Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Buat Malu Je! Berebut Kasut Adidas Punya Pasal, Sanggup Tumbuk Orang" - Netizen

14-11-2017 04:57 PM |Dilihat:1946| Komen: 24


Hanya kerana menegur seorang lelaki yang memotong giliran, remaja 22 tahun ditumbuk oleh lelaki berkenaan dan turut dibelasah rakan-rakan lelaki tersebut di hadapan butik Adidas Original di pusat beli-belah Suria KLCC.

Insiden pergaduhan di antara dua lelaki yang pada mulanya hanya bertikam lidah berakhir dengan sentuhan fizikal apabila kemarahan salah seorang daripada mereka sudah tidak terbendung lagi.

Mangsa, Faiz Hariz Nurhuda, berkata, kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, berpunca dari lelaki terbabit yang bertindak memotong barisan mereka.

Saya sudah berada di pusat beli-belah itu semenjak jam 2 pagi lagi sebelum berlari ke tingkat tiga bangunan berkenaan pada jam 6 pagi sebaik saja pintu pusat beli-belah dibuka.

Bagaimanapun, ketika saya beratur di hadapan butik itu, datang sekumpulan lelaki yang meminta kami beratur mengikut senarai nama yang disediakan,

Dia marah dan menjerit sebelum memotong barisan saya. Saya beritahu dia, first come first serve sebelum kami bertengkar seperti yang dirakam dalam video viral itu.

Lelaki itu tidak puas hati lalu menumbuk muka saya menyebabkan hidung saya patah dan mata saya lebam, katanya kepada Harian Metro.

Menurut portal Mynewshub, Adidas telah melancarkan model sneakers edisi terhad iaitu Adidas NMD Hu Trail Pharrel Williams pada 11 November lepas.

Hanya cawangan yang terpilih sahaja difahamkan menerima beberapa pasang model khas tersebut, termasuklah butik Adidas Original di pusat beli-belah Suria KLCC di ibu negara.

Loading FB Video...
Kredit video - OH La La

Rakaman video berdurasi 59 saat itu menerima kecaman ramai dan rata-rata netizen menyelar tindakan lelaki berkenaan kerana sanggup bertindak kasar hanya untuk mendapatkan kasut idaman.


Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya. Pihak polis kini sedang giat mengesan suspek yang mencederakan mangsa.

Agak-agak berbaloi ke belasah orang semata-mata nak berebut kasut berharga lingkungan RM1000 itu, kemudian tidur kat lokap? - CARI





Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote deltoid 19-11-2017 10:53 AM
al ikhsan tak jual ek

Lain-lain Komen

Quote Jorja 14-11-2017 05:08 PM
Berbaloi utk seorang fashion victim {:smile
Quote Skuau 14-11-2017 05:08 PM
sesungguhnya hanya dia yg mengerti.
Quote shark 14-11-2017 05:19 PM
laju betul tangan dia nak menumbuk orang. mesti jenis tak solat ni
Quote Greenbutterfly 14-11-2017 05:56 PM
Lelaki2 kepam bodoh
Quote prettyuglybabe 14-11-2017 06:30 PM
berbaloi untuk personal shopper..
beli seribu jual balik 2 ribu..
Quote Jeasabri 14-11-2017 08:40 PM
Dari jam2 pagi tunggu{:dot{:dot{:dot{:dot
Quote missyL 14-11-2017 09:25 PM
untung laaa

xde keje leh g beratur sane sini
Quote Usa.Gi 14-11-2017 09:31 PM
Org share kat wasap. Ada yang nak bg rm2500 kalau jumpa org pakai cap tu. Benci betul aku tengok muka budak baju purple tu
Quote MarissaMiller88 14-11-2017 10:09 PM
kesian...tp yg potong que ni pun aku x stuju sgt...org dah beratur lama..tetiba ada org potong q mmg x ble bla..takde adab
Quote ufc214 15-11-2017 06:13 AM
ini lah yg dikatakan hamba kepada dunia.... bukan dunia menjadi hamba kepada manusia
Quote tembikai 15-11-2017 08:02 AM
gigih sgt anak2 muda ni beratur seawal pagi kat situ...

ada plak yg dh potong que pastu  pi tumbok muka org ...buruk sgt perangai ko dik oiiii...

malu la...
Quote husie91 15-11-2017 08:46 AM
bodoh punya laki yg pkai cap tu. aku plg bemci org mcm ni. tgn laju je nk mnumbuk org  serupa ganster takde otak. polis tlg la cpt tgkap laki ni. og mcm ni selfish. dia buat ikut suka dia je. pastu tak puas hati dia pukul je.
Quote haryatie 15-11-2017 10:32 AM
gigih beratur dr jam 2am..
last2 dpt penumbuk..
org yg suka potong que ni mmg spesis menyampah..xde adab
patutnya dia yg dpt penumbuk..
Quote wnwa05 15-11-2017 11:08 AM
haryatie replied at 15-11-2017 10:32 AM
gigih beratur dr jam 2am..
last2 dpt penumbuk..
org yg suka potong que ni mmg spesis men ...



itu la pasal. kalau beratur tunggu nak solat subuh berjemaah kan bagus


Quote palmolive 15-11-2017 12:21 PM
hamba kapitalis
Quote MsKathryn 15-11-2017 01:27 PM
Dh la potong que pastu tumbuk org lg... paling benci org yg panas baran bergaduh menjerit kat public... so low class
Quote diss69 15-11-2017 01:56 PM
MsKathryn replied at 15-11-2017 01:27 PM
Dh la potong que pastu tumbuk org lg... paling benci org yg panas baran bergaduh menjerit kat public ...

Stuju sngt....smpai gitu skali rebut ke kasut...
Quote teddpapel 15-11-2017 01:57 PM
Edited by teddpapel at 15-11-2017 01:58 PM

Muka samseng in town betol
Quote HannahMontana 15-11-2017 07:51 PM
salah bapak dia pancut dalam   faraj mak dia keluar biawak celaka keturunan yg  sesuai   diazab didunia kemudian mati mausk neraka .


jenis jantan kalau sial jgn kahwin lahhhh benih ko benih pembawa keturunan sial....hanay tahu buat masalah.

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049964s Gzip On
To Top