Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Stres Dengan Berat Badan? Jom Kurus Dengan Daun Pandan!

14-12-2017 02:51 PM|Oleh: Has | Dilihat: 513| Komen: 12

Uishhh, biar betul daun pandan boleh buat kita jadi kurus? Dah la mudah didapati, percuma pula tu kalau ditanam sendiri. Memetik manfaat.co.id, daun pandan menghasilkan bau harum terutama di saat ia melayu.

Selain sinonim dengan masakan dan menjadikan makanan lebih harum, ia juga menjadi keperluan bagi isi rumah. Daun pandan boleh dijadikan bahan masakan, buat kek, dijadikan perhiasan, serta bahan semula jadi untuk kesihatan dan kecantikan. Eh, banyak lah yang boleh dibuat dengan daun pandan ni!


Foto: Season with Spice

Pasti anda tertanya-tanya bolehkah menjadi kurus dengan hanya menggunakan daun pandan? Jawapannya adalah YA! Tapi, macam mana nak kurus dengan menggunakan daun pandan?



Jom semak caranya seperti dipetik dari buzzthebees. Dalam masa dua minggu sahaja anda akan nampak kesannya. 

I. Cuci beberapa helai daun pandan hingga bersih
II. Kemudian, rebus daun tadi bersama 3 gelas air. Rebus sehingga air menjadi segelas ya!
III. Selepas itu, tapis air berkenaan menggunakan penapis
IV. Sedia diminum! (amalkan 2 kali sehari)


Foto: Kesehatan Online

Bukan sekadar untuk kurus ya, sahabat. Badan anda juga akan mengeluarkan aroma yang wangi selepas meminum air daun pandan ini. Cara ini banyak digunakan di Hong Kong bagi wanita yang menginginkan tubuh yang langsing.

Selamat mencuba ya! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 12
Komen

Previous : Sis, Perfume Anda Tunjuk Tanda Berikut? Buang Cepat Sebab...

Next       : Sendiri Cari Penyakit, Model Cantik Hampir Buta Kekal!

Komen Terbaru

Quote iraizz 15-12-2017 06:48 PM
Terus suruh anak cabut beberapa helai daun pandan kat luar...basuh-basuh dan tengah rebus kat atas dapur tu...jap lagi minum...

Lain-lain Komen

Quote noraidil_06 14-12-2017 03:23 PM
X pernah dengar ni.
Quote LostStar 14-12-2017 03:34 PM
badan pon wangi agaknya.. huhu
Quote swayne 14-12-2017 04:08 PM
Pernah minum kat 1 kedai Kat Shah Alam. Minum panas panas sedap.
Quote Greenbutterfly 14-12-2017 04:10 PM
Seriously??ok ptg ni jugak i pegi ambk daun pandan blkg rumah jiran i
Quote prettyuglybabe 14-12-2017 04:14 PM
pernah minum masa nak berurut..
wangi je bau nya..
nak buat gak la nnti..
Quote mdhelmi 14-12-2017 04:17 PM
good luck korang
Quote yangsemb 14-12-2017 04:34 PM
Woww seriously! Boleh try nih
Quote sabar_sabariah 14-12-2017 05:08 PM
daun tu petik dari pokok, basuh2, koyak2 sikit terus masukkan la ek
senang ya amat
boleh try ni
Quote Duta lover 14-12-2017 07:21 PM
X nampak kaitan saintifiknya..huhu. tapi no harm trying...hope bole wangi badan
Quote devilito2 15-12-2017 11:45 AM
peluh wangi ni nanti
Quote AmyOpy 15-12-2017 05:24 PM
ada sesiapa yg pernah buat tu ,berat badan ada turun ke?
Quote iraizz 15-12-2017 06:48 PM
Terus suruh anak cabut beberapa helai daun pandan kat luar...basuh-basuh dan tengah rebus kat atas dapur tu...jap lagi minum...

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046634s Gzip On
    To Top