Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bukan Jenayah Pun, Suka Hati Sayalah Nak Buat Apa

6-12-2017 10:16 AM |Dilihat:5985| Komen: 119
"Saya tertekan kerana keluarga minta saya kahwin cepat. 
Sebab itulah saya muat naik status sedemikian untuk cari calon idaman saya."

Tular di laman sosial baru-baru ini apabila janda berusia 22 tahun memuat naik status di Facebook (FB), menawarkan diri untuk perkahwinan kontrak hingga dikecam bertubi-tubi oleh netizen.


Foto: FB

Wanita terbabit bagaimanapun tidak menyesal dikecam netizen, sebaliknya mempertahankan tindakannya itu.

Memetik Harian Metro, wanita itu bercerai tahun lalu dan sedang mencari calon suami untuk berkahwin buat kali kedua.

"Saya mahu cari yang sedap mata memandang dan tidak gemuk. Benar dalam status di FB saya tidak mahu kemas rumah dan masak kerana tidak mahu dikongkong.

"Oleh kerana itu saya tawarkan duit kepada calon suami saya. Bagaimanapun tindakan saya itu dikecam dan saya tidak kisah," katanya.

Pun begitu, wanita yang juga peniaga di Sungai Petani, Kedah terbabit memadam statusnya itu kerana tak tahan dengan kecaman netizen.

Susulan itu, dia membuat FB live bagi menjelaskan kenapa dia memuat naik status sedemikian.


Video: Harian Metro

Menurutnya, difahamkan dia sudah fobia berkahwin sebelum ini kerana sering disuruh membuat kerja rumah.

"Bukan saja ramai yang 'pm' (mesej) saya untuk menjadikan saya isteri, malah ramai yang kecam walaupun status itu sudah dipadam.

"Suka hati saya nak buat apa, ini bukan jenayah. Saya yang nak kahwin, mesti la nak cari suami yang elok.

"Henti sebarkan status saya itu dan apa-apa cerita mengenai saya," katanya.

Bagaimanapun, kaunselor keluarga Hushim Salleh menjelaskan perkahwinan kontrak ditegah dalam Islam.

"Nikah Muta'ah atau pernikahan yang mempunyai perjanjian tertentu adalah ajaran Syiah dan harus dielakkan.

"Individu itu seperti memperdagangkan hubungan suami isteri. Akan terjadi ungkit mengungkit dan persoalan mengenai soal maruah si isteri yang diiklankan di media sosial berkenaan," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 119
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sekngucing 8-12-2017 11:09 PM
interesting...

Lain-lain Komen

Quote kasibiman 6-12-2017 08:35 AM
Lipat baju pon taknak?

Jesus farking Christ.
Quote Simunggu 6-12-2017 08:59 AM
nak cina buta lah ni...
Quote kiambang 6-12-2017 09:01 AM
Dah terdesak sangat ke dik sampai nak kawin kontrak ?
Quote Vokuro 6-12-2017 09:04 AM
you go girl!!! tertekan la acik acik.tudung kepam sunni tengok status sebegitu
Quote Catpaw 6-12-2017 09:11 AM
Advance perempuan zaman sekarang
Quote leylapple 6-12-2017 09:13 AM
kontrak sampai bila?apa jenis kontrak? kontrak masa atau pre nup agreement?

nanti kalau ada anak mcm mana?

better just kata kat iklan tu mencari suami bserta syarat, bukannya kawen kontrak...

maybe tak paham istilah kawen kontrak kot
Quote dakewa 6-12-2017 09:28 AM
Fefeeling ko dalam novel ke dekkk
Quote budaktua 6-12-2017 09:31 AM
nak cari yg sedap mata memandang saja ke..?

tk nak bersedap-sedap ?
Quote biskutsusu 6-12-2017 09:39 AM
ntahnye
suka hati dia la
Quote batmana 6-12-2017 09:43 AM
Syiah LA kawin kontrak.meletakkan wanita sama taraf dgn pelacur..PSL bole kwin 1 hari,2 hari ,seminggu,sbulan gtu.
Pmpn camni leh kawin 100kali DLM setahun
Quote MyNameIsIris 6-12-2017 09:43 AM
leylapple replied at 6-12-2017 09:13 AM
kontrak sampai bila?apa jenis kontrak? kontrak masa atau pre nup agreement?

nanti kalau ada anak  ...

dia kata kat situ 1 tahun sahaja
Quote sofiazara 6-12-2017 09:44 AM
dalam drama sekarang kan banyak camni?

maknanya bolehla kan
Quote sofiazara 6-12-2017 09:45 AM
aku rasa akak2 yang berkerjaya pun mesti suka macam ni
kawin dan ada anak
pastu cerai

sebab kadang org nak anak je. semak je lelaki ni semua
Quote samasam90 6-12-2017 09:46 AM
who r yusss keluarga hushim salleh? minah ne so feeling kaya life jetsetter.. penjuak fokey ke?
Quote Intanmahsuri 6-12-2017 09:47 AM
leylapple replied at 6-12-2017 09:13 AM
kontrak sampai bila?apa jenis kontrak? kontrak masa atau pre nup agreement?

nanti kalau ada anak  ...

Maybe dia nak cakap kahwin ada terms & conditions..lol..

T&C dia ialah in short; jangan paksa saya buat apa saya tak suka. Kena ikut kepala dia je lah ni..


Quote takayama 6-12-2017 09:53 AM
adeh mcm2 hal sekrg ni
Quote haryatie 6-12-2017 09:58 AM
suka hati dia la badan dia...
x buat mcam tu lambat pulak kut dpt jodoh nya...
tp ramai la kut istri2 org yg risau giler ni
sbb dlm syarat tu xde pulak asal jgn suami org..
'
Quote prettyuglybabe 6-12-2017 10:03 AM
patutnya ko gam duit kat mulut family yang bising suruh kawin cepat tu biar dorang bisu..
daripada berhabis kat jantan sebagai upah kawin..
Quote jazaa100 6-12-2017 10:06 AM
Umur 21 dah janda....

Lihat semua komen(119)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.089292s Gzip On
To Top