Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dua Kanak-kanak Dilacur Ibu Sendiri Kian Stabil

14-11-2017 02:59 PM |Dilihat:1786| Komen: 39
Dua kanak-kanak yang menjadi mangsa lacur oleh ibu sendiri kini dilaporkan semakin stabil selepas diberi kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berita Harian melaporkan kanak-kanak berusia 10 dan 13 tahun itu menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani sesi itu sejak 1 November. 

Menurut Pengarah JKM Johor, Datuk Daud Arbah, mangsa kini ditempatkan di pusat perlindungan kanak-kanak JKM di Ulu Tiram.

Kini, keadaan mereka semakin stabil dan menjalani kaunseling seminggu sekali, ujar Daud yang turut sedang mengesan datuk, bapa atau waris mangsa. 

Foto Carian internet
Kanak-kanak itu akan ditempatkan di situ sehingga 19 Disember ini sebelum makhkamah memutuskan status berkenaan. Oleh itu waris dikesan bagi tujuan hak jagaan kanak-kanak itu. 

Mahkamah akan menentukan hak jagaan terhadap kanak-kanak ini, sama ada diserahkan kepada waris atau institusi kebajikan, katanya. 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 39
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote alesandra 15-11-2017 12:12 PM
Edited by alesandra at 15-11-2017 12:13 PM

aku rase kes ni ada kaitan dgn kemiskinan.xyah la bagi waris...

Lain-lain Komen

Quote DARSITA 14-11-2017 03:07 PM
Malang sungguh nasib mereka.

KEnapa PDRM tak buat operasi mencegah child prostitution? Sepatutnya PDRM jadikan mak kandung budak budak ni as a bait. Bangla bangla yang datang berjumpa dan inginkan seks dari dia akan ditangkap dan dipenjarakan (plus rotan 10 das!)

Ini sahaja cara utk mencegah aktiviti spt ini.


Quote Jorja 14-11-2017 03:14 PM
Biarlah tak beranak lagi daripada dah beranak tapi tak amanah
Quote umbut 14-11-2017 03:17 PM
Takut waris pun perangai hauk mcm mak dia.. dok umah kebajikan jelah.. lebih selamat
Quote mommymonster82 14-11-2017 03:21 PM
Kesiannya nasib korg ya allah
Quote moonbug 14-11-2017 03:37 PM
Kesian. Kena kaunseling, bimbing berterusan, pantau sampai diorang besar. Psychological effects  kejadian bukan senang nak hilang. Sampai bila2 diorang kena hadap
Quote lil_sparky 14-11-2017 03:41 PM
Baiklah dok umh kebajikan..lebih selamat n terjamin hidup adik2 ni..nk pulih balik dr trauma bkn sng
Quote matchstick 14-11-2017 03:41 PM
Duk rumah kebajikan je lah..waris sendiri pun bukan boleh percaya sgt.
Quote cikgukafa 14-11-2017 03:44 PM
matchstick replied at 14-11-2017 03:41 PM
Duk rumah kebajikan je lah..waris sendiri pun bukan boleh percaya sgt.

apakah dirumah kebajikan terjamin?





Quote puteribaya 14-11-2017 03:45 PM
risau nyer nasib bebudak ni..bialah gomen jer bela..bagi waris sekali..lagi teruk..haruan2 banyak dimana2..lagi2 bila tau budak2 ni pernah jadi sex servant..moga allah lindungi mereka
Quote cikgukafa 14-11-2017 03:46 PM
puteribaya replied at 14-11-2017 03:45 PM
risau nyer nasib bebudak ni..bialah gomen jer bela..bagi waris sekali..lagi teruk..haruan2 banyak di ...

apakah dirumah kebajikan tiada kes cabul/rogol??


Quote puteribaya 14-11-2017 03:51 PM
cikgukafa replied at 14-11-2017 03:46 PM
apakah dirumah kebajikan tiada kes cabul/rogol??

erkkk..hummm tu pun satu kan?mana lah tempat yg selamat utk budak2 cenggini
Quote zaziot 14-11-2017 03:54 PM
sebenarnye dok JKm tu pun xselamat
Quote mieymiey 14-11-2017 04:02 PM
Susahnya sekarang ni. Duduk kat mana-mana pun dah tak selamat. Bebudak ni la paling kesian, ingatkan duduk dengan mak dah cukup selamat. Rupanya lagi teruk nasib
Quote kiambang 14-11-2017 04:03 PM
Kenapa tak melacurkan diri  sendiri ? Tak laku ke ?
Quote aTiKah_aYuNi 14-11-2017 04:05 PM
semoga Allah lindungi budak2 ni....

Quote leylapple 14-11-2017 04:06 PM
diorang ada 4 beradik kan? yg dilacurkan nie umo 10 dgn 13 thn..ada lagi 4 dgn 5 thn..semua pompuan
Quote chinta89 14-11-2017 04:19 PM
tak payah bg waris yg pelihara.

ade ke yg akan jaga deols baik2? entah bila budak tu wat salah sikit, dihamunnya psl sejarah silam dia.

biarlah dia d rmh kebajikan.
Quote RedPoppy1 14-11-2017 04:19 PM
"Hanya mendapat bayaran serendah RM50, seorang ibu tunggal sanggup melacurkan dua anak kandungnya dengan lelaki warga asing di sebuah hotel bajet di Larkin Johor Bahru, bulan lalu."

mak jenis apa la tergamak buat sampai macam ni... kesian nya budak2 ni. dah la bangla plak tu...
Quote krustykrab 14-11-2017 04:33 PM
leylapple replied at 14-11-2017 04:06 PM
diorang ada 4 beradik kan? yg dilacurkan nie umo 10 dgn 13 thn..ada lagi 4 dgn 5 thn..semua pompuan

haah, baru baca The sun, mintak semua hukuman penjara tu ditukar pada denda....amboiii byk betul duit mak hayam ni, atas alasan ada 2 lagi anak umo 4 & 5

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052670s Gzip On
To Top