Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Zara Zya Sakit Tulang Belakang Sampai Tak Boleh Berjalan Gara-Gara...

27-10-2017 11:37 AM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 3944| Komen: 42

Malang nasib pelakon Zara Zya yang baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar, kali ini sekali lagi dimasukkan ke hospital.

Ini semuanya gara-gara dia mengalami sakit bahagian tulang belakang dan juga kaki sehingga sukar untuk berjalan. 

Panik dengan keadaan itu, Zara segera mendapatkan rawatan di hospital. 

"Kejadian semalam... Bila terjaga waktu pagi, kaki dengan tulang belakang saya sakit sangat. Tak boleh jalan.

"Hasrat nak pergi shooting tergendala. Gementar masa tu Allah je tahu," ujarnya menerusi satu posting di Instagram.


Rupa-rupanya ia berpunca daripada tabiatnya yang gemar memakai kasut bertumit tinggi sepanjang masa. 

"Sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi, shooting pakai, masa jalan-jalan pakai.

"Nahhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Sekarang ini saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita tolonglah kurangkan pakai kasut bertumit tinggi," katanya lagi. 

Dalam pada itu, Zara berkata keadaannya semakin pulih dan telah dibenarkan pulang ke rumah. - CARI 

Foto: Carian internet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
4
Bosan
2
Komen: 42
Komen

Previous : "Kau Tak Layak Ada Dalam Bidang Seni" - Bob Dedah Perit Lalui Diskriminasi

Next       : "Cubalah, Kalau Nak Cari Nahas" - Kenapa Isteri Aaron Aziz Beri Amaran Tu?

Komen Terbaru

Quote alien88 29-10-2017 10:05 PM
gws zara zya.. lain kali jgn kerap sgt pakai heels ye

Lain-lain Komen

Quote doubleA 27-10-2017 11:57 AM
gws. nikmat kesihatan memang paling bernilai
Quote MH3707 27-10-2017 11:59 AM
doubleA replied at 27-10-2017 03:57 AM
gws. nikmat kesihatan memang paling bernilai

nikmat sakit itu penghapus dosa paling bernilai
Quote idril 27-10-2017 12:00 PM
lopak elok jer pakai 15 inci x de pun sakit dia
Quote kibodwatriuh 27-10-2017 12:09 PM
Yup sakit tulang belakang dan deformity kaki aka bunion memang biasalah kalau rajin pakai kasut tumit tinggi.
Quote CiliPadiSedap 27-10-2017 12:24 PM
idril replied at 27-10-2017 12:00 PM
lopak elok jer pakai 15 inci x de pun sakit dia

sbb bontot dia leper jadi berat tak rasa kt kasut tumit tinggi
Quote CiliPadiSedap 27-10-2017 12:25 PM
kibodwatriuh replied at 27-10-2017 12:09 PM
Yup sakit tulang belakang dan deformity kaki aka bunion memang biasalah kalau rajin pakai kasut tumi ...

dik binatang kt profile dik tu nama dia apa? comel. cm chipmunk
Quote kibodwatriuh 27-10-2017 12:30 PM
CiliPadiSedap replied at 27-10-2017 12:25 PM
dik binatang kt profile dik tu nama dia apa? comel. cm chipmunk

Namanya quokka.
Memang cuuute sangat.
Quote PyoNaRi 27-10-2017 12:32 PM
I ni pakai wedges yg rata tu pun selalu sakit kaki.apatah lagi nak berheels bagai
Quote bukan_ustazah 27-10-2017 12:34 PM
gws zara ..
Quote kakiseboksebok 27-10-2017 12:35 PM
Meols pun tengah kurang2 kan pakai heels. Pakai kalau pi kenduri or events je, hari2 ber-flat shoes je lah.
Quote anikarma 27-10-2017 12:49 PM
kibodwatriuh replied at 27-10-2017 12:30 PM
Namanya quokka.
Memang cuuute sangat.

Quokka. Ada di Aussie. Hi la island dier. Banyak wor menatang ni. Muker dier senyum jer
Quote CiliPadiSedap 27-10-2017 12:51 PM
kibodwatriuh replied at 27-10-2017 12:30 PM
Namanya quokka.
Memang cuuute sangat.

mcm kacukan kanggaru dengan tikus mondok.comel.
Quote apedehal 27-10-2017 12:56 PM
nangis tepi bucu katil sepital la zara ziya bennag beliau dihijack oleh seekor makhluk cute
Quote pinkypetal 27-10-2017 12:58 PM
Gws.. dia ni pandai dan rajin masak. Siap menjual lagi.
Quote Red11y 27-10-2017 01:07 PM
gws....semoga terus cantik dn cantik
Quote fushimi 27-10-2017 01:16 PM
iols sekarang berflat je senang.Nak lari ke nak jalan laju tak risau,kaki pun tak sakit

Quote umbut 27-10-2017 01:25 PM
Dia pendek, sebab tu pki kasut tinggi..
Mcm sazzy falak selalu pki kasut platform
Quote RatuDunia94 27-10-2017 01:36 PM
Pendek tu buat je la cara pendek.. Ko pakai heels 20 inci pon tetap rupa itu.. Badan nk pakai lama oi..
Quote CiliPadiSedap 27-10-2017 01:58 PM
anikarma replied at 27-10-2017 12:49 PM
Quokka. Ada di Aussie. Hi la island dier. Banyak wor menatang ni. Muker dier senyum jer

ada jual kt malaysia ke sis, sugar glider kaka kena ngap dengan kucing. makanan dah bagi tapi sekelip mata dia makan. sedih sangat. sejak itu kucing kaka takut akan kaka sebab dah makan jurus singa betina.. kalau bela quokka ni insya Allah selamat sikit

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.157701s Gzip On
To Top