Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Diana Danielle Mengamuk Mainan Anak Rosak, Lapor KPDNKK

20-11-2017 10:40 AM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 10514| Komen: 92

Pelakon Diana Danielle sememangnya sangat mementingkan dan juga mengutamakan anak-anaknya. 

Jika sebelum ini anaknya Muhammad (Chemad) menjadi viral kerana dikatakan sangat berbakat selepas muncul dalam iklan produk Lifebouy.

Namun, kisah kali ini adalah berkaitan anak keduanya iaitu Nur Aurora. Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Diana meluahkan rasa kesal dan juga kecewa selepas barang mainan anaknya itu didapati rosak hanya selepas dua jam dibeli. 


Siapa yang tidak berasa marah dan juga berpuas hati, bukan? Diana berkata dia mengambil tindakan dan tidak membiarkan perkara tersebut begitu sahaja. 

Isteri kepada Farid Kamil ini telah menghantar laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan hal itu. 

“Saya tidak mahu perkara yang sama terkena kepada orang lain. Saya menyuarakan kejadian ini agar ada pihak yang mendengar dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu kami sebagai pengguna.


“Ramai yang menasihatkan saya supaya melaporkan perkara ini kepada pihak KPDNKK sebagai susulan daripada kenyataan saya di akaun Instagram.

“Buat masa ini belum ada sebarang tindak balas daripada pihak berkenaan memandangkan saya baru sahaja menghantar laporan tersebut malam tadi,” ujar Diana menerusi Utusan Malaysia.

Foto IG Diana
Dalam pada itu, Diana berkata pemilik kedai enggan memulangkan wang sebaliknya cuma dapat menukar barang permainan itu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 92
Komen

Previous : Bukan Roti Tisu Atau Alas Meja, Ia Konsep 'Future Classic' - Datuk Rizalman

Next       : Kekasih Idris Khan Ajar Bahasa Arab, Bantu Dalami Ayat Al Quran...

Komen Terbaru

Quote gumpita 22-11-2017 06:54 AM
Level stroller pakai buang......

Next.........

Lain-lain Komen

Quote chinta89 20-11-2017 10:44 AM
baru beli dah rosak.. mmg sape2 pun mrh.
Quote shania88 20-11-2017 10:50 AM
lllllllllaaaaa sebelum beli kau tak check dulu ke
bukan sebelum nak byr kte leh suruh org kaunter bukak dulu tengok  ke

lg satubenda2 gini kena tukar cept2..bwk receipt tukar...kalau arini dah thu rosak esok kena cept2 tukar..plg lewat lusa dari tarikh beli

ni iols nak thu dia beli arini pastu arini gak rosak pastu dia g nak tukar tu bila
kalau dah seminnggu 2 minggu nak mintk tukar  ermmm memg ler diorng kata anak kau yg salah even bukan anak kau yg salah
Quote ramaramu 20-11-2017 10:50 AM
sombongnya owner kedai.
Quote Atata 20-11-2017 10:52 AM
shania88 replied at 20-11-2017 10:50 AM
lllllllllaaaaa sebelum beli kau tak check dulu ke
bukan sebelum nak byr kte leh suruh org kaunter b ...

kau dah habis bace kw apa dia ckp kak
Quote estrellas 20-11-2017 10:53 AM
Which kedai? Paradigm mall ade satu kedai aje barangan baby. And i dont think kedai tuh ade jual stroller yg lagi murah dari toys r us
Quote Trunkk_ZZ 20-11-2017 10:57 AM
estrellas replied at 19-11-2017 11:53 PM
Which kedai? Paradigm mall ade satu kedai aje barangan baby. And i dont think kedai tuh ade jual str ...

katanya harga tu 2x ganda lebih mahal dari Toys R Us ler

Quote vanillaninja 20-11-2017 11:02 AM
Macam tau je kedai mana yang sheols maksudkan sebab memang ada satu kedai baby je dekat Paradigm Mall tu. Bukan murah2 barangnya. No wonder la sheols marah.
Quote Mizlyn 20-11-2017 11:03 AM
kalau i pun marah...baru beli n mahal lak tu..
tgk gambar pun jahitan n material benang nmpk murah..
DD tak check dulu la tu..terus beli ...anak dah suke kot..

owner ke pekerja tu tak patut la ckp cam tu... org dah nk minta duit balik ..return la ... nak suruh tukar brg yg sama tentula org tak nak.. or offer la stroller lain ke...

Quote zaziot 20-11-2017 11:05 AM
bpe dia beli tu
kalau aku, dr harga yg mahal, aku akan tgk dr segi rupe, rasa whether berbaloi dgn harga ke x
kalau tgk gmbr dia upload tu obviously x worth beli dgn harga yg mahal
stroller bby cmtu pasar mlm pun ada n mcm sama je kualiti mcm dlm gmbr dia tu
Quote alieyrina 20-11-2017 11:22 AM
Tu stroller memg utk anak ka steoller anak patung..stoller anak patung anak aku memg sat ja lingkup..mujur murah
Quote makton 20-11-2017 11:22 AM
toys r us pun aku dah rasa mahal.. ni kan plak 2x ganda dari toys r us

len kali beli je brg mainan kat kedai Eco Rm2.. kalau jahanam dlm masa 2 jam pun tak sakit hati sgt
Quote pearl.silver 20-11-2017 11:32 AM
Dia patut tekankn isu child safety
Sejauh mana kedai tu bertanggungjawab dalam menjual mainan yg tak membahayakan kanak2?
Quote C1k_J4h 20-11-2017 11:39 AM
ape benda stroller yg dia beli ni weh?
stroller masuk budak ke?
apesal anak dia letak patung plak
aiols is confuse
Quote helicornia 20-11-2017 11:40 AM
kalau murah tu hadap je la klu rosak..tp klu mahal ofkos marah
Quote lotionmilo 20-11-2017 11:40 AM
Beli kat lazada jer lah didi lain kali. Beli yg the cheapest k. I beli utk anak buah i stroller kat lazada rm14 tak silap. Bertahan 2 tahun dah
Quote whadda 20-11-2017 11:44 AM
kalau tengok gambar material kain tu cam tahap kat pasar malam je.. borong dari china agaknye..  pastu jual harga melambung dalam shopping mall
Quote HannahMontana 20-11-2017 11:47 AM
sekarang susah nak cari barang berkualiti andia ko membeli di   kedai2  biasa2...dekat kedai mahal pun boleh tertipu lg


elok beli di brand original butik ...bayar lebih ,hati tidak begitu sakit.
Quote mommymonster82 20-11-2017 11:54 AM
C1k_J4h replied at 20-11-2017 11:39 AM
ape benda stroller yg dia beli ni weh?
stroller masuk budak ke?
apesal anak dia letak patung plak
...

Stroller anak patung..
Quote mommymonster82 20-11-2017 11:57 AM
Jual mahal sepatutnya setarafla dgn kualiti..
Ini yg malas nak gi kedai yg xde jenama..
Bukan nak berlagak..masalah dorg tu yg lebih berlagak. Jual brg cikai tapi letak harga butik..

Baik balik kedah masuk kedai 2 hengget.. boleh dapat macam2 toys.. anak2 syok sgt kalu balik kedah sbb ucu dorg bawak gi kedai tulah...

Lihat semua komen(92)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.056708s Gzip On
To Top