Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Bro, Nak Lebih 'Gagah'? Makanlah Tomato!

5-12-2017 10:52 PM|Oleh: Norlili | Dilihat: 343| Komen: 0

Anda tak suka makan tomato? 


Jangan begitu! Baik cuba makan dari sekarang kerana selain rajin bersenam, makan tomato juga boleh meningkatkan daya seksual lelaki. Wah, baru tahu ni! 

Foto: Mashable


Apa yang bagus sangat makan tomato ni untuk lelaki? 

Kalau nak tahu, tomato mengandungi sejumlah mikronutrien yang membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Tubuh lelaki memerlukan peredaran darah yang baik untuk memastikan tahap keghairahan dapat dicapai pada tahap maksimum. Bunyi macam lucu kan? Tapi itulah hakikatnya. 

Bukan itu sahaja, nutrien lycopene dalam tomato juga boleh meningkatkan kualiti sperma. Dalam erti kata lain, untuk pasangan yang sudah berkahwin lebih cerah peluang untuk mendapat anak. 


Foto: goodhousekeeping.co.uk

Vitamin C yang terdapat dalam buah tomato juga dikatakan dapat mencegah bahagian intim lelaki daripada cepat layu. Jangan lupa, vitamin B dan E dalam buah avocado juga mempunyai fungsi sama seperti tomato untuk kesihatan bahagian sulit lelaki. 



Jika boleh elakkan makanan bergoreng, berlemak dan hasil tenusu yang berlebihan. Boleh nak makan, tapi berpada-padalah ya. 


Foto Carian Internet

Dah jumpa penawar kepada masalah seksual anda, tunggu apa lagi ayuh cuba! Tak rugi bukan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 0
Komen

Previous : Malaysia Ibarat Keluarga Kedua Saya CLewis Hamilton

Next       : Uniknya! Di Jepun, Lelaki Botak Akan Diberi Diskaun

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043164s Gzip On
    To Top