Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ibu Terkejut Guru Tadika Ikat Mulut Dan Tangan Anak Gara-Gara Buat Bising

14-11-2017 10:03 AM |Dilihat:2501| Komen: 56
Seorang ibu terkejut melihat anak perempuan sulungnya bertindak mengikat mulut dan tangan adik lelakinya.

Selepas melihat kejadian berkenaan, wanita tersebut Tee Aai Hong, 36 meminta anak perempuannya menjelaskan mengapa berbuat demikian terhadap adiknya.

Ternyata jawapan yang diberikan sangat mengejutkan. Difahamkan kanak-kanak perempuan itu, Jasleen pernah diikat mulut dan tangannya oleh guru tadikanya lalu meniru perbuatan tersebut terhadap adiknya pula. 

Wanita terbabit segera mendapatkan penjelasan guru tadika berkenaan hal tersebut namun jawapan yang diberikan sangat mengecewakan. Katanya dia melakukan sedemikian kerana budak itu tidak duduk diam dan bising. 

Jasleen didakwa kerap bergerak dan memegang rambut menyebabkan guru itu terpaksa mengikat tangannya pada tempat duduk supaya dia tidak bergerak.

Dia turut mendakwa mengikat mulut Jasleen kerana anak saya terlalu bising, kata Hong kepada Harian Metro.

Foto Harian Metro
Wanita itu (guru) memaklumkan tindakan mengikat mulut dan tangan murid perkara biasa dilakukan mereka di tadika berkenaan sebagai tindakan mendisiplinkan murid.

Penjelasan guru terbabit tidak masuk akal kerana perbuatan itu sama sekali tidak sesuai untuk mengajar kanak-kanak yang masih kecil.

Saya faham dengan keadaan kanak-kanak yang nakal, namun bukan itu carany mengajar mereka, kata Hong yang membuat laporan di Balai Polis Setapak Jumaat lalu. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 56
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nisako 15-11-2017 09:16 AM
sian budak tu kena ikat .....................

Lain-lain Komen

Quote chinta89 14-11-2017 10:25 AM
kasar sgt tu cara nk didik budak main ikat2..
Quote vanillaninja 14-11-2017 10:33 AM
Suka hati je ikat2 anak orang. Apa punya approach ni?
Quote Catpaw 14-11-2017 10:48 AM
Kepochi sangat mulut sampai cikgu tu tak tau nak buat apa.. apo nak dikato... semoga jumpa penyelesaian buat dua2 pihak
Quote myakayina 14-11-2017 10:53 AM
hyper ni ..cikgu pun cara tak betul main ikat2.. kot terjerut jadi hal lain plak..
Quote Artemesiaa 14-11-2017 11:01 AM
Dah main ikat2 cam tu macam mendera pulak hasilnya.  Guru tu mungkin kurang pengalaman dalam mengurus  kanak2 hyper seperti tu.  Ada eloknya dia gi kursus pengurusan kanak2 semula dari guna jalan mudah main ikat anak orang.
Quote salmon-suki 14-11-2017 11:03 AM
Budak2 hyper mmg uncontrollable..first few times boleh laa ditegur tp lama2 biarkan aje...biar kn die nk bt ape..asal x pukul atau kacau budak lain sudah..hihi
Quote haryatie 14-11-2017 11:07 AM
nsib baik masa ikat tu x jd perkara serius kt budak tu..
nakal sgt kerrr.. cikgu naik stress..hilang sabar
Quote memeque21 14-11-2017 11:11 AM
guru ini sureeeeee selalu main ikatttt ikatttttttttt

abanggg memeque samaaaa. suka main ikat ikattttttt bila abang memeque membottommmmmmmm anak ikan abangggggggg



Quote kikuri 14-11-2017 11:18 AM
tadika tmpat adik aku keje ade cikgu suka kurung budak dalam bilik air kalo nakal... sekali kantoi dengan pengetua tadika... kene berambus on the spot
Quote memeque21 14-11-2017 11:20 AM
kikuri replied at 14-11-2017 11:18 AM
tadika tmpat adik aku keje ade cikgu suka kurung budak dalam bilik air kalo nakal... sekali kantoi d ...

tempat aku kerja toilet jadi port membottommmm. aku selalu ke toilettttttt.


Quote matchstick 14-11-2017 11:26 AM
ramai budak hyper skrg. aku mmg cepat rimas dgn budak2 gini. yg jadi cikgu tadika kena tinggi kesabaran dan terlatih nk handle budak2 tu
Quote MayaDelaRosa 14-11-2017 11:30 AM
Kasar sgt ikat2 tu.... ibu bapa mesti nangis 2-3 ari mmbygkan anaknya di perlakukan sedemikian rupa....
Quote makkenits 14-11-2017 11:33 AM
kat tadika kemas pun ada gak kes mcm ni.. member aku terkejut bila anak dia bgtau yg adik dia kena ikat kat kerusi sebab buas sangat.. dgn tangan2 kena ikat.. bila confront, tadika kata terpaksa sebab anak tu buas sgt.. last2, dia tukar tadika anak dia... tapi aku xleh nak marah sgt dgn cikgu tadika kemas tu.. sbb anak dia mmg hyper.. member aku tgh berbelah bahagi samada nak bw anak dia pi check dgn pakar kanak2 ke x...
Quote Catpaw 14-11-2017 11:46 AM
makkenits replied at 14-11-2017 11:33 AM
kat tadika kemas pun ada gak kes mcm ni.. member aku terkejut bila anak dia bgtau yg adik dia kena i ...

Bawak la pergi check cepat, sian kat anak tu. Bukan senang kalau budak hyper ni. Jangan bagi makan gula2 benda manis kang jadi ultraman cikgu jadi raksasa
Quote mommymonster82 14-11-2017 12:01 PM
Kesiannya .. kenapa boleh sampai kena ikat? Kalau budak tu ada masalah bgtahu jelah ibu bapa..

Budak hyper ni kalau setakat hyper tak kacau org xpe..tapi mmg ada jenis yg suka kacau budak2 lain.. kacau dan agresif..dia suka pukul2.. ganas2..  mak ayah silalah buat sesuatu kalau cikgu ada komplen pasal anak tu. Jgn in denial jgn melenting..Jangan biar  kesian anak org lain nanti.. n kesian anak tu jugak.. ini ada yg sampai ke sekolah menengah di biar.. cikgu jd baby sitter anaknya tu kejap2 pukul org..kejap2 lari dari kelas..lari dari sekolah...dalam kelas xbelajar..baca tak boleh.tulis tak boleh.. pening cikgu uruskan dia sorg sampai lagi 30 lebih org lain dalam kelas tu tak boleh belajar.. asyik2 hilang dr kelas. Ada pon kej xbuat. Kacau kawan sn sini..baling barang kat kawan.usik kawan tgh buat keje..

Mak ayah selfish gini ada di mana2.. janji anak tu ada org jaga dia boleh pegi keje  atau buat aktiviti dia tanpa gangguan..tapi menyusahkan org lain. Sebab tak bagi kerjasama..

Quote missinpiece 14-11-2017 12:20 PM
mommymonster82 replied at 14-11-2017 12:01 PM
Kesiannya .. kenapa boleh sampai kena ikat? Kalau budak tu ada masalah bgtahu jelah ibu bapa..

B ...

Betul sgt. Student mcm ni slalu i asingkan daripada kawan2. Duk sorg2 baru reti buat latihan.
Ade sorg student i kejenye membantai kawan dia. Ckp kat mak ayah, ditengoknya kita ni mcm berdongeng. Anak kt umah pijak semut pun x mati. Senang cite, tunjuk bukti.
Quote talapia 14-11-2017 01:18 PM
anak2 hyper memang susah nak dijaga... kelakuan tak terduga.. tapi sebagai pengusaha taska.. dorang sepatutnya lebih tau camne nak handle anak2 mcm ni... gi kursus.. bukan main taram aje ikat anak orang. ada macam2 approach bole buat.

aku slalu je nampak anak2 hyper ni melalak kt luar pintu la...  cikgu2 taska buat tak endah. Jangan beri apa yg dia mintak selagi dia tak diam. So jangan layan.. berjam2 budak tu melalak... akhirnya diam n akur. Fuhh... kalau aku memang dah naik tangan kot.. mana nak sabar budak melalak berjam2.. alangkan anak sendiri pon tak tahan.. inikan pula anak orang... tapi sebagai mereka yg profesional dalam Early Childhood Education (ECE).. dorang tau camne nak handle.
Quote raihaneem 14-11-2017 01:23 PM
Bayar utk didik dan jaga...bukan utk ikat camtu.
Klau tk mmpu jaga...bgtau mak budak tu..hntr kindy lain
Quote aziiiperempuan 14-11-2017 01:33 PM
chinta89 replied at 14-11-2017 10:25 AM
kasar sgt tu cara nk didik budak main ikat2..

tahu takpe sukahati dia je

Lihat semua komen(56)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.093740s Gzip On
To Top