Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

"Saya Tahu Betapa Luluhnya Dia" - Luahan Hati Suami Elyana

30-11-2017 03:58 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 9818| Komen: 79

Kisah mengenai penyanyi Elyana banyak dipaparkan dalam masa beberapa hari ini selepas dia mendedahkan mengidap penyakit kanser tahap 4.

Bagi suaminya, Khairul Anuar Hussin dia mengakui di sebalik ketawa dan senyum isterinya, hanya dia yang tahu betapa luluhnya hati Elyana ketika dimaklumkan dengan berita kanser itu sekitar tahun 2012. 

"Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.

"Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!

"Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.

"Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.

"Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti? 


"Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa," katanya kepada Astro Gempak. 

Katanya, meskipun selepas membuat enam kali kemoterapi sebelum ini, isterinya menunjukkan kemajuan, namun kesakitan yang dirasai sangat tidak tertanggung. 

"Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.

Foto Carian internet
"Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan rawatan itu.

"Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya," katanya lagi. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
4
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 79
Komen

Previous : Malu Dengan Lakonan Lama Di TV, Peminat Baru Pun Terkejut - Diana Amir

Next       : Katanya Cari Peluang Lain, Tapi Shuib Didakwa Kena Buang Kerja Sebenarnya?

Komen Terbaru

Quote deekhan 6-12-2017 01:58 PM
syafakallah elyana.

Lain-lain Komen

Quote mokcikKSKB 30-11-2017 04:02 PM
Patut pon kanser maki aggresive..x cukup course chemo rupanya.ni dh stage four mmg palliative care je lah..adoyai..ramai yg kena kanser mcm ni.
Quote idakamaruddin 30-11-2017 04:25 PM
take care ellyana

perit rasa nye kehilangan org yg tersayang bila dh tau terus stage 4

moga elyana terus kuat utk menghadapi dugaan Allah
Quote noodle.baby 30-11-2017 04:40 PM
mokcikKSKB replied at 30-11-2017 04:02 PM
Patut pon kanser maki aggresive..x cukup course chemo rupanya.ni dh stage four mmg palliative care j ...

Kawan meols pun ada yg camni.. down sebab effect chemotheraphy.. tapi kalau stop makin tipis lah peluang nak recover kan..
Husband/wife dan family members kena betul-betul rational dan bagi semangat kpd pesakit utk teruskan rawatan.. Smoga Elyana diberi kekuatan utk melalui ujian ini..
Quote dory.thefish 30-11-2017 05:49 PM
sedihnya tgk dorg 1 fam..smoga allah beri kesembuhan pada elyana..kesian sgt2 tgk anak dorg if jadi pape jd elyana.
Quote tembikai 30-11-2017 05:55 PM
Semoga Elyana diberi kesembuhan sepenuhnya dan elyana sekeluarga terus tabah dan kuat utk menghadapi dugaan   ini bersama2.
Quote katibism 30-11-2017 06:10 PM
Ni untong dpt laki yg usia lebih sket...matang & x cepat melatah
Quote de_ikea 30-11-2017 06:17 PM
Semoga elyana diberi kesembuhan dan dimudahkan urusan. Untung ada suami dan keluarga yang ambil berat.
Fighting elyana.
Quote diss69 30-11-2017 06:29 PM
Semoga elyana terus kuat hadapi ujian ini..
Quote ainie_1008 30-11-2017 06:31 PM
kita blh cakap tap kita tak tau apa yg dorg lalui..
bln lepas sorg kenalan aku pesakit kanser mmg dah giveup nak hidup..
sampaikan dia kata klu bunuh diri nie tak berdosa mmg dia nak bunuh diri..
mmg nmpk bertapa downnya dia..
nasib family dan kwn2 byk support..
Quote fly_in_d_sky 30-11-2017 08:58 PM
kuatkan semangat .. stage four and masih muda ... boleh lagi tu ...
my mom umur 62 years .. kanser ... acute leukemia .... pre acute leukemia ...
punca sebab strombosis ... high amount of platelet for 20 years plus
kena chemo ... and masa last stage of chemo
dah habis chemo rehat kat hospital for observation
balik rumah .. next day dah kemas rumah .. panjat sana sini
i'm not bragging .. but mom really a high spirit person ...

doktor bagi chemo apa entah ... rest for 3 days then chemo cyclo for 2 days ...
1st day 4 hours .... lagi 1 jam nak habis mom tak tahan ... doktor slowkan .. took 2 hours

and elyana is lucky she still see her children and husband after chemo
but i can't visit my mom for 1 month plus ... because i was sick
i might infected her ... i only saw her on her last day ... on 19/09/17
that very morning ... she can't talk .. she was internal bleeding

come on think positive
if lemah memang lah rasa better mati
family kena support 110% ... the family have to stay strong for the patient

even her last day ... she still strong ...
tapi .. Allah sayang lebih .. and her body couldn't take it at the end
doctors gave platelet, blood and antibiotic on her last day
they are all positive she can survived ...

jangan biarkan penyakit tu makan diri
fikir yang you have childrens and husband ...
kun fayakun ..
berserah tapi jangan menyerah ...

Quote belilies 30-11-2017 10:12 PM
Yang blom kena tu blom kena badan sendiri yang merasa. Tengok roper elyana jenis yang happy go lucky, acu imejin sheols tak dapat tahan nak lawan lagi. Sebab sakit. Ko blom lagi kat tempat dia, merasa apa yang dia rasa. Kita yang tengok ni opkos cakap senang.

Eh cibs betol lah.

Kalo kene kat tempat ko mau ko meraung satu forum, dengan perangai ko yang suka hamput orang sana sini. If u got nothing nice to say, keep ur opinion di ceruk dinding sajelah. No need to drag all the gloom over here. Cibs.
Quote Nham22 30-11-2017 10:21 PM
Tp lame jua die survive.... bertahun2.... mesti makin lame makin susah die nak tinggalkan anak die... sbb makin lame makin rapat...makin besar depan mata..makin byk kenangan bersama...tabahnye suami
Quote Jorja 30-11-2017 11:11 PM
Semoga dipermudahkan urusan sis. Besarnya dugaan Allah hanya untuk orang yg setabah tabahnya di dunia ni.
Quote jalfa 30-11-2017 11:21 PM
Untungnya elyana dapat suami macam ni..semog terus kuat..my family member ada yg dah pergi sebab kanser..kanser usus....dalam masa 6 bulan lepas sheolz tahu shj...cepat gila sel. kanser merebak x sempat nak chemo apa...tinggal 2 anak..kesian sangat bila time sakit she menagis nak ke hospital nak suntik tak tahan sakit
Quote Homewrecker 1-12-2017 03:07 AM
Sedihnya. Keep fighting elyana & family especially husband elyana keep supporting her k. Nmpk je happy2 tu, tp derita zahir batin
Quote nafham 1-12-2017 05:50 AM
In one of her interview, she did mentioned about one of the reason she stopped the chemo. Antaranya adalah faktor kewangan. Dengan nada sedeh she said each chemo costing her lot of money n her saving makin susut teruk n that is why she stop. Sedehnya... Maybe dia terlambat beli insurance masa muda n bila dah tau dia ada kanser, mana2 kompeni insurance pun dah tak nak terima
Quote L211 1-12-2017 04:19 PM
nak kurangkan kesakitan disebabkan cancer ni boleh je dgn pengambilan cannabis atau ganja.. tp yg digunakan utk tujuan perubatan laa..https://www.cancer.gov/about-cancer/treatment/cam/hp/cannabis-pdq ... cuma kat Malaysia ni serba serbi haram.. huhuhu
Quote sehirkedi 1-12-2017 04:59 PM
Sedihnya... Moga2 segala urusan dipermudahkan dan Elyana sembuh dari penyakit..berat mata yg memandang..berat lagi bahunya yg memikul..
Quote sehirkedi 1-12-2017 04:59 PM
Sedihnya... Moga2 segala urusan dipermudahkan dan Elyana sembuh dari penyakit..berat mata yg memandang..berat lagi bahunya yg memikul..

Lihat semua komen(79)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.062243s Gzip On
To Top