..sblm ni doc check darah,cantik je..h ...

Better g cek klo demam lg.. kite slalu dmm on off tp cek darah ok jer.. n last rsult de tonsilitis.. doc suggest operate buang tonsil tu...

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043473s Gzip On
    To Top