Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tiru Iklan, Suami Isteri Sumbat Bayi Dalam Ketuhar

6-12-2017 01:30 PM |Dilihat:1225| Komen: 25
Gila! Suami isteri di Missouri, Amerika Syarikat (AS), didakwa menyumbat bayi mereka ke dalam sebuah ketuhar gelombang mikro hingga melecur teruk.

Derick Boyce-Slezak dan isteri, Mikala, masing-masing 22, ditahan selepas bayi berusia kurang dari empat bulan itu dibawa ke hospital dengan ruam pada wajahnya.



Memetik The Sun, doktor mendapati 'ruam' itu sebenarnya kecederaan bakar darjah kedua dan hasil pemeriksaan lanjut menunjukkan keretakan pada tengkorak mangsa selain mengalami kecederaan otak.

Berdasarkan fakta kes, Derick didakwa menjatuhkan bayi terbabit ketika cuba meniru sebuah iklan televisyen (TV) dan memasukkannya ke dalam ketuhar.

Difahamkan, sebelum itu doktor dimaklumkan pasangan terbabit bahawa luka bakar itu berpunca daripada bahan pencuci.

Bagaimanapun, wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Missouri kemudian berkata, Mikala memberitahu pihaknya, kecederaan pada kepala mangsa adalah disebabkan dia terjatuh ketika Derick cuba meniru sebuah iklan TV.


Foto: The Sun

Mikala juga mendakwa dia percaya Derick memasukkan bayi terbabit ke dalam ketuhar dan menghidupkannya untuk 'suatu jangka masa pendek'.

Pasangan berkenaan direman di Penjara St Francois County dengan wang jaminan lebih RM2 juta (370,000 British Pound) seorang. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 25
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote missDollie 7-12-2017 01:49 AM
Greenbutterfly replied at 6-12-2017 05:22 PM
Dah tua2 pon bodoh

Bukan saja bodoh..malah hodoh..nak buat macam mana..dah jodoh!

Lain-lain Komen

Quote EJALTI 6-12-2017 01:35 PM
laki bini mental...
Quote fushimi 6-12-2017 01:52 PM
tengok muka pun dah tahu mental punya orang
Quote chinta89 6-12-2017 01:53 PM
iklan ape ko tiru tu bengong??

ko ingat ni cte mr bean nk bakar ayam dlm ketuhar???
Quote Mizkopi 6-12-2017 01:59 PM
Dah kenape. Laki bini masalah otak!
Quote felinecat 6-12-2017 02:14 PM
mcm lembam je laki bini
Quote haryatie 6-12-2017 02:14 PM
gilerrrrrrrrrrrr
Quote luvemedaa 6-12-2017 02:18 PM
Psycho much muka laki bini
Quote matchstick 6-12-2017 02:24 PM
pasangan lembam ke...masukkan 2 ekor ni dlm oven hidup2 baru ada akal
Quote PongKang 6-12-2017 02:24 PM
ni lagi pasangan gila! xguna punye kokesen patutnya xbole membiak!
Quote drivethru 6-12-2017 02:28 PM
chinta89 replied at 6-12-2017 01:53 PM
iklan ape ko tiru tu bengong??

ko ingat ni cte mr bean nk bakar ayam dlm ketuhar???

Cerita lawak korea si dayah dan hidayu. Letak buku dalam ketuhar, nanti keluar lelaki kacak.
Quote lil_sparky 6-12-2017 02:31 PM
Apa bangang sgt ni
Quote jlo 6-12-2017 02:32 PM
aduhhh...kenapa dorang ni
Quote onexox97 6-12-2017 02:43 PM
doh bakpe la cerdik sangat tu
Quote samasam90 6-12-2017 02:43 PM
tgk muka dah nampak sisi mental kedua duanya. seiras lak tu.. match made in hell sangat
Quote Ipo 6-12-2017 03:17 PM
dulu pernah dengar prank call , tak ingat kat radio mana,
DJ call this guy (bapa baby), cakap hadiah oven tu untuk baby yang baru lahir
memang that guy ada terima hadiah sebuah oven
si DJ aka prank calller ni suruh that guy gunakan oven tu untuk baby saja sebab tu kan hadiah untuk baby, orang lain tak boleh guna
si bapak pulak tanya macam mana nak guna untuk baby
DJ ni cakap, buat macam masak makanan la ie masukkan baby dalam oven
Si bapak ni  berapi marahkan DJ tu
siap cakap DJ gila, mental illness etc..carut tak ingat
then bila DJ cakap, this is prank call, dengar jelas tona suara that guy, tak suka
benda gini pun nak prank
kalau that guy aka bapak baby tu mental macam kisah laki bini Derrick dan Mikala nih, habislah baby tu
Quote chinta89 6-12-2017 03:22 PM
drivethru replied at 6-12-2017 02:28 PM
Cerita lawak korea si dayah dan hidayu. Letak buku dalam ketuhar, nanti keluar lelaki kacak.

owh.. yg Daebaking psl dayah cari pakwe hensem tuh... mmg pecah perut kalau tgk sb kelakar. tp tu just buku je bukan diorg masukkan manusia dlm ketuhar.
Quote paz 6-12-2017 03:29 PM
Aduh teruk betul pasangan ni.
Quote notyghosty 6-12-2017 04:32 PM
nak sembunyikan kesalahan sbb terjatuh kan anak... g la buat alasan anak melecur...

kesian baby tu... 2x kecedaraan ditanggung semata2 dpt mak ayah mental mcm ni...
Quote MH3707 6-12-2017 04:34 PM
sewel ke apa ni

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.096958s Gzip On
To Top