Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Selepas Singapura, Johor Pula Larang Haslin Dan Ismail Menk Masuk

1-11-2017 04:42 PM |Dilihat:1467| Komen: 6
Selepas Singapura mengharamkan kemasukan Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim, kini giliran Johor pula.

Kedua-dua penceramah ini didakwa boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian antara kaum.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata ia adalah titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.

"Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan," katanya kepada Berita Harian.

Haslin dan Ismail Menk, Foto: Berita Harian
Menurut sumber lagi, sebelum ini kedua-dua pendakwah diharamkan memasuk Singapura dengan alasan boleh menjejaskan keharmonian sosial dan menyebarkan pandangan yang boleh memecah belahkan rakyat.

Kementerian Dalam Negeri Singapura menyatakan Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberikan ucap selamat bersempena perayaan individu berlainan agama.

Haslin pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyimpang. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote hyunniesSS501 3-11-2017 02:46 PM
celah mana perpecahan. hawauuuu

Lain-lain Komen

Quote DennisTrillo 2-11-2017 08:40 AM
Selamat datang ke akhir zaman...
Quote DennisTrillo 2-11-2017 08:40 AM
Selamat datang ke akhir zaman...
Quote DennisTrillo 2-11-2017 08:40 AM
Selamat datang ke akhir zaman...
Quote misscendol 2-11-2017 02:08 PM
xpenah dengar dua2 punya ceramah. Tp yg pasal xle wish perayaan tu mcm mmg xboleh lgsg ke?
Quote roti89 2-11-2017 10:36 PM
DennisTrillo: Selamat datang ke akhir zaman...
Mmg betol, ikut mufti zizbabwe ni mmg express ke zaman akhir, mufti ni trillionaire di negara dia.
Anyway, tak suka bangsa dan kaum lain wish me happy holiday sms hari raya, mcm extreme sgt, tak sesuai utk keadaan di malaysia.
Quote hyunniesSS501 3-11-2017 02:46 PM
celah mana perpecahan. hawauuuu

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.077916s Gzip On
To Top