Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Cucu Rompak, Pukul Nenek Sendiri Dengan Batu Bata

6-12-2017 03:48 PM |Dilihat:576| Komen: 1
Tergamaknya cederakan nenek sendiri! Tapi itulah tindakan seorang lelaki yang memukul warga emas tersebut menggunakan batu bata sebelum merompaknya.

Kejadian yang berlaku di Bekasi, Jawa Barat itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di muka dan kepala.

Ketua Polis Bekasi Timur, Komander Parjana berkata, suspek yang dikenali sebagai Ali Mahmud, 23 berpura-pura melawat mangsa di rumahnya.

Menurut laporan  wartakota.tribunenews.com, sebaik pintu dibuka, Ali menyerang mangsa.

Gambar Hiasan
"Suspek telah mengambil Rp3 juta (RM854) dan 10 gram barang kemas milik mangsa."

Pembantu rumah mangsa, Nurhasanih, 30, menemui warga emas itu dan mendapatkan bantuan jiran sebelum mengejarkannya ke hospital.

Polis kini masih mengesan suspek yang berjaya melarikan diri.

"Kami telah mengarahkan pegawai polis untuk memburu suspek dan pada masa sama menggalakkan suspek supaya menyerah diri," tambahnya.

Sebagai bukti, polis telah merampas kain, batu bata  yang digunakan untuk mencederakan mangsa. Jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sembilan tahun. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 1
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Jorja 6-12-2017 11:01 PM
Ada keturunan pun tak guna kalau kena rampok kena pukul cucu sendiri guna batu bata

Lain-lain Komen

Quote Jorja 6-12-2017 11:01 PM
Ada keturunan pun tak guna kalau kena rampok kena pukul cucu sendiri guna batu bata

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.085833s Gzip On
To Top