Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Suruh Kurangkan Pinjam Istilah B.Inggeris, Tapi Istilah Baharu Taknak Pakai Pula?

9-11-2017 11:13 AM |Dilihat:1269| Komen: 13
Lagi isu bahasa menjadi polemik atau pun perdebatan di media sosial.

Seorang netizen tampil memberi komen yang bahasa Melayu terlalu banyak meminjam istilah bahasa Inggeris dan diadaptasi menjadi bahasa Melayu.

Katanya, seharusnya peminjaman istilah terutama dari bahasa Inggeris dikurangkan kerana ia dilihat semakin bertambah dari masa ke masa. 

Fokusnya, bagaimana generasi muda ingin mengenali bahasa ibunda sendiri dan membezakannya dengan bahasa Inggeris?



"Sangat setuju. Perlu kurangkan peminjaman istilah dari Bahasa Inggeris.

"Saya perasan kebanyakan perkataan yang menggunakan'tion' pasti akan diubah menjadi perkataan Bahasa Melayu.

"Contohnya,
Education (pendidikan) menjadi edukasi
Observation (pemerhatian) menjadi observasi
Infection (jangkitan) menjadi infeksi.
Setakat ini belum jumpa nation (bangsa) menjadi nasi."



Netizen bernama Ahmad Faris ini memuat naik imej satu pendapat orang awam di surat khabar yang menyatakan isu yang sama. 

Menerusi pendapat yang dipaparkan itu, dia terjejut kerana perkaraa 'futej' digunapakai yang diterjemah secara langsung daripada perkataan 'footage' dalam bahasa Inggeris. 

Dari segi komen pembaca atau netizen yang lain, mereka memberikan pelbagai reaksi sama ada yang setuju atau sebaliknya. 

Bagi mereka, perkataan baharu yang diwujudkan seharusnya dipandang dan mendapat perhatian masyarakat. Usaha sudah digerakkan, sokongan masyarakat juga perlu.


"Kesian juga DBP diperkenal swafoto, salah.

" Nak dipinjam selfie, lagilah salah.."

"Sama-samalah kita sokong apa yang DBP cuba lakukan sekarang."

"Banyak patah kata dalam bm yang diperkenalkan..satu silap, habis canang satu kampung..alahai.."

Apa pula pandangan anda? Istilah Inggeris yang dipinjam dicemuh, bila perkenal istilah baharu tak mahu dipakai? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote najib888 11-11-2017 02:14 PM
Ramai sgt yang ignorance/jumud.. bnyk je istilah English dlm BM.. mula2 dengar mmg rasa lawak.. tapi bila terbiasa rasa ok je..
Dulu masa study bab statik & dinamik, ada bab pasal rasuk.. pelik gak kenapa rasuk.. rasuk hantu ka apa.. rupa2nya beam..rasuk julur-cantilevers..
Kat Malaysia ni, antara penyumbang terbesar istilah kejuruteraan dalam BM ke DBP adalah Prof. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (UM)

P/s- dulu dengar istilah tular pun rasa pelik. Skrg ni rasa ok ja..viral=tular

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 9-11-2017 11:22 AM
Betul tu walaupun DBP dah menyarankan pengunaan perkataan baru tu tapi masih ramai tak suka menggunakannya.   Ada antara perkataan tu sama seperti yang digunakan di Indonesia membuatkan ramai tak suka menggunakannya.
Quote EncikRhoma 9-11-2017 11:35 AM
kadang2 istilah yg digunakan tu takde dalam kamus dewan pun. macam edukasi tu. Pandai-pandai je translate perkatan hujung 'tion' tukar BM hujung jadi 'si'
Quote chinta89 9-11-2017 11:51 AM
pernah pegi kursus, dia kata ayat BI yg dijadikan BM yg paling bengang utk didengar ialah KOREKSIONAL.

dia ckp "nak korek ape" serius aku gelak!
Quote gerbera.memopad 9-11-2017 11:58 AM
chinta89 replied at 9-11-2017 11:51 AM
pernah pegi kursus, dia kata ayat BI yg dijadikan BM yg paling bengang utk didengar ialah KOREKSIONA ...

Hahaha. Kelakar wei. Tergelak besar aku
Quote chinta89 9-11-2017 12:03 PM
gerbera.memopad replied at 9-11-2017 11:58 AM
Hahaha. Kelakar wei. Tergelak besar aku

terkekeh2 ak dgr weii mse dia ckp mcm tu.

btw dia bukan nk mencarut tp dia lbh kepada geram sb bila dimelayukan mmg hodoh sgt bunyinya.


Quote pukulrata 9-11-2017 01:44 PM
chinta89 replied at 9-11-2017 11:51 AM
pernah pegi kursus, dia kata ayat BI yg dijadikan BM yg paling bengang utk didengar ialah KOREKSIONA ...

simple.jpg
Quote chinta89 9-11-2017 02:17 PM

iols hanya mampu geleng kepala setiapkali tgk signboard  KOREKSIONAL ni
Quote krustykrab 9-11-2017 02:21 PM
chinta89 replied at 9-11-2017 11:51 AM
pernah pegi kursus, dia kata ayat BI yg dijadikan BM yg paling bengang utk didengar ialah KOREKSIONA ...

ini yg paling lawak.....korek
Quote pearl.silver 9-11-2017 03:04 PM
ada yang komen stop pinjam perkataan indon?
i tak perasan perkataan indon apa yg kita pinjam?
kedubes?
kalau certain word yg ada makna sama tu normal kot..sbb serumpun bahasa melayu
Quote shaun_bb 9-11-2017 07:12 PM
pearl.silver: ada yang komen stop pinjam perkataan indon?i tak perasan perkataan indon apa yg kita pinjam?kedubes?kalau certain word yg ada makna sama tu normal kot ...


Swafoto kot. Sebab Indo guna ayat swafoto ni merata tahun lepas. Boleh tengok dekat tempat perlancongan banyak perkataan swafoto. Mcm spot untuk ambil gambar.
Quote hyie 9-11-2017 10:56 PM
banyak bunyik plak netizen kepam ni...kau pon bila bercakap sikit2 mesti nak bersulamkan BI, kau dah kenapa? gila eh? tu belum amik kira cakap bm tapi acah2 nak berslanga BI...lagi hanat yach...
Quote buragazz 10-11-2017 10:24 AM
Yang tak nak guna perkataan BM tu poyo.. budget ala2 urban konon dan anggap english nampak kelas
padahal bila bercakap tak sepenuhnya cakap BI pun...

Quote najib888 11-11-2017 02:14 PM
Ramai sgt yang ignorance/jumud.. bnyk je istilah English dlm BM.. mula2 dengar mmg rasa lawak.. tapi bila terbiasa rasa ok je..
Dulu masa study bab statik & dinamik, ada bab pasal rasuk.. pelik gak kenapa rasuk.. rasuk hantu ka apa.. rupa2nya beam..rasuk julur-cantilevers..
Kat Malaysia ni, antara penyumbang terbesar istilah kejuruteraan dalam BM ke DBP adalah Prof. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (UM)

P/s- dulu dengar istilah tular pun rasa pelik. Skrg ni rasa ok ja..viral=tular

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059670s Gzip On
To Top