Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Kendall Jenner Takut Bella Hadid 'Main Dengan Api'

4-12-2017 12:11 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 2347| Komen: 14

Ramai peminat teruja apabila Bella Hadid dan The Weeknd kembali rapat, lebih-lebih lagi apabila ada desas-desus mengatakan mereka kini kembali memadu kasih.


Foto: REX/Shutterstock

Namun berbeza dengan rakannya, Kendall Jenner yang dilaporkan khuatir Bella, 21, akan patah hati di kemudian hari.


Foto: IG Kendall Jenner

Mungkin ada di antara kita yang mahu melihat pasangan itu kembali bersama, namun kebanyakan rakan seperjuangan Bella bimbang dengan risiko diambil model itu.

Memetik sumber Hollywood Life, Bella baru-baru ini bercuti ke Bahamas bersama rakan-rakannya termasuk Kendall, 22, dan Hailey Baldwin, 21. 


Foto: IG Hailey Baldwin

Difahamkan ketika itulah mereka menyuarakan kebimbangan mengenai hubungan Bella dan The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye, 27.

Kendall merupakan orang yang paling tak suka dengan situasi itu kerana dia tak percaya dengan peluang kedua.

"The Weeknd menjadi topik utama perbincangan mereka di sepanjang perjalanan.

"Mereka berasa, Bella sedang bermain dengan api," kata sumber.

Kawan-kawannya percaya yang Bella mungkin akan 'cair' dengan kata-kata Abel dan menerima Abel kembali dalam hidupnya.


Foto: IG Bella Hadid

Kalau betul mereka kembali menjalin hubungan, semoga Abel dapat membuktikan dugaan kawan-kawan Bella itu salah. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Previous : Dah Kembali Bersama, Tapi Keluarga Selena Sukar Terima Justin Bieber

Next       : Dituduh Gila Gara-Gara Tak Tun Tuang, Upiak Isil Diceraikan Suami

Komen Terbaru

Quote samasam90 6-12-2017 01:48 AM
abel ne sweet talker jah.. bukannya hebat atas katil pun org canada ne.

Lain-lain Komen

Quote melinda_kerr 4-12-2017 01:23 PM
Tolonglah. Kenapalah si gorilla ni jd pujaan ramai wanita jelita!
Quote nisako 4-12-2017 01:41 PM
hishhhhh x  de org lain ke bella ooi..........
Quote Knowlee 4-12-2017 01:48 PM
Ayat manis mcm madu ni.
Quote MyNameIsIris 4-12-2017 01:57 PM
Ntahnya heran betul... good in bed? Sweet talker?
Quote wikedsaikel 4-12-2017 02:29 PM
Mamat ni jelmaan dewa kasanova ke hapa hahhhhhh??!!!! {:question
Ayahanda kott
Quote mieymiey 4-12-2017 02:50 PM
Don't judge a book by it's cover chuols
Quote miemiecha 4-12-2017 03:33 PM
mek nk komen tapi xreti nk komen ape isu ni.. hahahahahha

tapi muka camtu.. aduiii
Quote royaldanish 4-12-2017 03:36 PM
apa yg best ngan mamat ni agak nya
Quote sherry_zaida 4-12-2017 10:02 PM
Abel Fayekushairi ni dambaan wanita sbb dia motherf***er starboy! Hikss
Quote armin 4-12-2017 10:27 PM
melinda_kerr: Tolonglah. Kenapalah si gorilla ni jd pujaan ramai wanita jelita!

Kan! Punyalah ramai lg hensem dari dia ni. Dah l bella tu family kaya nak mampos, muka ok2, nak mana2 lelaki pun petik jari je. Selena pun blh nak kat mamat ni. Sumpah tak faham apa yg deyols gilakan sgt
Quote Esmiria 5-12-2017 12:55 AM
armin replied at 4-12-2017 10:27 PM
Kan! Punyalah ramai lg hensem dari dia ni. Dah l bella tu family kaya nak mampos, muka ok2, nak ma ...

cinta itu buta......
Quote mrs_salvatore 5-12-2017 06:36 PM
the weekend balik kt bella sbb nk balas dendam kt selena. selena kan dh balik kt justin bieber?pastu meroyan pegi delete suma gmbr selena kt ig.

pdhal dulu selena post pikce kt insta rindu kt the weekend, mamat tu gi reply plak i dont care. ha mendptla ko
Quote makneng 5-12-2017 11:08 PM
Owh no wonder la si selena balik semula ke bibir.
Quote samasam90 6-12-2017 01:48 AM
abel ne sweet talker jah.. bukannya hebat atas katil pun org canada ne.

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049860s Gzip On
To Top