Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Neelofa Tepis Dakwaan Berlagak Dengan Upiak, Mohon Maaf Pada Netizen

7-12-2017 12:51 PM|Oleh: Suzy | Dilihat: 1955| Komen: 14


Neelofa semasa menemubual Upiak Isil di program Meletop

Gara-gara menyuruh tetamu jemputannya diam dan gagal  berkomunikasi dengan baik ketika menemubual penyanyi tular Tak Tun Tuang, Upiak Isil di program Meletop, Neelofa teruk dihentam netizen. 

Rata-rata netizen menganggap Neelofa berperwatakan kasar dan kurang profesional kerana tidak membuat raptai dengan penyanyi tersebut sebelum temuramah dijalankan. 

Menurut netizen, apabila Neelofa menyuruh penyanyi tersebut diam dan sering mengulang perkataan tidak faham, Upiak Isil kelihatan terpinga-pinga dan hilang tumpuan. Ini menimbulkan perasaan kurang senang pada penonton.

Neelofa ketika menghadiri pertujukan pakaian dalam Victoria Secret

Bagaimanapun, Neelofa semasa ditemubual oleh Berita Harian dalam majlis memperkenalkan telefon bimbit keluaran terbaru Oppo semalam, menepis dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan bahawa temubual itu sebenarnya diadakan dalam suasana santai dan dia merasakan Upiak Isil amat menghiburkan dan berperwatakan lucu. 

"Jika diikutkan, ketika mengacarakan program itu bersama Nabil Ahmad, kami sangat seronok menemubualnya. Kami ketawa kerana dia memang seorang yang kelakar dan spontan. Saya sendiri tergelak besar apabila dia memaklumkan sudah ada 19 album, tetapi satu saja yang laku.

"Cuma, ketika program itu bersiaran, saya dan Nabil tidak faham bahasa yang digunakan kerana loghat penyanyi dari Bukit Tinggi, Padang, itu sangat pekat, hinggakan saya sendiri terpaksa ulang soalan dan apa yang diperkatakannya berkali-kali. Saya cuba memahami apa yang dituturkan olehnya sebaik mungkin sebelum melontarkan soalan seterusnya.

"Karakter dia sendiri sangat berwarna. Saya sebagai pengacara pula cuba memberikan reaksi terbaik terhadap setiap tetamu yang diundang ke program itu. Jika ada yang salah anggap dan nampak diri ini kasar atau bersikap kurang ajar, saya dengan rendah hati memohon maaf," katanya kepada Berita Harian. 

Tidak mahu perkara tersebut berlarutan, Neelofa juga dengan merendah diri memohon maaf jika ada netizen yang menganggap dirinya berlagak dan menegaskan dia dan Nabil hanya memeriahkan program itu yang berkonsepkan hiburan dan santai. 

Neelofa menghadiri majlis memperkenal telefon bimbit jenama Oppo.

Nampaknya bukan sahaja baru-baru ini corak pengacaraan Neelofa ditegur, sebelum ini juga terdapat penonton yang kurang berminat dengan cara Neelofa mengendalikan program tersebut. 

Sehingga ada kalangan netizen yang mahu Astro menukar pengacara. Namun begitu, kecaman netizen tidak berbekas buat Neelofa dan Astro kerana rancangan tersebut masih mendapat rating yang tinggi dan popular. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 14
Komen

Previous : ‘Your Ass Is So Hot’ - Peminat Nakal Minta Gambar Bogel Uqasha Senrose

Next       : "Spain Dengan Sepanyol Tak Sama Ke?" -Netizen Kutuk Kapsyen Bodoh Aliff Syukri

Komen Terbaru

Quote ckenj 8-12-2017 12:08 PM
Gitu je kan..sukeati ko la lopa..ko buat ape pun,meletops still ko punya.

Lain-lain Komen

Quote Arissamaisarah 7-12-2017 02:08 PM
Eloklah mohon maaf..mmg kasar pon
Quote mizkajura 7-12-2017 03:26 PM
Mesti ada yg bersyukur sbb tak kawin dgn dia{:nose
Quote mizkajura 7-12-2017 03:26 PM
Mesti ada yg bersyukur sbb tak kawin dgn dia{:nose
Quote mizkajura 7-12-2017 03:26 PM
Mesti ada yg bersyukur sbb tak kawin dgn dia{:nose
Quote mizkajura 7-12-2017 03:26 PM
Mesti ada yg bersyukur sbb tak kawin dgn dia{:nose
Quote mizkajura 7-12-2017 03:26 PM
Mesti ada yg bersyukur sbb tak kawin dgn dia{:nose
Quote mizkajura 7-12-2017 03:26 PM
Mesti ada yg bersyukur sbb tak kawin dgn dia{:nose
Quote BebeQ 7-12-2017 03:39 PM
Aku tengok meletop upiak tu takde masalah pun hajah tu.
Quote melinda_kerr 7-12-2017 05:26 PM
alaaa lepas ni buat lagi.. mcm tak biasa dgn minah ni. tak perasan konon.
Quote melinda_kerr 7-12-2017 05:26 PM
alaaa lepas ni buat lagi.. mcm tak biasa dgn minah ni. tak perasan konon.
Quote de_ikea 7-12-2017 05:51 PM
Ok. Tahniah sbb ada ayat minta maaf di situ. Well. Pengacaraan lofa. What u expect kan. Takkan boleh jd spt linda onn apatah lg bonda permaisuri negeri selangor.
Quote de_ikea 7-12-2017 05:51 PM
Ok. Tahniah sbb ada ayat minta maaf di situ. Well. Pengacaraan lofa. What u expect kan. Takkan boleh jd spt linda onn apatah lg bonda permaisuri negeri selangor.
Quote de_ikea 7-12-2017 05:51 PM
Ok. Tahniah sbb ada ayat minta maaf di situ. Well. Pengacaraan lofa. What u expect kan. Takkan boleh jd spt linda onn apatah lg bonda permaisuri negeri selangor.
Quote ckenj 8-12-2017 12:08 PM
Gitu je kan..sukeati ko la lopa..ko buat ape pun,meletops still ko punya.

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.035235s Gzip On
To Top