Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Selalu Wanita Dikata Punya 'Instinct' Yang Kuat, Lelaki Tiada Instinct Ke?

13-11-2017 09:23 AM |Dilihat: 1003| Komen: 12

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah telah banyak segmen yang telah kita bersama dan telah membincangkan pelbagai topik. Untuk segmen kali ini pula saya ingin berceloteh berkenaan dengan ‘instinct’ atau dalam bahasa NLP (Neuro Linguistic Programming) dikenali sebagai Audio Digital atau lebih mudah dipanggil suara hati atau bisikan hati. 

Seringkali ‘instinct’ ini dikaitkan dengan wanita dan perhubungan. Seringkali juga wanitalah yang dikaitkan dengan kekuatan ‘instinct’ dan pastinya ia berkaitan dengan apa yang dirasaikan apabila pasangannya membuat sesuatu yang tidak elok dibelakangnya. Hakikatnya, ‘instinct’ adalah deria keenam manusia samada lelaki mahupun wanita yang boleh dirasainya dalam pelbagai keadaan tidak terhad kepada perhubungan sahaja. Ianya juga tidak semestinya benar atau sebaliknya. Ia adalah perasaan yang membantu kita dalam menghadapi sesuatu keadaan itu. 

Tidak salah juga jika saya letakkan ‘instinct’ ini sebagai salah satu elemen dalam membuat sesuatu keputusan. Biarpun keputusan yang bakal dibuat berdasarkan fakta-fakta tertentu serta pandangan orang lain, ‘instinct’ juga memainkan peranan besar sehinggakan adakalanya ia mampu menjadi jalan akhir untuk menghasilkan keputusan.


Di sini saya ingin berkongsi kepada anda semua antara pengalaman yang saya hadapi apabila berhadapan dengan pelbagai isu dan peristiwa yang dihadapi oleh ‘client’ saya semasa sesi terapi yang mana berkaitan dengan ‘instinct’. Juga beberapa kisah yang mungkin wujud sebagai rujukan tambahan. Ada yang boleh kita terima sebagai ‘instinct’ ada juga lebih kepada alasan, tuduhan aatau sebagainya yang dicipta sendiri. Anda pilih. Jom kita bersama meringin-ringinkan minda.


(1) Berkahwin lain

“Saya ‘terasa’ ingin berkahwin lagi dan saya memilih dia sebab saya benar-benar dapat rasa dialah orangnya dan sayalah bakal suaminya kelak. ‘Instinct’ saya kuat sangat.”

Instinct / Alasan



(2) Suami ada ‘affair’?
“Suami saya memang ada perempuan lain di pejabat dia. Perempuan tu badan besar dan suami saya memang ada hubungan sulit dengan dia..saya tahu, saya nak suami saya mengaku dan kenapa dia sanggup buat saya macam ini. Sedangkan saya isteri dia, saya jaga dia, saya tak pernah kianati dia….(dan seterusnya)

Instinct / Alasan
*Akhirnya apabila disoal selidik, barulah si isteri mengaku, semua ceritanya adalah datang daripada mimpi sepenuhnya.*

(3) Apabila berjauhan

“Apabila saya berjauhan dengan si dia, saya dapat rasakan dia akan keluar malam bersama orang lain”

Instinct / Alasan / Tuduhan / Perasaan Insecure


(4) Membuat keputusan untuk berhenti kerja dan berniaga
“Saya berani berhenti kerja sebab saya dapat rasa tindakan saya untuk berniaga ini bakal mengubah kehidupan saya, saya dapat rasa inilah passion saya.”

Instinct / Alasan / Semangat

(5) Membuat keputusan dalam membuat pembelian

“Saya rasa saya cantik sangat bila pakai baju ini, berbanding baju biru tu”

Instinct / Alasan / Yakin / Perasan


(6) Dapat ‘close deal’ untuk projek besar

“Saya rasa memang saya boleh dapat ‘job’ ini. Kuat sangat perasaan saya ini.”

Instinct / Over Confident

Hakikatnya dalam apa jua keadaan, pasti kita akan melibatkan ‘instinct’ kita yang berbicara di antara diri dan hati kita tanpa melibatkan bisikan atau pengaruh orang lain. Samada ada ‘instinct’ kita itu benar atau tidak, memberi kebaikan atau sebaliknya, ianya perlu dinilai dengan mengambil rujuk kepada fakta-fakta dan sumber-sumber yang berkaitan. Tidak hanya dengan terpengaruh dengan bisikan hati sahaja. 

Pun begitu, dalam Islam kita telah pun diajar dan dididik dalam membuat keputusan agar bisikan hati kita memandu kita ke jalan yang benar dan mendapat rahmat Illahi. Ianya adalah senjata utama sekalian manusia yakni ‘Doa’. Maka, usahlah sombong dengan Allah SWT kerana Allah tidak pernah menidakkan doa hambanya. Maka berdoalah agar hati dilapangkan dan dipermudahkan kita dalam membuat sesuatu keputusan. 

Foto Carian internet
Begitu juga dengan bersolat sunat yakni Solat Sunat Istikharah untuk mendapatkan petunjuk yang benar daripada Allah SWT. InsyaAllah, dengan amalan dan kepercayaan ‘total’ kita selaku hambaNya, bisikan hati dan perasaan kita akan sukar untuk dicemari dengan ludahan syaitan. Wallahualam.

Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin----

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Reply: 12
Komen

Komen Terbaru

Quote tunangku 17-11-2017 06:10 PM
alyana replied at 15-11-2017 08:08 AM
Instinct akan hadir dgn sendirinya klu tetiba suami menggatal dgn perempuan atau lelaki lain ....

Cemana suami menggatal dgn lelaki.lain tu?

Lain-lain Komen

Quote noraidil_06 13-11-2017 09:59 AM
Alaaa no. 5 tu perasan ke?  I always think i look good in blue
Quote haryatie 13-11-2017 11:03 AM
‘instinct’ ...kdg2 jerk betul...maybe kebetulan tu..
selalunya salah...
lain yg difikir..lain yg dihati...lain yg jadi...
Quote mdhelmi 13-11-2017 12:12 PM
sama jela instinct laki pompuan
kalo pasangan tu gay mestila instinct laki yg kuat
pompuan yg selalu alert bab2 three stick ni sbb tu pompuan je yg selalu guna instinct tu
ditambah lagi yg jenis kaki drama cite2 konflik rumahtangga


Quote sehirkedi 13-11-2017 12:13 PM
Ooo..baru tau lelaki pn ada instinct hehehee..
Quote Artemesiaa 13-11-2017 12:50 PM
Rasa sama je antara lelaki atau perempuan.  Hanya kebanyakan perempuan lebih suka meluahkan apa yang dirasa berbanding lelaki.
Quote kroit92 13-11-2017 02:46 PM
instinct?

aku tak aku ni jenis instinct camane.
aku kalau jalan jauh, tiba-tiba hidung terbau taik.

balik tu, sah, kucing aku tinggalkan seketul dekat lantai dapur, pastu kencingkan langsir

kerap terjadi. tapi dulu lah. sekarang dah beli sangkar. nak jalan jauh je, kena letak kucen dalam sangkar
Quote niena90 13-11-2017 03:04 PM
I tak guna guna instinct I sebab benda tu jadi betul..huhu
Quote pearl.silver 13-11-2017 03:32 PM
Dok belajar metafizik tu, ada satu kod yg bermaksud instinct kuat.
I ada 2x repeat kod tu..
Tp so far x kuat pun instinct nya..{:cryrun
Quote alyana 15-11-2017 08:08 AM
Instinct akan hadir dgn sendirinya klu tetiba suami menggatal dgn perempuan atau lelaki lain ....
Quote mziskandar 15-11-2017 10:13 AM
Instict lelaki paling kuat bab lapar n ngantuk nk tido.
Quote tunangku 17-11-2017 06:09 PM
Instinct kuat bila ex suami berperangai pelik
Cepat2 pegi siasat
Dan rupa2nya betul.. kan dah kantoi..
Quote tunangku 17-11-2017 06:10 PM
alyana replied at 15-11-2017 08:08 AM
Instinct akan hadir dgn sendirinya klu tetiba suami menggatal dgn perempuan atau lelaki lain ....

Cemana suami menggatal dgn lelaki.lain tu?

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.119096s Gzip On
To Top