Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

[Kemas Kini] Tanah Runtuh: 31 Mangsa Diselamatkan

7-11-2017 01:57 PM |Dilihat:1453| Komen: 14
Kemas kini: 5.15 pm

31 daripada 43 mangsa terperangkap di Bukit Bendera diselamatkan dengan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) petang tadi, lapor BH Online.

Usaha menyelamatkan mangsa termasuk sembilan kanak-kanak dilakukan secara berperingkat menggunakan helikopter yang mendarat di Kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jalan Padang Tembak, mulai jam 2.38 petang tadi.


Foto: BH Online

"Kita terpaksa menggunakan khidmat helikopter bomba bagi menyelamatkan mangsa berikutan laluan di sepanjang Bukit Bendera dalam keadaan berisiko akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.

"Baki 12 lagi mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita kini dalam perjalanan turun menggunakan laluan bukit dan dijangka tiba pada bila-bila masa," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar.

Menurut BH, mangsa naik ke Bukit Bendera pada Sabtu lalu untuk melakukan upacara keagamaan sebelum terkandas selepas trek kereta api rosak akibat banjir kilat yang melanda negeri itu. - CARI

__________________________________________________________________________________________________


35 termasuk dua kanak-kanak dilaporkan terkandas di Bukit Bendera sejak Sabtu lalu.


Foto: mStar Online

Memetik Bernama, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mereka masih belum dapat diselamatkan kerana laluan kereta api dan trek untuk kenderaan ditutup berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

"Mereka terperangkap sejak Sabtu lepas setelah hujan lebat dan angin kuat sehingga menyebabkan beberapa kawasan di Bukit Bendera berlaku tanah runtuh," katanya.



Ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibantu Perbadanan Bukit Bendera dalam usaha menyelamatkan mangsa.

"Kami sedang mencuba membawa turun mereka, berjalan kaki kerana semua akses kenderaan ditutup akibat tanah runtuh dan pihak ATM juga akan membuat pemantauan dengan  helikopter bagi  meninjau  dari udara," katanya.


Foto: BH Online

Bantuan helikopter akan digunakan sekiranya misi berjalan kaki gagal.

"Kami sentiasa berhubung dengan mangsa di atas Bukit Bendera dan ketika ini mereka semua dalam keadaan baik serta bekalan makanan masih mencukupi. Kami harap dapat membawa turun mangsa hari ini," ujarnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote krustykrab 7-11-2017 03:48 PM
sukacactus replied at 7-11-2017 03:16 PM
Kenapa xnak turun masa boleh turun?
Acah2 nak holiday berpanjangan ke

diorg pi semayang kat atas tu..

Lain-lain Komen

Quote alieyrina 7-11-2017 02:11 PM
Ehh kan ada jalan belakang..trmbus ke botanical garden ka apa..tp mungkin kena masuk kwsn umah org lah..org ada2 nya kwsn..
Quote cikgukafa 7-11-2017 02:15 PM
salah satu sumber rezeki, ekonomi negeri pulau pinang ditarik seketika. bertabahlah.

insaf diri.




Quote idakamaruddin 7-11-2017 02:15 PM
ya Allah teruk betul

cane la 4 hari stuck tu..kalau ada anak kecik cane la tu

adoiii siannye

ni la namanye percutian bertukar tragedi ni
Quote cikgukafa 7-11-2017 02:19 PM
idakamaruddin replied at 7-11-2017 02:15 PM
ya Allah teruk betul

cane la 4 hari stuck tu..kalau ada anak kecik cane la tu

tragedi?ujian?
bala?




sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami menambah nikmat kepada kamu. dan jika kamu menginkari, azabKu amat pedih.







Quote prettyuglybabe 7-11-2017 02:40 PM
kasihannya.. tapi bukan sepanjang trek train tu mcm ada laluan emergency..
tak boleh turun slow slow ke ikut trek tu?
Quote nisako 7-11-2017 02:44 PM
sianye............
Quote saviour_09 7-11-2017 02:46 PM
bertabah la
semoga dipermudahkan segala
Quote AbukRokok 7-11-2017 02:47 PM
dorang naik atas tengah2 malam ka?
Quote krustykrab 7-11-2017 02:51 PM
org dah suruh turun, tamau turun

GEORGE TOWN, Nov 7 D The police have launched a joint rescue operation to help about 30 people who were stranded on Penang Hill since Saturday when massive floods hit the state.

According to Northeast District police chief Assistant Commissioner Anuar Omar, they are working with the army, civil defence personnel, the fire and rescue department, as well as Penang Hill Corporation (PHC) staff and volunteers to hike up the hill to rescue those stranded on top.

All access to the hill was blocked due to landslides, so we have to hike up and bring them down by foot, he said.

He said there are about 10 senior citizens, two children and 20 other adults trapped on top.

When contacted, PHC General Manager Cheok Lay Leng said there was a group of about 41 people conducting prayers at a temple on top of the hill.

When the train service was stopped on Sunday due to the landslides, we have asked if they wanted to come down, but they didnt want to as there was still electricity and water there, he said.

However, electricity and water up the hill was cut off sometime on late Sunday or yesterday, so some of the group now wanted to come down.

Weve talked to them and only 17 of them wanted to leave while the others want to remain up there, he said.

He added that the rescue team of about 60 started going up the hill at about 9am today to bring down about 30 people including residents, workers and the 17.

Cheok said PHC personnel will assist the trained rescue personnel to look for a safe path up the hill.

We have to look for a safe path to go up and to bring the people down safely. There are a lot of challenges to consider especially when bringing people of different physical conditions down the hill, he said.

The funicular train service was closed temporarily after the railway was covered in mud and debris following the weekend storm. Works to clear it are still underway.

Cheok said there were no large open spaces for air rescue of those who were stranded and unable to hike down with the rescue team.

We will have to look for other ways to safely bring them down, he said.

Anuar has said the army will conduct an aerial observation of the hill using their helicopter.
Quote mizruncing 7-11-2017 03:09 PM
Allahukabar. terkejut sgt apa yg berlaku kt bukit bendera. mmg plan sekeluarga nk bercuti ke penang sbtu smpai isnin lepas. sbb ank mmg x sbr nk pegi bkt bendera ni. tapi last minit bos suruh duty standby keje utk weekend. terpaksa cancel hotel semua. ada hikmah rupanya.
Quote sukacactus 7-11-2017 03:16 PM
krustykrab replied at 7-11-2017 02:51 PM
org dah suruh turun, tamau turun

Kenapa xnak turun masa boleh turun?
Acah2 nak holiday berpanjangan ke
Quote MH3707 7-11-2017 03:22 PM
isk...dasyatnya...mcm2 bala skrg ni,,harap2 takde nyawa manusia yg terbunuh....tp mesti babi2 hutan gemok and khinzir2 yg dok dlm hutan tu bertempiaran lari keluar selamatkan diri walaupun last2 mampos (banned) jugak...
Quote missyqaldina 7-11-2017 03:41 PM
sabtu haritu aku kt penang...
hotel aku betul2 kt tg bunga tu..menghadap laut..
dlm kul 1 pagi smpai 3 pagi..aku x dapat tido sbb aku dgr bunyi angin hentam sliding door ktorang kuat sangat...dlm hati istighfar byk2...aku pk ada tsunami or apa2 je..tak tau pun ada ribut..
tgk2 esok tu keta aku habis pecah pokok tumbang...sedihh giler..
dgn jalan byk tutup..xleh kua..banjir sume..
Quote krustykrab 7-11-2017 03:48 PM
sukacactus replied at 7-11-2017 03:16 PM
Kenapa xnak turun masa boleh turun?
Acah2 nak holiday berpanjangan ke

diorg pi semayang kat atas tu..

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.102055s Gzip On
To Top