Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Nak Pujuk Anak Merengek, Lelaki Ini Cetak Wajah Isteri. Memang Menjadi Tapi...

8-11-2017 12:00 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 2082| Komen: 20

Pelbagai cara dan juga tips dilakukan oleh ibu bapa bila anak kecil mereka tidak keruan dan merengek.

Apatah lagi jika ia menangis kerana teringatkan ibu atau ayah yang sedang sibuk bekerja, pergi berkursus dan sebagainya.

Seorang bapa, Uzaini Mohd Amin, 35 terfikir satu kaedah dan cuba melakukan 'eksperimen' itu terhadap anaknya yang baru berusia tiga bulan. 

Bayi yang dinamakan sebagai Nur Caireen Delisyaa itu dikatakan amat rapat dengan ibunya sehingga menyebabkan Uzaini terpaksa mencetak wajah isterinya, Adhzura Ismail pada kertas A4 sebelum ditampal pada botol. 


Memang agak melucukan dan comel. Dan ternyata kaedah ini segera mendapat perhatian para netizen di laman sosial. 

"Anak ketiga saya ini memang rapat dengan ibu dia, lagipun dia masih menyusu badan. Tiap kali ibunya tiada disisi dia akan menangis.

"Tiba-tiba saya terfikir idea untuk cetak wajah isteri dan tampal pada botol. Jadi hari ini saya buat trick sikit nak tengok apa respons dia," ujarnya kepada Mstar Online.

Tidak menyangka cara tersebut berjaya namun...


"Tak sangka eksperimen itu berjaya kerana dia nampak ibunya ada di sisi. Tapi lepas tu dia merenggek semula mungkin dia pun tahu itu bukan ibu dia yang sebenar.

"Saya rasa naluri seorang anak terhadap ibunya amat kuat. Biasalah ibu segala-galanya untuk anak-anak. Lagipun itu hanya gambar semata-mata, mana ada kasih sayang sebenar seorang ibu," katanya. 

Memang menarik dan kreatif kan? Atau menyeramkan? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 20
Komen

Previous : Take Note Ibu Bapa, Nama-nama Bayi Ini Dilarang Di Negara Lain...

Next       : Lelaki Ini Lamar Kekasih Dengan 25 iPhone X! Harga Macam Sebuah Rumah!

Komen Terbaru

Quote Psfzi 16-11-2017 09:04 PM
This is lawak. Tp bernas. Bole la try.

Lain-lain Komen

Quote mizruncing 8-11-2017 12:46 PM
kahkah xde makne nye berjaya
Quote harrypoter 8-11-2017 12:51 PM
gilo, dia nk bau nenen ibu dia  
Quote haryatie 8-11-2017 01:00 PM
lama2 seram pulak..
besar gedabak gitu...kaku lagikk
Quote Jorja 8-11-2017 01:01 PM
Wow macam ni pun boleh viral ya
Quote rina0602 8-11-2017 01:18 PM
adoi, macam penanggal laaaa
Quote kikuri 8-11-2017 01:21 PM
kalo buat kat anak aku takdenya menjadi... kene bagi hadap kuor suara baru diam... dah la dia taknak dengan bapak dia... lagi stress haku
Quote nisako 8-11-2017 02:10 PM
adoi mcm macm hal.......... mcm ni pun nk viral..............
Quote kuzaime 8-11-2017 02:12 PM
Baby kecik lg mcm tu, biasa dia cari n kenal bau badan maknya..kang beso sikit baru dia mula cam muka n suara..
Quote palmolive 8-11-2017 02:34 PM
camni punya isu pun netizen kecam...
Quote Artemesiaa 8-11-2017 03:06 PM
Macam2 idea mereka ni lawak pun ada
Quote chinta89 8-11-2017 03:23 PM
Nur Caireen Delisyaa


zmn skg ni letak nama semua pelik2... ejaan pun susah. urban la sgt nama mcm ni...
Quote lolita737 8-11-2017 03:32 PM
chinta89 replied at 8-11-2017 03:23 PM
zmn skg ni letak nama semua pelik2... ejaan pun susah. urban la sgt nama mcm ni...

nak buat mcm mna sis.. mak bapak sekarang semua urban..

letak nma urban kalau ada maksud yg cantik xpe la..jgn xda maksud sudah..
Quote ItisDD 8-11-2017 05:06 PM
X dpt bau ibu dia, tu yg x menjadi
Quote ninjago 8-11-2017 05:10 PM
tngglkan kain lampin yg ada bau mak dia, diam la dia..
Quote jerukkedondong 8-11-2017 06:55 PM
Edited by jerukkedondong at 8-11-2017 06:57 PM
kikuri: kalo buat kat anak aku takdenya menjadi... kene bagi hadap kuor suara baru diam... dah la dia taknak dengan bapak dia... lagi stress haku


Hihihihi..comelnya ank kiku..dah tak nak kat bapak dia sedap le bapak dia telentang kat sofa sambil korek pusat kan...mmg tak patut...{:run
Quote tembikai 9-11-2017 06:46 PM
takyah la nak tipu budak2 kecik ni...mmg tak berjayanya..
Quote Daisyna 10-11-2017 03:53 PM
wow nama ank nya urban spt putra kyla mateen
Quote faraway1 10-11-2017 09:04 PM
emm bau tu yang penting,,

my baby pergi playschool bawa teddy dia,
kalau dia upset rindukan mak dia ni,
teacher dia kasi dia teddy, cepat dia ok,
sebab teddy tu ada bau emaknya ini hahhaha
Quote tripleid 11-11-2017 06:37 PM
nasib ko la dekk dapat bapak bangan camni.kahkah

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047859s Gzip On
    To Top