Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

"Takut Esok Sudah Tiada"-Elyana Hidap Kanser Kelenjar Tahap Empat

27-11-2017 10:19 AM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 42629| Komen: 981

Penyanyi Elyana mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu yang dia merupakan penghidap kanser tahap empat.

Keadaan dirinya itu dimaklumkan selepas dia tersingkir daripada pertandingan Gegar Vaganza musim ke 4 pada Ahad.

Elyana disahkan menghidap kanser limfoma (kanser kelenjar) sejak tahun 2013 dan sejak itu dia sudah mencuba pelbagai rawatan di hospital dan juga tradisional.

Foto: IG Elyana
"Sekarang ini kanser memasuki tahap empat dan saya sudah menjalani berpuluh kali rawatan kimoterapi, kali terakhir sebelum bulan Ramadan lalu. Malah, saya juga ada mencuba rawatan secara tradisional.

"Saya berhenti rawatan kimoterapi kerana mahu tumpukan pada persembahan Gegar Vaganza dan berasakan hanya dengan berfikiran positif membuatkan saya lupa tentang penyakit," katanya kepada mStar Online.

Foto: IG Elyana
Tambahnya, setiap kali mahu melelapkan mata, Elyana sering dibayangi mimpi ngeri dan sentiasa bimbang jika tidurnya itu merupakan malam terakhir buat dirinya.

"Kalau saya tidur, jantung boleh terhenti dengan tiba-tiba dipercayai kerana kesan penyakit ini. Sampaikan saya sanggup bersengkang mata kerana takut tiada hari esok untuk saya."

Elyana atau nama sebenarnya  Erneelya Elyana Emrizal, 30, sebelum ini merahsiakan tentangnya kerana tidak mahu peminat dan masyarakat terkesan dengannya.

Semoga Elyana tabah dan sama-samalah kita doakan agar kesihatannya boleh pulih semula. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 981
Komen

Previous : Aiman Tino Nyanyi Rap Bagus Juga, Percubaan Yang Baik - Joe Flizzow

Next       : "Video Menangis Tu Bukan Untuk Aedy,"-Nabila Razali

Komen Terbaru

Quote MH3707 24-1-2018 03:03 PM
tadi pagi masuk je dalam kereta terus terdengar lagu elyana,,,aku tertunggu2 lagu tu habis sbb mesti dj nak umumkan yg elyana dah mati...tp rupanya just saje2 dj putarkan lagu tu je...wakaka

sbb selalunya gitu lah kan,kalau ada apa2 kes artis je,mesti lagu depa dimainkan untuk sbg contribution atau intro pada sesuatu pengumuman...

Lain-lain Komen

Quote MrsKobis 26-11-2017 11:38 PM
:' sedihhh wehh
Quote darkchoc 26-11-2017 11:38 PM
Terkejut dengar tadi..
Quote akakmasihvogue 26-11-2017 11:39 PM
nampak sihat jer dia...
Quote akakmasihvogue 26-11-2017 11:39 PM
nampak sihat jer dia...
Quote Arry 26-11-2017 11:39 PM
sedih weyyyy.... terus menangis coz my mom liver cancer final stage... tgh berperang dgn kesakitan skrg ni..
Quote Madel 26-11-2017 11:39 PM
Tahap 4?? Biar betul
Tahap 4 tu dah terbaring or pakai wheelchair dah. ..berdiri dah tak boleh apa lgi nak menyanyi..
Salah dengar ke apa
Quote Pinkdolly 26-11-2017 11:40 PM
Tu la terkejut gak n semua org pun terkejut dengar.. Kanser ape chuols?
Quote opie5662 26-11-2017 11:41 PM
Harap die jaga makan betul2. Nampak die mcm banyak makan fast food n bende manis2...gula tu makanan kanser kan. Take care elyana..keep fighting
Quote danieladam 26-11-2017 11:43 PM
Kanser ada berapa stage?
Quote white01whale 26-11-2017 11:44 PM
Madel replied at 26-11-2017 11:39 PM
Tahap 4?? Biar betul
Tahap 4 tu dah terbaring or pakai wheelchair dah. ..berdiri dah tak boleh apa  ...

Betul la wey... Dia dah buat chemo pun...
Quote MissVixen 26-11-2017 11:44 PM
Betul ke?
Quote opie5662 26-11-2017 11:45 PM
danieladam replied at 26-11-2017 11:43 PM
Kanser ada berapa stage?

4....kalau 4 tu mmh susah nk elok dah...
Quote white01whale 26-11-2017 11:45 PM
opie5662 replied at 26-11-2017 11:41 PM
Harap die jaga makan betul2. Nampak die mcm banyak makan fast food n bende manis2...gula tu makanan  ...

Maybe dia sampai tahap nak buat semua selagi ada masa... Dia jer yg tau... Makan selagi ada selera
Quote beruangmuda 26-11-2017 11:45 PM
meols tak layan GV minggu ni... tak sangka dengar berita ni. meols suka gila elyana masa dunia baru
Quote ira_229 26-11-2017 11:45 PM
Arry replied at 26-11-2017 11:39 PM
sedih weyyyy.... terus menangis coz my mom liver cancer final stage... tgh berperang dgn kesakitan s ...

Oh ur mom pun kena liver cancer?like arwah my mom...i tak sanggup tengok dia kesakitan..muga2 u tabah ya..i da mengalami jaga my mom dulu..
Quote cikbudu 26-11-2017 11:46 PM
Tp kalo stage 4 camtu gaya dia... dia btol2 kuat... Pity elyana
Quote ninyahnoks 26-11-2017 11:46 PM
Innalillah...mmg harapan untuk baik tipis.
Quote kirei_wa 26-11-2017 11:47 PM
Tapi kanser apa wey....sedihnya dgrr
Quote Nenasketum 26-11-2017 11:47 PM
Sedihnya baca berita ni.

Lihat semua komen(981)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.063041s Gzip On
To Top