Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Isteri Dicekik Dan Ditumbuk, Hanya Kerana Tak Jawab Telefon

24-11-2017 10:00 AM |Dilihat:865| Komen: 7
Seorang suami menampar, menumbuk, mencekik leher dan menendang isterinya hanya kerana wanita itu tidak menjawab panggilan telefonnya.

Akibatnya Ng Boon Meng, 43 yang juga seorang penganggur terpaksa meringkuk dalam penjara selama tujuh bulan.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman ke atasnya selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Tan Suh Huai, 41, seorang eksekutif pentadbiran di sebuah agensi pelancongan.

Menurut mStar Online, perbuatan itu dilakukan di rumah mereka di Taman Pandan Indah, Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Gambar Hiasan
Menurut fakta kes, tertuduh pulang ke rumah dan memarahi isterinya sebelem menampar muka beberapa kali, mencekik leher hingga merah, tendang kaki, tumbuk perut dan tarik bibir mangsa sehingga berdarah.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu dia tidak akan mengulangi perbuatan itu dan merayu kepada  mahkamah supaya memberikan peluang kepadanya untuk kembali kepada isteri dan memperbaiki diri. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dodolgemokgila 26-11-2017 11:43 PM
Jantan laknat bewak  hidup dah la xkeje ada hati nak kembali semula! Mampos je la

Lain-lain Komen

Quote faraway1 24-11-2017 10:06 AM
hahaha teringat my husband,
selalu sangat bagi miss call banyak kali,
last voicemall kata ''kalau malas nak jawab, jangan ada tepon''..
Quote intanumbrella 24-11-2017 10:37 AM
Jilakak sangat perangai..bini xjwb call pun nk mengamuk bgai...da la bini ko tubyg kjer..ko dok ngangkang kat umah..
Quote jointhecurse 24-11-2017 10:38 AM
dh biawak hidup!!!
Quote noraidil_06 24-11-2017 10:52 AM
Biawak hidup versi cina.  Lelakj skrg eh.  insecure lettew takut  bini tinggal.mereput pls
Quote batmana 25-11-2017 11:33 PM
Wasap ajala..tepon2 makan kedit
Quote dani-rox 26-11-2017 10:47 PM
penjara tujuh bulan jah?? cubaan membunuh kot, sampai mencekik leher bagai.
ada hati nak kembali kpd isteri... nak mintak ditanggung lg letteww. dasar bewak.
Quote dodolgemokgila 26-11-2017 11:43 PM
Jantan laknat bewak  hidup dah la xkeje ada hati nak kembali semula! Mampos je la

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092868s Gzip On
To Top