Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Ramai Setuju Penumpang Obes Harus Bayar Lebih Mahal Untuk Tiket Pesawat

29-11-2017 01:33 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 5782| Komen: 50

Jika seseorang itu mempunyai berat yang berlebihan mahu pun obes, pada masa ini mereka bukan sahaja harus bimbangkan kesihatan, sebaliknya dari aspek ekonomi dan kewangan.

Ini kerana ada kajian yang dijalankan di UK mendapati ramai yang bersetuju iaitu sekitar 91 peratus percaya mereka yang obes ini seharusnya dicaj lebih mahal ketika menaiki pesawat!

Memetik laporan Telegraph, kajian itu meliputi 2,494 orang yang dijalankan oleh laman web Jetcost.co.uk. Bukan sahaja di UK beranggapan sedemikian, malah negara jirannya seperti Perancis, Itali dan Sepanyol turut bersetuju pengguna yang berbadan besar ini harus membayar lebih. 


Pun begitu, negara Jerman berpendapat seharusnya tempat duduk yang lebih besar ini tidak wajar ditawarkan langsung dalam pesawat. 

Isu ini menjadi perbincangan hangat beberapa tahun kebelakangan ini kerana apa yang menjadi fokus utama ialah muatan lebih menyebabkan lebih bahan bakar diperlukan. 

Ia juga berkaitan dengan polisi sesetengah syarikat penerbangan yang meminta penumpang membayar harga tempat duduk ekstra jika tidak muat duduk di satu tempat duduk. 


Sememangnya berat dalam pesawat sangat diambil kira kerana memetik The Economist, pengurangan 1 kg dalam pesawat mampu menjimatkan bahan bakar bernilai USD3,000.

Ada juga pendapat yang mengatakan jika penumpang lain boleh membayar lebih dengan beg yang memiliki muatan lebih, mengapa tidak kepada penumpang gemuk?

Pendapat lain juga mengatakan pengguna atau penumpang yang lebih kurus tidak seharusnya membayar untuk pengguna gemuk, seperti memetik kata Steve Miller, host bagi program Fat Families. 

Foto Dailymail
Ini sekaligus menyebabkan penumpang gemuk yang perlu membayar lebih untuk tempat duduk ekstra ini bakal melakukan sesuatu untuk menguruskan berat badan mereka. Motivasi katanya.

Apa pula kata anda dengan isu ini? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 50
Komen

Previous : Lelaki Turun 10 Kg Dedah Cara Dengan Hanya Ubah Sarapan..

Next       : Lelaki Ini Berkongsi Resepi Air Kunyit Untuk Isterinya Ketika Berpantang. Anda Mesti Cuba

Komen Terbaru

Quote moonbug 2-12-2017 01:34 PM
Setuju sgt. Or set limit utk normal seat tu weight limit up to 100kg contohnya. Lebih daripada tu sila beli double seat ke apa. Kesianlah org lain bayar sama tp siku kau je dah masuk riba orang

Lain-lain Komen

Quote strawberry27 29-11-2017 01:42 PM
Kena turun kan sikit berat body lah lepas ni... rugi airlines charge lebih
Quote noraidil_06 29-11-2017 01:48 PM
Setuju. Org putih ramai no yg obes.skrg org malaysia pn ramai obes. Ssh sgt ke nk jaga kesihatan  sdri.

#acikbawangberleter
Quote Iema5008 29-11-2017 01:50 PM
Aku setuju sbb masalah ni la slalu aku hadap tiap kali nak terbang.. sedap2 jah himpi2 kat aku sbb kerusi x muat, tangan pun himpit sesedap rasa dia, nmpk kesian kat yg obes naik flight tp nk bt mcm mna, sgt la tak selesa, belum lg tkena yg duduk seat blkg kita, kompom2 bila bgerak2 akan tkena jgk tempias... apa lagi air asia pya seat.... kecik
Quote ashcroft86 29-11-2017 01:51 PM
Tiket bas pon!!!!!!! Pernah merasa dok sebelah orang gemok obese dalam bas, 12hrs!!!!!!! Dok sebelah badan je!!!! Seat semua occupied!!!!!!! Cam harammmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!
Quote umbut 29-11-2017 01:51 PM
Yg obes kena bayar lebih ye.. terlebih kilo, senget kapal terbang
Quote CiliPadiSedap 29-11-2017 02:07 PM
tony fernandes pun obes boleh pula
Quote nisako 29-11-2017 02:29 PM
habis la kena diet ................
Quote Jeasabri 29-11-2017 02:42 PM
sangat xselesa lahhh
Quote samasam90 29-11-2017 02:50 PM
kalau naik flight ada la 2 3 pakcik obes sebelah i.. nasib baik la semua helok mewangi.. acah2 bersandar tertidur pun okey je..
Quote mokcikKSKB 29-11-2017 02:51 PM
SAKIt weyh kalau dok sblh org obes ni...mcm kita plak yg tkepit sempot x cukup ruang
Quote joy_ah 29-11-2017 02:54 PM
i naik lufthansa terkepit dgn abang obes. nasib bahu dia macam bantal boleh tumpang tido
Quote cicicumel 29-11-2017 03:01 PM
Dulu i pernah tanya kat bodgos mcm mana artis gemuk mcm syanie dan abam bocey naik kapal terbang? Kena tempah 2 seat ke? Langsung i kena maki hamun...hahaha...seriously i sekadar nak tanya je bukan i mengutuk
Quote Artemesiaa 29-11-2017 03:01 PM
Mungkin ada baiknya mereka ni diwajibkan beli seat extra demi kelesaan diri mereke sendiri juga penumpang lain
Quote CardiGans85 29-11-2017 04:15 PM
Naik air asia klu ddk sblh obese mmg adoii
Quote beautifulorchid 29-11-2017 05:28 PM
Kat Jepun kalau obes kene denda..kecuali ahli sukan sumo.......ini fakta bukan auta
Quote ~boolean 29-11-2017 05:46 PM
CiliPadiSedap replied at 29-11-2017 02:07 PM
tony fernandes pun obes boleh pula

toni bukannya naik ekonomi nak berhimpit dengan orang lain...
Quote ~boolean 29-11-2017 05:50 PM
cicicumel replied at 29-11-2017 03:01 PM
Dulu i pernah tanya kat bodgos mcm mana artis gemuk mcm syanie dan abam bocey naik kapal terbang? Ke ...

bodgos memang ramai acik mudah sentap...aku syak mereka gemok, sebab itu sensitif sangat bila tiba isu gemok

tapi bila menghina anak orang hodoh, anak orang down syndrome merekalah juara
Quote melinda_kerr 29-11-2017 05:56 PM
untuk org yg berdengkur juga. sakit telingalah duk sebelah org mcmni. kita tak ckup tido disebabkan dia
Quote aurorae 29-11-2017 06:38 PM
setuju sangat, mak aku pernah dihimpit oleh 2 lelaki gemuk dalam flight Air Asia, sian mak  aku terseksa 8 jam.

Lihat semua komen(50)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.051506s Gzip On
    To Top