Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kes Kehilangan Wanita, Polis Terjumpa 2 Kepala Yang Disembelih & 9 Mayat

31-10-2017 04:26 PM |Dilihat:6097| Komen: 95

sumber : internet

Baru-baru ini, satu insiden pembunuhan yang amat menakutkan berlaku di Tokyo, Jepun apabila seorang lelaki berusia 27 tahun didapati menyimpan sembilan mayat di dalam rumahnya. 

Memetik laporan Reuters, pihak polis Tokyo pada asalnya menerima aduan berhubung kes kehilangan seorang wanita berusia 23 tahun. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, rumah suspek yang bernama Takahiro Shiraishi berjaya dijumpai. 

Yang mengejutkan, ketika siasatan dijalankan dua kepala manusia yang telah disembelih dan 9 mayat di jumpai di dalam rumah suspek.

Menurut jurucakap polis, terdapat beberapa buah peti sejuk di dalam rumah suspek, salah satunya peti sejuk yang menyimpan dua kepala. Polis kemudian segera menahan suspek mengikut kesalahan membunuh. 

Berikutan dua kepala yang dijumpai telah mereput, mayat mangsa tidak dapat dikenal pasti jantina dan umur namun polis mengesaki salah seorang merupakan wanita berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang sekian lama.

Justeru ujian DNA terpaksa dilakukan untuk mengenal pasti identiti mangsa terbabit. Pada masa yang sama, polis turut akan menjalankan siasatan ke atas lapan mayat yang lain. 

Dilaporkan, wanita yang berusia 23 tahun itu pernah menulis satu artikel yang bertajuk "Mencari Orang Yang Bunuh Diri Bersama". 

Hasil siasatan polis mendapati mangsa tersebut mengenali suspek di sebuah laman internet yang berunsur Bunuh Diri sekaligus berjaya menjumpai tempat tinggal  Takahiro Shiraishi.- CARI

sumber : internet


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 94
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kimsa-ra 7-11-2017 09:03 PM
takotnya baca berita cmni

Lain-lain Komen

Quote puteribaya 31-10-2017 04:38 PM
haa nak sangat mateyy kan
Quote sehirkedi 31-10-2017 04:39 PM
Uishhh kejamnyaa ...betul2 psiko....
Quote fushimi 31-10-2017 04:39 PM
macam movie pulak
Quote aiwa 31-10-2017 04:42 PM
jepun dah tak syumul lagi
Quote chinta89 31-10-2017 04:49 PM
dah kenapa nk bunuh diri bersam abagai.. elok la dh kena pun.

ke iols x brpe paham bc artikel di ambang jam 5.00 ptg
Quote shernazz 31-10-2017 04:57 PM
chinta89 replied at 31-10-2017 04:49 PM
dah kenapa nk bunuh diri bersam abagai.. elok la dh kena pun.

ke iols x brpe paham bc artikel di  ...

serupa di ambang wati kot
hahahaha
Quote crazecousa 31-10-2017 05:01 PM
confirm ade movie dia la nnti
Quote Modngengade 31-10-2017 05:09 PM
cash la dek...nak bunuh diri sgt....jadi frozen head giteww
Quote misc 31-10-2017 05:20 PM
ohh baru nak simpati kat simati2 tu. rupa2nya mati dlm rela. ok laa rip.
Quote dinopower2 31-10-2017 05:24 PM
sehirkedi replied at 31-10-2017 04:39 PM
Uishhh kejamnyaa ...betul2 psiko....

yg mati tu mmg nak bunuh diri agaknya.... sbb site mari bunuh diri bersama....
ade movie bebdak reramai bunuh diri kat stesen keretapi,... lupa tajuk.... tp kisah lebih kurg la kot.... ade pahaman amenda ntah
Quote Vokuro 31-10-2017 05:30 PM
tak angker ke rumah sheols
Quote batmana 31-10-2017 05:35 PM
Psni xleh kata jepun aman2 .ntah2 jiran sblh simpan mayat dlm peti ais.
Quote taji2906 31-10-2017 05:37 PM
jepun ni mcm aman2 jek.. tp sekali keluar citer sadisnya, memang ngeri2..
Quote Nenasketum 31-10-2017 05:45 PM
Belum cukup untuk mengatasi Dahmer. Dia 17. Cuba lagi ek bila kluar nanti
Quote manjalara_01 31-10-2017 05:49 PM
taji2906 replied at 31-10-2017 05:37 PM
jepun ni mcm aman2 jek.. tp sekali keluar citer sadisnya, memang ngeri2..

ade twist pulak...

rsnye criminal minds season baru pun blum sampai level ngeri mcm ni
Quote Kittie 31-10-2017 06:00 PM
taji2906 replied at 31-10-2017 05:37 PM
jepun ni mcm aman2 jek.. tp sekali keluar citer sadisnya, memang ngeri2..

Kalu nk rasa glamer, wat la jenayah kat jpn, konfem masuk news, mmg reporters derang dok ulang-alik balai polis jer sbb tak byk jenayah. So bila ada jer jenayah mmg masuk paper, even sekecik curi pen dr konbini jer. Kes bodo curi pen n nenas utk prank pun hader, takde plak reports a'bangsa nk translate.
Quote armin 31-10-2017 06:17 PM
Orang jepun ni kalau jenayah mesti pelik2 walaupun negara kurang jenayah
Quote matchstick 31-10-2017 06:50 PM
tgk muka pembunuh tu pun mmg mengerikan..mata sama tebal dgn kening je
Quote EJALTI 31-10-2017 06:54 PM
Zalimnya...

Lihat semua komen(95)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.090592s Gzip On
To Top