Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Sanggup Den Tipu Bos Nak Makan Takdo Duit" - Terharu Dapat Kawan Macam Ni!

30-11-2017 03:03 PM |Dilihat:3003| Komen: 26
Alahai, terharunya dengan kesungguhan seorang insan bernama sahabat. 
Facebook Gila Kentang, semalam berkongsi beberapa keping gambar perbualan atara dua sahabat.

Menerusi perbualan itu, difahamkan seorang individu (Lan) meminta belas ihsan rakannya (Pi) untuk meminjam wang dengan alasan kad juruwang automatik (ATM)nya 'ditelan' mesin.



Tapi nak buat macam mana, Pi juga sedang kesempitan wang. Hanya beberapa keping wang kertas sahaja menghiasi beg duitnya. Mungkin tak sampai RM10 pun. 

Ingatkan setakat itu sahajalah perbualan mereka, tetapi ternyata Pi bersungguh-sungguh mendapatkan bantuan lain demi membantu sahabatnya hingga dia sanggup 'menipu' atasannya untuk mendapatkan wang.




Mungkin lucu bagi kita, tetapi malang bagi Pi kerana Lan bukan benar-benar mahu meminjam wang, sebaliknya dia hanya mahu menguji kesetiaan rakannya itu.

Bukan sahaja bangga memiliki sahabat seperti Pi, bahkan Lan begitu terharu dengan kesungguhan dan keikhlasan sahabatnya itu.



Tak dapat dinafikan, bukan senang nak jumpa sahabat yang bersungguh-sungguh ingin membantu kita di dalam kesusahan dan ia diakui rata-rata netizen.

"Payah nak cari sahabat macam pi yg sanggup bersusah payah pinjam dengan bos untuk kebahagian kawan dia," komen netizen.




Ada lagi ke orang macam Pi ni? 

Paling tak syok, masa nak pinjam tu habis segala drama keluar. Bila dah dapat usahkan nak ganti hutang, 'batang hidung' dia pun tak nampak!


Foto: FB Gila Kentang

Jangan ada pula yang nak meniru teknik Lan menguji kesetiaan rakan tau! Kesian kawan-kawan nanti. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote stadlearnt 5-12-2017 07:53 AM
huuuuuuuuuuu

Lain-lain Komen

Quote rosasen 30-11-2017 03:21 PM
terharu plak...
Quote zulka 30-11-2017 03:23 PM
bukan taknak bagi pinjam...
tapi selalunya time dia nk pinjam tu time aku tgh kering juga..
Quote Skuau 30-11-2017 03:28 PM
kalo boss tau...kena maki......maki tu bkn blh dikongsi bersama...kawan ke camni....
Quote nisako 30-11-2017 04:13 PM
sian pulak .....................
Quote Esmiria 30-11-2017 04:16 PM
aku x cya ..
Quote Andyscenes 30-11-2017 04:16 PM
Cis.. x heran
Quote matchstick 30-11-2017 04:24 PM
boss sopi tu pun baik juga..
Quote moonbug 30-11-2017 04:30 PM
Bagusdia dia dgn boss dia jenis caring. Tp nak tlg org pun berpadalah, jgn sampai menipu. Kalau kantoi dgn boss sendiri, maruah diri sendiri yg tergadai, bkn kawan tu.
Quote buluhbetung 30-11-2017 04:38 PM
baru berlaku dekt diri sndri macam ni mgu lepas.kawan lama tb2 nak pnjm duit rm50.ai pn cukup2 je ada .pastu pinjam la dekt bos then masuk dekt dia.sebb kalau bagi duit sndri suami marah sebb katenye nak tolong org tapi sndri pun cukup2.

alhmdulilah semalam dia masuk balik duit pinjam tu
Quote palmolive 30-11-2017 04:53 PM
padahal pi pun tipu pinjam duit boss
Quote CrowneGlory 30-11-2017 05:15 PM
bagus pi dgn bos dia...
Quote Teru2Bozu 30-11-2017 05:40 PM
kenapa aku rasa macam ... buat2 je nih. saje nak viral bagai. aish..
Quote tembikai 30-11-2017 05:51 PM
harap tiada yg ambil kesempatan ...
Quote beautifulliar 30-11-2017 10:00 PM
Tk kisah la klo cite kak hasanah versi jate..tp mato den bergenang gak la
Quote makita 30-11-2017 10:52 PM
Tp kalu dpt kwn yg hujung mgu gi jejalan n ada ke aktibiti riada dia kt luar umah...kite ni tahan la lepak umah aje...ujung bulan mntak pinjam duit. Nak kesian...tp kalu bgi mcm cari nahas.
Quote Jorja 30-11-2017 11:24 PM
Tak kisah lah gaji ciput ke banyak.. kena saving tiap bulan juga. Boleh bantu bila org minta tolong
Quote Kangkung1M 1-12-2017 01:45 AM
Teru2Bozu replied at 30-11-2017 05:40 AM
kenapa aku rasa macam ... buat2 je nih. saje nak viral bagai. aish..

setuju dgn u
dejavu sgt baca kisah viral ni...dh bnyak kali diulang tayang dlm pelbagai versi
pelik aku netizens ni mudah sgt ditipu...patutla para scammer skrg tumboh melata
makin maju n berkembang teknologi...makin kebelakang cara kita berfikir n menganalisis sesuatu

Quote Nenasketum 1-12-2017 12:42 PM
Baiknya kawan dia. Simpan sampai akhirat kawan macam ni.
Aku pun nak hanjengkan MBB. Semua nak di vendorkan. Kena tunggu pulak time vendor mai. Yang sengasara pelanggan.
Quote prettyuglybabe 1-12-2017 01:17 PM
ko tipu kawan.. kawan tipu bos..

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059655s Gzip On
To Top