Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Penjara 5 Tahun Kerana Pecah Masuk Rumah Hakim

5-12-2017 09:30 AM |Dilihat:496| Komen: 4
Seorang lelaki dipenjara lima tahun atas tuduhan memecah masuk rumah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Balia Yusof Wahi, 65, selain mencuri barang bernilai RM11,300, lapor BERNAMA.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Shamsudin Abdullah terhadap Ahmad Norfais Ishak, 22, selepas tertuduh mengaku bersalah dan diarahkan dipenjara bermula 23 Oktober lalu iaitu selepas dia ditangkap.



Mengikut fakta kes, bapa tiga anak yang juga seorang kelindan lori itu memecah rumah hakim terbabit di Jalan Kent 4, Kuala Lumpur melalui tingkap tandas dalam bilik dan mencuri tiga buah kamera jenama Nikon, Go Pro serta komputer riba pada 6.10 pagi, 22 Oktober lalu.

Ahmad Norfais didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda selain berdepan penjara 14 tahun jika kesalahan yang dimaksudkan hendak dilakukan itu ialah kesalahan mencuri.

Terdahulu, peguam Ernie Ahmad merayu tertuduh dikenakan hukuman penjara minimum dengan alasan dia sudah insaf.

"Ketika kejadian itu, anak guam saya terdesak kerana sedang berdepan dengan masalah kewangan. Dia kini menyedari bahawa mencuri bukan jalan penyelesaian terbaik," katanya. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dauswq 6-12-2017 06:12 AM
Associate supreme court justice ker? Mmg selayaknya lah kena.

Pertama sbb komputer riba yg diambil mgkn ade kpstn penghakiman tertentu, sekiranya didedahkan , ia akn bw kemudaratan pd hakim tersebut.

Lain-lain Komen

Quote nisako 5-12-2017 10:07 AM
nasib ko la..................
Quote cmf_premierleag 5-12-2017 11:22 AM
dah tau miskin, pegi la cari keje..padan muka kene jail
Quote prettyuglybabe 5-12-2017 01:33 PM
rumah hakim laju je buat kerja..
rumah marhaen, makan tahun senyap terus nak dapat penyamun tu..
Quote dauswq 6-12-2017 06:12 AM
Associate supreme court justice ker? Mmg selayaknya lah kena.

Pertama sbb komputer riba yg diambil mgkn ade kpstn penghakiman tertentu, sekiranya didedahkan , ia akn bw kemudaratan pd hakim tersebut.

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.090782s Gzip On
To Top