Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Haip! Jangan Tengok Gambar Ini Kalau Tengah Lapar

7-12-2017 10:30 AM|Oleh: Has | Dilihat: 848| Komen: 4

Mak aih, terliur tengok makanan berikut! Nanti dulu, jangan mudah tertipu dengan 'makanan' yang kelihatan begitu menyelerakan ini ya.

Umum tahu terdapat pelbagai rupa dan bentuk sabun yang dihasilkan hari ini. Cara membuatnya pula sangat mudah dan mendorong orang ramai menghasilkan sabun yang kadang-kadang dicipta dalam bentuk yang aneh.

Seperti karya Rochelle Javier ini. Mereka persis makanan yang menggiurkan hingga susah kita nak membezakannya sama ada ia sabun ataupun makanan sebenar.

Tak percaya? Mari kita sama-sama saksikan.


1. Terliur dengan pai strawberi ini? Ini bermakna anda sudah berjaya ditipu Javier!





2. Jangan terpedaya! Ia hanyalah sabun yang mirip dengan tart buah. Pergh, rasa nak jilat saja, kan?





3. Sedapnya kalau dapat pekena ayam golek digandingkan bersama mayonis macam ni! Tapi sayang, ia hanya beberapa ketul sabun.





4. Wah pai beri biru ini bikin terliur pula! Kalaulah ianya bukan sebiji sabun...





5. Hmmm, sungguh lazat sabun yang menyerupai pai buah dipenuhi krim ini. Menggoda betul!





6. Aduh, boleh buat perut berkeroncong melihat sabun 'sebiji' lamb chop ini!





7. Mohon pencinta seafood tidak tergoda dengan sabun umpama lobster ini, okey!





8. Kentang bakar ini boleh membuatkan perut terus menjadi lapar. Sayang sekali, ia hanyalah sabun yang tidak boleh dimakan





9. Aduh! Kenapalah cipta sabun menyerupai burger ini? Tak tahan melihatnya.






10. Siapa sahaja yang tahan dengan sabun berbentuk udang begini?


Foto : Brilio

Parah ni, kalau nampak sabun-sabun berkenaan ketika lapar. Mahu ditelannya! Sedangkan sabun mangga dari Thailand itu pun kita dah terliur tengok, inikan pula makanan sebegini, kan? - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 4
Komen

Previous : Facebook Messenger Kids: Benar-Benar Selamatkah, Bila Nak Sampai Malaysia?

Next       : Aww, Bayi Dengan Rambut 'Wolverine' Gemparkan Dunia

Komen Terbaru

Quote lolita737 7-12-2017 02:23 PM
semuanya nampak lazat

Lain-lain Komen

Quote vanillaninja 7-12-2017 10:53 AM
Tart tu looks real, burger nampak macam dalam museum punya.
Quote myakayina 7-12-2017 11:28 AM
kentang bakar tu nampak sedap..
Quote Artemesiaa 7-12-2017 02:07 PM
Kalau kat Jepun kedai makan selalu ada display makanan sebegini diluar kedai mereka.  Bila tengok boleh jadi tertarik nak cuba.
Quote lolita737 7-12-2017 02:23 PM
semuanya nampak lazat

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044792s Gzip On
    To Top