Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pening Lepas Bangun Tidur, Terkejut Kereta Habis Kena 'Sapu'

5-12-2017 09:44 AM |Dilihat:2119| Komen: 27
“Sebahagian besar ahli keluarga berasa pening sebaik terjaga daripada tidur dan terkejut melihat semua kunci kenderaan hilang dengan pintu utama terbuka manakala sebelah daripada selipar milik suspek ditinggalkan dalam keadaan terbalik.”

Itulah yang dikatakan oleh Mohamad Faiezi Md Yusof @Abdullah, 25 selepas kenderaan MPV Toyota Vellfire dan Proton Saga serta motosikal Honda RS150 milik keluarganya dilarikan oleh penjenayah.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Taman Klang Perdana, Kapar itu menyebabkan mangsa kerugian lebih RM200,000. 

Dipercayai kejadian berlaku pada awal pagi ketika keluarga berkenaan tidur dan lebih empat suspek memotong kunci mangga pintu utama dan jeriji pintu utama untuk masuk ke dalam rumah. 

Faiezi berkata, kakak iparnya berasa pelik kerana pintu utama terbuka selepas menyedarinya jam 9 pagi. 

Foto Harian Metro
“Kakak kemudian bertanya kepada abang saya sama ada menghantar dua kenderaan berkenaan untuk dibasuh, namun dia (abang) menafikannya.

“Bagaimanapun, kami terkejut apabila melihat kesan potong pada kunci mangga. Selain itu, semua kunci termasuk Proton Saga dan dua motosikal lain yang diletakkan pada alat penyangkut turut hilang,” katanya. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Pajeri_Nenas 7-12-2017 09:11 AM
kapar? selayaklah dirompak

Lain-lain Komen

Quote merrissa 5-12-2017 10:11 AM
fuh dasyhatnya.....kalo kete2 mahai macam ni selalu mesti deme ada insuran kecurian kan? ke x dak...maaf aku tak tau...aku naik beskal jer
Quote LostStar 5-12-2017 10:36 AM
dipukau ke ni? seramnya...
Quote haryatie 5-12-2017 10:38 AM
pukau ker  ni....
seramnyaa...
Quote onexox97 5-12-2017 10:42 AM
dasatnya
takyah la pakai kereta mahal dah kalu macam gini gaya
Quote manjalara_01 5-12-2017 11:07 AM
x pakai kreta mahal pun..
tp habis tu kat mana tempat selamat nak simpan kunci kereta?? bawah bantal ke?
nasib die org simpan kunci kereta kat tingkat bawah...kalau kunci tu konon simpan/sorok kat tingkat atas lagi bahaya....
Quote mieymiey 5-12-2017 11:12 AM
Sebelah selipar tu memang sengaja ditinggalkan ker?
Quote krustykrab 5-12-2017 11:13 AM
kes pukau la ni....
Quote sarahmirza 5-12-2017 11:19 AM
Vellfire ni memang favorite kereta curi ke?

Kalau tengok kat mudah, second hand vellfire murah2 dan kebanyakan yg jual bukan kedai.. musykil  pulak memikirkannya.

Quote insulin 5-12-2017 11:21 AM
Kerja Indon jongos ke ni?
Quote Artemesiaa 5-12-2017 11:22 AM
Sebab tu ada baiknya pasang cctv zaman sekarang ni kurang2 ada juga bukti sapa lakukan
Quote batmana 5-12-2017 12:04 PM
Edited by batmana at 5-12-2017 12:11 PM

bukan cctv aja , tapi belila gsm GPS tracker
tu baru rm80
pstu beli 1 simkad cth digi prepaid rm10, letak dlm gps tu, aktifkn sebulan rm30

psg wiring kt dlm kete, suh laki hang psg, klu laki tu tk pndai mmg failed la sbg sorg lelaki

kos bru rm120

tapi sstgh masyarakat tk pndang semua ni, bagi dorg ipon 7 rm2k tu murah, tapi GPS tracker rm120 tu mahal/leceh/malas/xdemasa.

nk tunggu malaikat turunkn GPS tracker dari langit agaknya baru nk psg.
Quote samasam90 5-12-2017 12:48 PM
dah macam cerita nujum pak belalang gituuu men pukau pukau.. makin mendonia ummah2 pukau memukau ne.
Quote Jorja 5-12-2017 04:38 PM
Yang penting selamat. Biarlah harta benda kena curi sakit tu memang sakit lah menanggung tapi asal keluarga selamat ok lah.
Quote yangsemb 5-12-2017 05:08 PM
Eii saspennyaa
Quote chinta89 6-12-2017 08:03 AM
kejinya lahai...
Quote Simunggu 6-12-2017 11:25 AM
pencuri ada di mana mana...berhati hati di jalanraya....pandu cermat jiwa selamat..
Quote rogayahtop 6-12-2017 08:57 PM
co2 poisoning ke kalau tido satu rumah. akak tak paham mekanisma pukau melayu ni. kalau mat saleh hypnotism la kan termnye mmg possible pun. tp katanye yg dihypnotized ni kena rela dihypnotize baru jalan.  kalau belah2 sini kan pukau ni macam2 caranyer. ada manual ke ilmu lama2 ni.
Quote MissVixen 6-12-2017 09:00 PM
batmana replied at 5-12-2017 12:04 PM
bukan cctv aja , tapi belila gsm GPS tracker
tu baru rm80
pstu beli 1 simkad cth digi prepaid rm10 ...

Beli dekat mana?
Quote moonbug 6-12-2017 09:27 PM
Sedihlah kereta hilang tp alhamdulillah diorang tak apa2kan org dlm rumah tu. Dahlah semua tak sedar rumah kena pecah. Kalau bangun2 masing2 dah bogel lagi parah

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.089204s Gzip On
To Top