Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

5 Jenis Makanan Penyumbang Kanser, No 2 Tu Memang Mengejutkan!

2-1-2018 02:48 PM|Oleh: Faizal | Dilihat: 2493| Komen: 22

KANSER! Mendengar namanya sahaja sudah membuatkan kira berasa sangat takut.

Apalagi menghadapi penyakit ini. Penyakit kanser adalah sebahagian penyakit kronik yang menyumbang kepada kematian.


Walaupun ada yang mengatakan penyakit kanser ini disebabkan oleh keturunan ataupun genetik, anda harus ingat, makanan juga merupakan penyumbang kepada penghidap penyakit ini. 

Lebih-lebih lagi jika anda mangambil makanan yang tidak sihat.

Berikut adalah beberapa makanan yang harus kita hindari bagi mencegah kanser:

1. Masakan daging



Masakan daging yang tinggi lemak dan garam adalah penyebab kanser. Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan badan kita mengandungi lemak berlebihan dan ini akan menyumbang kepada penyakit kanser.

2. Popcorn


Popcorn atau bertih jagung adalah antara makanan segera yang diminati ramai. Lebih-lebih lagi bila memakannya ketika menonton wayang. Tapi adakah anda tahu bahawa popcorn mampu menjadi punca kepada penyakit kanser?

Bahan kimia yang terkandung dalam popcorn mampu merosakkan peparu dan penyebab kepada kanser. Bahan kimia ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kemandulan dan kanser testis sekiranya anda mengambilnya secara berlebihan.

3. Minuman alkohol


Ramai yang tahu makanan atau minuman beralkohol adalah sumber utama penyakit kepada tubuh manusia sekiranya diambil secara berlebihan. Kalau anda nak tahu, minuman beralkohol adalah penyebab kedua terbesar kepada kanser selepas tembakau.

4. Minuman berkarbonat
Minuman berkarbonat boleh menyumbang kepada kanser jika diminum secara berlebihan. Minuman berwarna-warni sudah tentu mengandungi banyak gula, bahan kimia makanan dan pewarna yang mampu menyumbang kepada kanser. 

Foto Carian internet
5. Makanan dalam tin
Lapisan dalam tin yang digunakan untuk bungkusan makanan biasanya menggunakan bahan kimia bisphenil-A atau BPA. Bahan kimia ini sangat beracun bagi tubuh manusia dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam tubuh kita.

Jadi, hati-hati dalam memilih makanan anda. Fikir dulu sebelum makan.- CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
3
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 22
Komen

Previous : Lelaki Ini Berkongsi Resepi Air Kunyit Untuk Isterinya Ketika Berpantang. Anda Mesti Cuba

Next       : Menyampah Dengar Bunyi Mengunyah Dikaitkan Dengan Genius, Biar Betul?

Komen Terbaru

Quote yayangmama 4-1-2018 10:00 AM
slalu nya baca kat mana2 pon diorang kata gula makanan kanser

ni xde pulak? fast food pon iye jgk kan

tapi tulah, jgn mkn melebih2...huhuhu risauuu

lagi2 bila tgk bdk2 kecik lg da kena kanser ni

Lain-lain Komen

Quote fara7351 2-1-2018 02:55 PM
Popcorn? Ohemgee
Quote cewekbopot 2-1-2018 02:59 PM

aduhai selama ni aku anggap popcorn la yg agak slamat sikit nk makan...andaian takde pengawet bagai..

Quote fara7351 2-1-2018 03:07 PM
cewekbopot replied at 2-1-2018 02:59 PM
aduhai selama ni aku anggap popcorn la yg agak slamat sikit nk makan...andaian takde pengawet baga ...

Taw takpa.. kusangka bertih jagung tu makanan healthy.. hahahaha... alaa dh la sedappp
Quote cmf_premierleag 2-1-2018 03:19 PM
popcorn dgn  caramel lebih mmg sedap
Quote yangsemb 2-1-2018 03:37 PM
Semua ni iolls suker except # 3...
Quote dubuk 2-1-2018 03:39 PM
baru lepas makan sardin cap ayam slurrpppp
Quote CardiGans85 2-1-2018 04:01 PM
Mknn berasakan jagung mmg fav me..pop corn ni sedap kot..garret..garret
Quote amyza 2-1-2018 05:56 PM
Suka lah mkn daging. Slalu beli daging kambing perap,sedappnyee.
Quote insulin 2-1-2018 07:10 PM
Alamak. Popcorn merbahaya untuk orang lelaki rupanya.
Quote armin 2-1-2018 08:20 PM
Erk selalu makan sardin ayam brand.. favorite sgt
Quote mirmo_19 2-1-2018 08:23 PM
Xde plak gula ek? I olls ingat makanan bergula akan mengungguli Carta tetapi ternyata popcorn lebih unggul ye..
Quote meisapoya 2-1-2018 09:09 PM
CardiGans85: Mknn berasakan jagung mmg fav me..pop corn ni sedap kot..garret..garret


Popcorn royale tgv pon sedap {:childlike
Quote RatuDunia94 2-1-2018 10:37 PM
Fast food??
Quote botol_purple 3-1-2018 10:37 AM
Alamak...  Suke sangat makan sadin..  
Quote botol_purple 3-1-2018 10:38 AM
Popcorn???
Quote chinta89 3-1-2018 10:44 AM
mkn berpada2 je..

semua benda kalau berlebihan mmg bahaya
Quote ainothman 3-1-2018 01:20 PM
ingatkan popcorn bagus. takde lemak. sekali hamek kau
Quote wati2110 3-1-2018 01:37 PM
Memang betul2 terkejut bila dapat tahu popcorn ni penyumbang kepada punca kanser....aduhaiiii dah ler aku suke makan popcorn ni
Quote abangadek 3-1-2018 01:41 PM
ada org yg mkn seumur hidup pun sihat walafiat je.. kanser juga boleh diwarisi dari keturunan

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.083432s Gzip On
    To Top