Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Dec
05

Masak Makanan Tradisi Melayu Dalam Dapur Canggih

5-12-2017 12:22 PM|Kandungan Tajaan | Dilihat: 2265| Komen: 60

Peneraju peralatan dapur berteknologi tinggi, Thermomix memperkenalkan buku masakan edisi khas yang menumpukan pada masakan Melayu tradisional, ‘The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix'.


Foto: Chef and Divine

Buku resipi ini adalah yang pertama menampilkan koleksi masakan Melayu autentik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Foto: thermomix.com.sg

Buku ini merupakan hasil kolaborasi bersama Puan Suriya Abdullah yang berbangga dengan masakan tradisi keluarga. Buku ini ditulis bagi berkongsi warisan masakan Melayu kepada generasi seterusnya.


Kandungan Tajaan

Masakan Melayu sememangnya digemari ramai, namun kaedah penyediaannya yang agak melecehkan membuat orang ramai 'liat' masuk dapur.

Menurut JH Lim selaku Pengarah Eksekutif Thermomix® Malaysia, buku ini menyediakan perancangan menu lengkap dengan panduan dan petua berguna serta gambar bahan-bahan yang akan digunakan, sekali gus membantu menjimatkan masa memasak di dapur.


Foto: Chef and Divine

Foto: thermomix.com.sg


Kenapa guna Thermomix? 

Bagi mereka yang inginkan alternatif makanan lebih sihat, Thermomix adalah pilihan bijak kerana teknologinya membantu mengawal penggunaan bahan dan mengelak dari menggunakan bahan tambahan seperti MSG, bahan pengawet karsinogenik, serta bahan kimia.

Gabungan 12 fungsi alat dapur dalam satu Thermomix seperti suatu keajaiban di mana kini semua orang boleh memasak dengan pantas dan mudah selain menyediakan pemakanan sihat.


Foto: FB Thermomix Malaysia

Keistimewaan ini disokong Puan Suriya yang mengakui Thermomix merupakan teman dapur ideal bagi setiap orang.

"Setiap hidangan diuji berulang kali bagi mendapatkan langkah memasak mudah, mengurangkan minyak dan kandungan garam serta gula demi menghasilkan jaminan kesedapan masakan melalui pengawalan masa, suhu dan kelajuan tepat Thermomix," katanya.

Thermomix boleh didapati pada harga RM6,488.00. Mahal? Jangan fikir begitu! Ia sangat berbaloi bagi mereka yang ingin jaminan pemakanan sihat serta kelancaran memasak yang efisien.

Untuk maklumat lanjut, layari www.Thermomix.com.my.


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 60
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sukacactus 7-12-2017 04:13 PM
shernazz replied at 7-12-2017 03:01 PM
tu la pasal
relaks je tgk dia tu
boleh dok.umah atas tanah..pastu travel sana.sini sambil shoppi ...


Lapis cempedak tu sedap tau
I dah cuba resepi kat blog dia dl
Tp bercinta la nak mengabiskan bakar kek tu
Dah la panas dok menunggu oven

Lain-lain Komen

Quote samasam90 5-12-2017 12:27 PM
beli thermomix boleh kurangkan kebebalan macai ke?
Quote sukacactus 5-12-2017 12:31 PM
Tengok dr jauh je la
Org lain xtau la, tp rege dia xsesuai dgn aku
Selalu tgk kat ig story si rima bisousatoi pakai
Sesuai la dgn dia, ongkaye
Quote Artemesiaa 5-12-2017 12:37 PM
Walauapa pun alasan kalau namanya masakan tradisional kena dimasak dengan cara tradisional tampa guna alatan modern baru betul2 sedap rasanya
Quote meisapoya 5-12-2017 01:24 PM
Sihat tapiii x sedap.
Nasi dagang masak dlm noxxa x sedap.
Ayam goreng dlm air fryer pon x sedap. Kena deep fry jgk sdp.
Mmg klu masakan melayu  x sedap la klu masak pakai letrik.
Unless mskn cina. Blh masak dlm ni
Quote slavehunter 5-12-2017 01:30 PM
Artemesiaa replied at 5-12-2017 12:37 PM
Walauapa pun alasan kalau namanya masakan tradisional kena dimasak dengan cara tradisional tampa gun ...

Tau takper kannn.....especially rendang sedap masak pakai kayu api...lain rasanye. Hari tu kak ipar bagi i nugget masak pakai air fryer tu aku tak boleh nak telan. Rasa cam tak masak jer. Hehe.
Quote CardiGans85 5-12-2017 02:06 PM
Ni klu msk rendang main rebus je sbg contoh, gerenti ramai ahli keluarga x mkn sbb x lalu nk telan.
Quote True-X 5-12-2017 02:10 PM
adekah akan viral mcm kuali ajaib, periuk ajaib, periuk noxxa?
Quote de_ikea 5-12-2017 03:11 PM
Makanan sihat mmg tak sedap chuols. Jauh beza dgn yg tak sihat. Usahkan beza cara dan gajet masak, beza ingredients sikit pun dah lain penangannya esp pada yg very define in taste. Contoh santan fresh dgn santan kotak, kicap cap ini dgn kicap cap itu, kunyit serbuk dgn kunyit idup.

Ini yg bawak pd mmcm penyakit nih. Huhuh.
Quote EncikRhoma 5-12-2017 03:20 PM
macam kecik je pun. Untuk makan sorang je ke?
Quote xtahumenahu 5-12-2017 04:03 PM
Mahalllllnyaaaaaaaaaa...noxxa pon aku pikir 2 3 kali{:thief{:give
Quote rospinki 5-12-2017 04:24 PM
taktik pemasaran je tu..overnya pricey
Quote onexox97 5-12-2017 04:33 PM
kalau warranty 60 tahun tak apalah
kalau pakai kejap je rosak tak baloi
Quote Modngengade1 5-12-2017 04:59 PM
Artemesiaa replied at 5-12-2017 12:37 PM
Walauapa pun alasan kalau namanya masakan tradisional kena dimasak dengan cara tradisional tampa gun ...

kakak pun lebih suka mengekalkan cara masak tradisi dekk...cili, bawang, halia semua akak giling jer....kowser sgt nk guna blender
Quote sarahmirza 5-12-2017 05:40 PM
Periuk ajaib la, noxxa la, ni thermomix pulak
Satu pun i tak pernah ada.
Tetap jua hari2 dapur berasap maknanya ada masak la tu.
Quote sarahmirza 5-12-2017 05:41 PM
Modngengade1 replied at 5-12-2017 04:59 PM
kakak pun lebih suka mengekalkan cara masak tradisi dekk...cili, bawang, halia semua akak giling j ...

Kalau kat sesetengah restoren, masih lagi masak pakai dapur kayu sis.
Sebab tu masakannya sedap.. ada bau asap skit
Quote Vokuro 5-12-2017 05:42 PM
mahal nya sis....tak berbaloi kalau takat nak masak bodoh2 jah
Quote missDollie 5-12-2017 05:46 PM
Mahai bebenor..ujung2 duduk dalam kotak je..Rupa pun pelik..kuali murah aku pun berasap gak dapur..
Quote Ipo 5-12-2017 05:50 PM
Kata nak masakan yang authentic.....
sepatutnya penggunaan alatan memasak pun kenalah authentic jugak
guna periuk tanah liat tu (clay pot) ke
barulah nampak kemelayuan
tumbuk guna lesung atau pakai batu giling
barulah betul
Quote Vokuro 5-12-2017 06:07 PM
Modngengade1 replied at 5-12-2017 04:59 PM
kakak pun lebih suka mengekalkan cara masak tradisi dekk...cili, bawang, halia semua akak giling j ...

pprt nya sis giling bagai.
beli jah hand blender yang helok.
tak payah nak giling2, boleh buat paste rempah ratus guna hand blender jah

Lihat semua komen(60)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043273s Gzip On
To Top