Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Facebook Messenger Kids: Benar-Benar Selamatkah, Bila Nak Sampai Malaysia?

6-12-2017 04:01 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 1106| Komen: 6


Berapa ramai ibu bapa yang membenarkan anak mereka bawah 13 tahun mempunyai akaun facebook (fb) sendiri walaupun ia tidak dibenarkan?

Ramai juga, lah kan?

Hingga ada kanak-kanak yang menyalahguna peluang tersebut. 

Jadi, ada alternatif terbaik buat anda yang bergelar ibu bapa urban - Facebook kini melancarkan aplikasi comel buat kanak-kanak iaitu Messenger Kids. 

Ia dicipta khas buat kanak-kanak di bawah usia 13 tahun bagi berkomunikasi sesama mereka.

Facebook Messenger Kids - untuk kanak-kanak bawah 13 tahun

Berbeza dengan aplikasi Facebook Messenger biasa, Messenger Kids boleh dipautkan bersama akaun ibu bapa untuk memudahkan ibu bapa mengawal aktiviti anak-anak mereka.

Ketua unit Keselamatan Facebook, Antigone Davis berkata ramai kanak-kanak telah didedahkan dengan media sejak usia muda lagi seperti enam atau tujuh tahun.

 Kajian menunjukkan kanak-kanak terdedah dengan media sosial yang dikhaskan untuk remaja serta dewasa, ia tidak sesuai untuk mereka. Sekurang-kurangnya dengan Messenger Kids ini, ibu bapa boleh mengawal hala tuju mereka.

Jadi, ibu bapa jangan risau sebab Messengger Kids ini direka dengan mematuhi akta Children's Online Privacy and Protection Act atau COPPA bagi menjauhkan kanak-kanak disalahguna oleh pihak tertentu seperti iklan, mangsa buli online dan sebagainya.

Foto Carian internet
Antara yang menarik ialah variasi emoji serta karektor yang asalnya dipopularkan oleh Snapchat seperti pilihan GIFs, bingkai, stiker, topeng, alat melukis  untuk memberi pilihan kanak-kanak mengekspresikan personaliti mereka.

Tetapi, aplikasi ini hanya terhad kepada pengguna Amerika Syarikat sahaja menerusi Amazon App Store dan Google Play Store sehinggalah pihak facebook mendapat maklum balas sebelum mengumumkan tindakan seterusnya.

Jadi, sama-samalah kita berharap Messenger Kids ini sampai ke Malaysia seterusnya mengurangkan masalah budak-budak terlalu dewasa ini. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Previous : Cuba Teka Mana Satu Ibunya? Gambar Wanita 40 Tahun Tular, Nampak Sebaya Anak!

Next       : Haip! Jangan Tengok Gambar Ini Kalau Tengah Lapar

Komen Terbaru

Quote Cari-Azza 7-12-2017 10:49 PM
Tapi mostly budak bawah 18 tahun, dorang tak suka fb pun. Dorang lagi suka wechat - ni lagi bahaya. Predator ramai kat sini.

Lain-lain Komen

Quote stadlearnt 6-12-2017 06:43 PM
hermmmmmm. X elok bg aku
Quote Cari-Faizal 6-12-2017 07:58 PM
X elok jgk rasanya kanak2 bersosial di alam maya ni.
Quote batmana 6-12-2017 09:43 PM
tk gune, bdk2 nnti tipu umur dftar fb

ptut fb kt malaysia ni daftar dgn no. ic bagai,, tac number, daftar cm lesen

barula tkde keyboard warrior
Quote armin 7-12-2017 12:59 AM
batmana: tk gune, bdk2 nnti tipu umur dftar fbptut fb kt malaysia ni daftar dgn no. ic bagai,, tac number, daftar cm lesenbarula tkde keyboard warrior

Lagilah bahaya fb boleh guna ic kita as data. Pastu data leak no ic kena jual kt dark web. Lagi la senang org nak pedajal
Quote samasam90 7-12-2017 01:49 AM
ada ke ibu bapa yg pantau social media anaknya? ibubapa pun sibuk nak jodohkan anak org..
Quote Cari-Azza 7-12-2017 10:49 PM
Tapi mostly budak bawah 18 tahun, dorang tak suka fb pun. Dorang lagi suka wechat - ni lagi bahaya. Predator ramai kat sini.

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044433s Gzip On
    To Top