Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Baba Kata Nak Ambil Dompet Akak Tu Tadi?"- Ayah 'Kantoi' Ajar Anak Mencuri

Oleh: Aimi |6-12-2017 11:19 AM |Dilihat:2012| Komen: 20

Kecoh bila salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Husna Meow memuat naik tentang pengalaman yang dialami ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera. 

Menurut husna, seorang ayah dari sebuah keluarga yang duduk bersebelahan mejanya berniat untuk mengambil dompet dan telefon bimbit yang diletakkan di atas meja. Sedangkan ketika itu dia hanya pergi mengambil sos yang tidak jauh darinya 

Pada mulanya ketua keluarga tersebut menyatakan ingin memulangkan dompet dan telefon ke kaunter kerana merasakan Husna tertinggal tetapi mengejutkan apabila anak dari keluarga tersebut menjerit berulang kali meminta ayahnya mencuri telefon itu seperti yang dijanjikan. 

Terkilan dengan insiden tersebut Husna menyatakan ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang baik untuk mencorak anak yang bagaikan kain putih. Husna juga menyalahkan diri sendiri kerana cuai meninggalkan barang dengan sengaja.



Rata-rata netizen mengecam tindakan bapa tersebut. Ada juga yang menyalahkan Husna dalam hal ini kerana sengaja memalukan keluarga dan tidak tahu perkara yang dihadapi keluarga tersebut.

Manakala di Twitter seorang wanita membidas rata-rata perangai rakyat Malaysia memang begini dan membandingkan sikap ibu bapa di negara-negara lain.

Setuju atau tidak tindakan kita sekarang memberi kesan kenapa generasi akan datang? Mungkin benar segala-galanya berpunca dari salah ibu bapa sendiri. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 20
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sofiazara 12-12-2017 09:29 AM
itu belum lagi kalo bergaduh laki bini pastu keluar berjalan terjumpa kawan ke contohnya. bila org tanya apa khabar...anak jawab khabar tak baik..mama dan abah baru je bergaduh tadi, sekarang mama tak bercakap dengan abah

Lain-lain Komen

Quote chinta89 6-12-2017 01:51 PM
ape plk tindakan dia salah bila dia viralkan benda ni?

tak kena kat btg hidung koreng blh la ckp!

entah2 kalau korang kena mcm ni, mau ko serbu meja family tu dan tanya "btl ke ape anak awak cakap?"
Quote gdspls 6-12-2017 02:01 PM
cite  betul ke cite kak hasanah jgk ni?
Quote haryatie 6-12-2017 02:05 PM

apa jenis makbapak mcam ni...
alahaiiii...baba...
baba la sgt...baik tukar jerk babi...ooppssss
Quote zulka 6-12-2017 02:33 PM
aku selalu berfikir...jangan sesekali membuka peluang kepada sesiapapun untuk melakukan dosa, mungkin pada mulanya org tu takde niat pun untuk mencuri.....tapi bila dia tengok peluang ada depan mata, dgn automatik niat mencuri tu timbul......
sama juga dgn kes2 lain mcm rogol ke..apa2 la....
fikir2kan
Quote prettyuglybabe 6-12-2017 03:23 PM
hasanah versi kehepsi pulak ke..
Quote vanillaninja 6-12-2017 03:45 PM
I tak rasa ni kisah kak Hasanah. I rasa memang Husna Meow ni berkata2 benar.
Quote LavaUollss 6-12-2017 06:59 PM
zulka replied at 6-12-2017 02:33 PM
aku selalu berfikir...jangan sesekali membuka peluang kepada sesiapapun untuk melakukan dosa, mungki ...

Jangan kau berani salahkan wanita berpakaian seksi punca jenayah rogol. Nanti forumer cakap, suka hati la pompuan nak pakai macam mana pun. Ummah suchi bertudung litup pun tetap dirogol katanya
Quote MissVixen 6-12-2017 08:53 PM
Bukan kak hasanah. Beliau memang sejenis lurus dan cuai.
Quote faraway1 6-12-2017 11:07 PM
even kat sini boleh aje tinggalkan iphone kat meja, pi order dan still kat situ
lagi tanpa sapa peduli nak ambil. syukur masih aman di sini.
Quote L_Z 7-12-2017 08:42 AM
Klu mesia negara muslim tak selamat duduk sebab byk kes curi etc..sila berambus..jgn sekali kali balik  mesia... hadap la ko kat negara kapir yahudi kekonon nya aman damai sgt tu....
Choiiiii
Quote leylapple 7-12-2017 08:58 AM
i think this is true story..

mmg majority org yang duduk kat msia nie akan cuba ambik peluang nak mencuri kalau ada nampat kesempatan mcm tu...

sedangkan harta awam pun di vandalise..

mentaliti tak setanding dgn pembangunan yang ada
Quote palmolive 7-12-2017 09:02 AM
aku perati even kat kl ni pun org bawak motor dia main tinggal jek kunci motor, motor pun kadang idup lagi...
Quote phonon 7-12-2017 01:24 PM
Edited by phonon at 7-12-2017 01:29 PM
leylapple replied at 7-12-2017 08:58 AM
i think this is true story..

mmg majority org yang duduk kat msia nie akan cuba ambik peluang nak ...

ye la sgt true story...

citer dimulakan dgn ayat yummy chizza
disudahi dgn ayat makan chizza
lepas tuh tempek gambar chizza baik punyer....

jangan dihairan dgn kreativity marketing people skrang nih... mcm2 idea diorg boleh buat utk jadi viral....   mmg kebetulan pulak kfc tgh promote chizza sekarang nih kan....
benda viral kat internet nih rasanya berapa percent jer kot boleh percaya bulat2...

mmg tak dinafikan keluarga yg messed up mcm nih boleh wujud... tapi ceriter nih mmg obvious versi kak hasanah... tak logic sungguh nak tinggalkan dompet sekali atas meja (even for a short while in safest place on earth)... handphone tuh tak hairan la jugak...

Quote Artemesiaa 7-12-2017 01:41 PM
Pengajarannya jangan leka jangan suka tinggalkan barangan berharga macam tu je walau apa pun alasannya.  Sebab tu ada perpatah bagaimana acuan macam tu ler kuihnya.  Kadang2 banyak benda tak baik yang budak2 buat akibat apa yang mereka pelajari dari ibubapa sendiri.
Quote Jorja 7-12-2017 06:07 PM
Adik tak takut selulit ke makan makan chizza tu.
Quote samasam90 8-12-2017 09:38 PM
cerita hasanah je ni.. pompuan ne kuat kencing
Quote missDollie 8-12-2017 11:11 PM
phonon replied at 7-12-2017 05:24 AM
ye la sgt true story...

citer dimulakan dgn ayat yummy chizza

OMG..macam nak cari jer chizza ni esok..
Quote nikola.tesla 10-12-2017 09:57 AM
Ada jugak manusia yang keluarkan ayat membezakan negara islam dengan negara kafir.tu bukan ajaran islam.tu penganut dia  yang tak ikut ajaran islam sebenar.
Quote sofiazara 12-12-2017 09:28 AM
anak mmg suka bocor rahsia

1) ada sekali aku pergi rumah kawan kenduri dan tak boleh lama sebab nak gi shopping mall. so dah cakap dalam kereta kita pegi kejap je tau sebab nak berjalan tempat lain. so aku pun makan2 dan cakap kat kawan err kitorg kejap je ni sebab ada hal kena pegi tempat lain pulak.

anak aku pun mengantoikan dia pun cakap, haah acik, mama kata dia nak gi shopping dia malas datang sini lama2

2) pergi hotel dan ada buffet breakfast, kat situ cakap budak umur bawah 8 tahun tak kena bayar. so terus je cakap anak saya ni bawah 8 tahun dan menonong je aku bawak diorg masuk cafe tu...lagipun no harm cakap diorg bawah 8 sebab bukan makan banyak sangat pun, setakat makan cornflakes + air oren tu je dah kenyang tak berbaloi bayar.

tetiba anak aku cakap; miss, saya dah umur 9 tahun bukan 8 tahun...dah birthday dah haritu 9 tahun darjah 3 bukan darjah 2 lol. so.............................bayar le dengan muka tebal hahahahahaha


so be careful bercakap depan anak, diorg taktau muslihat ibu bapa dan mmg boleh kantoi

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053156s Gzip On
To Top