Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Propose Article Lihat artikel

Dessert Paling Meletops : Trifle

Zailina|28-11-2017 11:32 AM |Dilihat:272| Komen: 3

TRIFLE

 

Puding trifle elok disediakan di dalam mangkuk kaca lutsinar kerana ia ada tiga lapisan yang berlainan warna. Lapisan pertama adalah kek. Selain kek span, trifle akan nampak cantik jika menggunakan kek gulung atau swiss roll.

 

Kek perlu dihiris nipis dan diatur selapis pada dasar mangkuk. Ini adalah supaya ia mudah menyerap jeli yang dituang nanti. Di atas kek ini, anda perlu taburkan buah-buahan yang dihiris kiub kecil.

 

Seterusnya, lapisan jeli boleh disediakan dari bahan asas iaitu serbuk agar-agar, air, gula dan pewarna. Anda juga boleh membeli serbuk jeli di dalam kotak dan memilih apa saja perisa yang anda sukai. Jika menggunakan serbuk jeli, ikuti peraturan pada kotak. Selalunya, anda hanya perlu campurkan serbuk jeli itu dengan air panas. Kacau hingga jeli sebati kemudian tuangkan ke atas kek dan buah-buahan tadi.

 

Lapisan tengah trifle adalah puding kastard. Petua paling penting bila menyediakan kastard adalah melarutkan ia di dalam sedikit susu. Kemudian barulah ditapiskan ke dalam baki susu. Gula ditambah ikut suka manisnya kerana lapisan jeli juga manis.

 

Puding kastard hendaklah dikacau atas api perlahan hingga pekat. Jika api kuat, bahagian bawah atau dasar periuk akan hangus dengan mudah. Setelah puding kastard pekat, kacau cepat-cepat selama 2-3 minit atau hingga berkilat. Ini menandakan ia sudah masak. Angkat dan ratakan di atas lapisan jeli yang sudah keras atau set.

 

Lapisan seterusnya adalah krim putar. Ia dikenali sebagai whipping cream atau double cream. Untuk memudahkan krim kental, pastikan pemukul elektrik tidak mengandungi sebarang kesan minyak (terutama jika digunakan untuk membuat kek).

 

Isikan krim ke dalam beg aising bernozzle (muncung) bentuk bintang. Pastikan kastard sudah sejuk sebelum memicitkan krim ke atasnya. Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.

 

TRIFLE

 

80 gm jeli perisa strawberi (kotak/paket)

400 ml air panas

180 gm kek gulung, dihiris nipis

100 gm buah-buahan koktel (tin)

300 ml susu segar

40 gm gula kastor

35 gm tepung kastard

200 ml krim putar

Hirisan buah-buahan (hiasan)

 

Cara membuatnya

1.      Campurkan jeli dengan air panas. Kacau hingga larut, ketepikan.

2.      Susun kek di dalam mangkuk. Taburkan buah-buahan di atasnya.

3.      Tuangkan jeli dan biar keras.

4.      Larutkan tepung kastard dengan sedikit susu. Tapiskan ke dalam periuk.

5.      Tuangkan baki susu dan gula. Kacau atas api perlahan hingga pekat.

6.      Ratakan di atas jeli dan biar sejuk.

7.      Pukul krim hingga kental. Picitkan di atas kastard.

8.      Hias dengan buah-buahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dessert Paling Meletops : Trifle

Dessert Paling Meletops : Trifle


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Cari-Zai 6-12-2017 11:05 PM
Ya ... hampir sama bunyinya. Puding  Trifle walau 'leceh' nak buat, sedap dimakan. Chocolate Truffle selalunya dibuat dengan reja kek atau biskut. Truffle Oil dari cendawan truffle pula mahal tapi sedap dijadikan 'dressing' salad...

Lain-lain Komen

Quote salmon-suki 28-11-2017 04:33 PM
Selalu tertukar puding trifle ngn chocolate truffle..and truffle satu lg tu..hihi..
Dulu bt puding ni time join cooking competition kt sekolah..so nostalgic..{:love
Quote salmon-suki 28-11-2017 04:34 PM
Selalu tertukar puding trifle ngn chocolate truffle..and truffle satu lg tu..hihi..
Dulu bt puding ni time join cooking competition kt sekolah..so nostalgic..{:love
Quote Cari-Zai 6-12-2017 11:05 PM
Ya ... hampir sama bunyinya. Puding  Trifle walau 'leceh' nak buat, sedap dimakan. Chocolate Truffle selalunya dibuat dengan reja kek atau biskut. Truffle Oil dari cendawan truffle pula mahal tapi sedap dijadikan 'dressing' salad...

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.035348s Gzip On
To Top