Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Umpan Anak Main Gajet Supaya Tak Menangis, Ibu Bapa Jenis Apakah Ini?

6-12-2017 02:50 PM |Dilihat: 855| Komen: 4

Assalamualaikum semua  khususnya para ibu bapa,

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al- Khattab

Sesunggguhnya sahabat agung Rasulullah SAW sendiri telah dari awal memberi pesanan kepada kita semua agar bijak dalam mendidik anak-anak mengikut zaman mereka. Apatah lagi zaman pesat dengan kecangggihan teknologi dengan bermacam gajet-gajet dan sistem pembelajaran anak-anak bertukar menjadi lebih agresif dan pantas. 

Jadi, sebagai ibu bapa yang turut terkesan dengan perkembangan teknologi ini, perlu mempunyai kaedah khusus dan teknik dalam memastikan perkembangan teknologi ini tidak merudumkan sistem kekeluargaan. 


Malangnya jika kita lihat kebanyakan ibu bapa telah khilaf dalam melayari bahtera keluarga bersama anak-anak apabila mereka dikuasai oleh teknologi seperti gajet-gajet dan media sosial. Saya senaraikan ragam ibu bapa yang menjadi mangsa teknologi ini:

1) Sentiasa menjadikan gajet seperti telefon pintar atau Ipad dengan melayari youtube untuk diberikan kepada anak-anak kecil seawal umur setahun supaya anak-anak fokus kepadanya dan tidak mengganggu ibu bapa dengan urusan masing-masing. 

Saya secara peribadi berpendapat, seperti saranan Saidina Umar Al-Khattab, saya tidak melarang anak-anak untuk melayari youtube dan sebagainya namun, ia perlu dikawal selia dengan baik dan perlu meletakan syarat-syarat tertentu seperti tempoh masa menontonnya, bila waktu yang sesuai dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa perlu bijak mengawasi video yang dilayari mereka. 

Pada mulanya, ibu bapa sendiri yang membuka video kartun atau video pembelajaran untuk perkembangan minda anak-anak, namun jika tidak dipantau sentiasa, ada kemungkinan besar untuk anak-anak menekan ke video-video yang lain yang tidak sepatutnya ditonton mereka. Tambah lagi, terdapat banyak video-video karton yang telah diubah suai dengan diselitkan unsur-unsur seks dan ganas. Ini memberi impak buruk kepada anak-anak. 

Oleh yang demikian, usah disekatkan teknologi kepada anak-anak tetapi dedahkan mereka dengan bijak agar kesannya membawa kepada perkembangan minda yang cemerlang.


2) Ibu bapa yang tidak mengawasi media sosial anak-anak seperti aplikasi Facebook, Instagram, Whatsapp, Wechat, Bigo Live dan bermacam lagi yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bagi sesetangah ibu bapa, wujudnya aplikasi-aplikasi ini adalah sebagai medium berkawan alaf baru. 

Ya benar, namun, usah dibuang keburukan disebaliknya jika tiada ilmu dan pengawalan yang betul. Sebagai contoh, kita lihat bagaimana Bigo Live mampu menghancurkan nilai dan adab remaja kita terutama anak-anak gadis. Dengan menawarkan penukaran point kepada wang ringgit, sebahagian anak-anak gadis kita sanggup melakukan pelbagai aksi demi menarik perhatian umum dan mendapatkan point. 

Sayugia, sekali lagi bukanlah mengambil pendekatan menghalang terus tetapi keraplah memberi nasihat dan peringatan kepada anak-anak agar tidak melampaui menggunakannya dan sentiasa menjaga maruah dan nilai sebagai seorang khalifah Allah SWT. Sentiasa berbicara dengan mereka tentang keburukan dan kesan yang akan mereka tempuhi sekiranya mereka tidak bijak mengawal penggunaannya.


3) Ibu bapa sendiri yang menjadi mangsa gajet apabila setiap masa leka dengan telefon pintar ditangan sehinggakan anak-anak berasa seperti diri mereka telah digantikan dengan telefon pintar ibu bapa mereka. Apa yang boleh berlaku? Kemungkinan besar anak-anak akan mudah mencari perhatian diluar rumah seperti mencari teman lelaki atau terpengaruh dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. 

Selain itu juga, sikap ibu bapa ini mampu memberi virus kepada anak-anak untuk turut sama terpengaruh dengan gajet dan menjadikan gajet sebahagian daripada hidup mereka dan wajib diberi perhatian istimewa dan setiap masa sehinggakan leka terhadap tanggungjawab dan keperluan utama sebagai hamba Allah SWT. Hilang daya komunikasi sihat dan tiada lagi hubungan erat antara keluarga seterusnya hilang rasa hormat antara suami dan isteri juga antara ibu bapa dan anak-anak. 

Bersamalah dalam perkembangan teknologi tetapi lakukan dengan bijak dan tidak menjadi mangsa yang mempu meruntuhkan sistem kekeluargaan.

Foto Carian internet
Hakikatnya banyak lagi yang boleh disenaraikan namun, dengan 3 perkara ini sahaja jika tidak dibendung dan dikawal mampu memberi kesan buruk kepada semua pihak. Sehubungan itu, kekuatan sebenar dalam mengharungi dunia tanpa sempadan ini adalah komunikasi kita dengan Yang Maha Esa. 

Sekiranya ini tetap teguh dijaga dan diamalkan maka biar apa pun zaman yang bakal kita layari, kita pasti mampu layarinya dengan banteng dan perisai keimanan. InsyaAllah. Semoga kalian dirahmati Illahi. Amin.

Salam ikhlas,
Airol Irwan Limin

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Reply: 4
Komen

Komen Terbaru

Quote hasmania 14-12-2017 12:48 PM
apa nak heran sejak ujudnya laman social dan melambak gajet itu semua jadi bahan utama yang dilihat .... baik yang dah tua sekali pun jangan kata budak malah orang tua sekali pun dah tak macam orang tua zaman dulu .......

Lain-lain Komen

Quote manehnya 6-12-2017 03:43 PM
kdg2 kt kedai makan,

mak bapak pgg hp, anak2 pun di baginya sorang 1..

sedey tgk keadaan mcm ni
Quote chinta89 6-12-2017 04:10 PM
sape anak yg takde gajet2 ni, mak pak kata kesian kat anak diorg, anak org lain semua ade.. kesian tgk anak duk terhegeh2 tgk sepupu sepapat sebaya or kanak2 sebaya duk main game tp anak xde semua tu maka dibelinyalah satu..
Quote phonon 7-12-2017 02:05 PM
chinta89 replied at 6-12-2017 04:10 PM
sape anak yg takde gajet2 ni, mak pak kata kesian kat anak diorg, anak org lain semua ade.. kesian t ...

lepas tuh ada lagi satu dilemma zaman sekarang nih... kalo tak bagi gajet2... nak disuruh main activity di luar ... tak selamat pulak dgn kes2 culik dan jiran2 yg tak mengenali antara satu sama lain....
boleh suruh main batu seremban dan congkak jer la dlm rumah.....
Quote hasmania 14-12-2017 12:48 PM
apa nak heran sejak ujudnya laman social dan melambak gajet itu semua jadi bahan utama yang dilihat .... baik yang dah tua sekali pun jangan kata budak malah orang tua sekali pun dah tak macam orang tua zaman dulu .......

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044485s Gzip On
To Top