Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Jangan Buang! Ini Rupanya Manfaat Sos Tomato Sachet Yang Mengejutkan!

29-11-2017 05:09 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 2955| Komen: 9

Jangan sesekali membuang lebihan sos tomato dalam sachet yang anda sering dapati selepas membeli makanan segera. Ternyata sos tomato ini ada beberapa kegunaan lain selain menyedapkan lagi makanan. 

Dikatakan sifat masam dari tomato dan cuka dalam sos tersebut mampu membersihkan pelbagai benda. Malah, harganya sangat murah berbanding pencuci komersial yang dijual di pasaran. 

Berikut antara fungsi sos tomato ini yang sangat mengejutkan:


1. Mengembalikan kilau perkakasan memasak

Pelbagai perkakasan dapur seperti periuk, mangkuk, pemegang laci dan sebagai yang sudah kekuningan dan kusam. 

Oleskan sos tomato ini pada perkakasan yang hendak dibersihkan, kemudian biarkan selama 30 minit. 

Ambil berus dan gosok sehingga bersih, sebelum bilas dengan air. 


2. Bahagian kereta pun bersinar

Memetik The Cymbal Book, terdapat sesetengah penggunaan sos tomato terhadap permukaan kereta yang mampu mengembalikan kilauannya. 

Membersihkan keseluruhan kereta dengan sos tomato memang kurang praktikal. Anda cuma bersihkan beberapa bahagian tertentu sahaja dengan sos ini.

Pertama, bahagian tersebut dengan sabun atau syampu kereta. Kemudian letakkan sedikit sos tomato dan lapkan lagi. Bilas sehingga bersih. 


3. Merawat rambut rosak

Bagi mereka yang gemar berenang boleh mengalami kerosakan rambut akibat kandungan klorin dalam air kolam. 

Untuk mengatasi masalah tersebut boleh menggunakan sos tomato. Cuci rambut dengan syampu, kemudian usapkan sos tomato pada rambut dan biarkan selama 10 minit.

Kemudian bilas dan cuci semula dengan syampu. Bilas lagi dan rambut anda akan semakin sihat semula. 


4. Melegakan luka ringan

Sejukkan sachet sos tomato dalam freezer. Kemudian letakkan pada bahagian kulit yang terluka. Ia berfungsi bagaikan pek ais yang sangat berkesan! - CARI 

Foto Carian internet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Previous : Wekk! Nak Muntah Dengan Rawatan Wajah 'Unik' Ini

Next       : Eh, Tekan-tekan Pun Boleh Kurus.. Jom Cuba!

Komen Terbaru

Quote Super-M 5-12-2017 09:39 AM
haha..nnti nak cuba..
pernah cuba ACV utk rambut.memang bagus sangat kesannya tu.Tapi ya ampun...nak hilangkan bau lepastu anak aku pun xsggup dekat.

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 29-11-2017 05:27 PM
dulu biasa akak simpan sos tomato kt kfc, sos cili je bawa balik. kalau tahu sos tomato banyak kegunaan akak bawa juga sos tomato
Quote emelia1509 29-11-2017 05:34 PM
Bagus info ni...
Tapi iols makan je tomato sos ni..letak dalam burger mabeless..So xde istilah buang tomato sachet ni..
Quote pearl.silver 29-11-2017 06:53 PM
Kadang2 mcd kfc xbagi dah sos tomato ni..
Sbb iols nk masak cr sachet tomato xde..ada chili je melambak dlm peti ais
Quote Konahhh 29-11-2017 07:50 PM
Hehe konah memang tak makan tomato sauce, bolehla nanti cuba tips ni {:love
Quote DeeHanania 30-11-2017 08:13 AM
Petua tuk rambut tu,
Slalu buat...
Tuk bilasan terakhir...
Suka sos cili&sos tomato
Quote mieymiey 30-11-2017 09:01 AM
Sos tomato i memang tak makan. Makan sos cili jer.
Quote chinta89 30-11-2017 10:59 AM
iols suke sos tomato campur sos cili... diadun sebati, rse pedas2 masam. mmg yummehhh!
Quote Husnaazri 5-12-2017 04:55 AM
Good tips!
Quote Super-M 5-12-2017 09:39 AM
haha..nnti nak cuba..
pernah cuba ACV utk rambut.memang bagus sangat kesannya tu.Tapi ya ampun...nak hilangkan bau lepastu anak aku pun xsggup dekat.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047124s Gzip On
    To Top