Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Uji Kehamilan Dengan Ubat Gigi? Seriuslah!

26-10-2017 12:09 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1680| Komen: 16

Uji kehamilan dengan ubat gigi? Alamak tak pernah pula terfikir ubat gigi boleh dijadikan alat uji kehamilan. Anda pernah?


Foto: BabyCenter

Disebabkan semua barang masa kini mahal-mahal, mulalah orang ramai mencari alternatif yang lebih murah. Kalau betul boleh uji kehamilan dengan ubat gigi, bagus jugalah, kan? Tapi macam mana nak menggunakannya?


Foto: goodtoknow

Sebelum ini, tular sebuah video di Youtube, di mana seseorang telah mencuba menguji kehamilan menggunakan ubat gigi.

Apa yang diperlukan hanyalah sampel air kencing dan ubat gigi secukupnya. Sebaiknya, dilakukan pada waktu pagi.


Foto: Youtube

Menerusi video itu, kononnya hormon HCG dalam air kencing bertindak balas dengan ubat gigi. Jika ubat gigi berubah warna dan menggelembung atau berbusa, itu bermakna seseorang itu positif hamil.



Nanti dulu! Jangan cepat percaya okey. Menurut portal The Independent, pakar runding ginekologi (sakit puan) Dr Alex Eskander menafikan kaedah itu dan mengatakan teori berkenaan adalah karut!

"Belum ada kajian untuk mengesan kehamilan dengan mencampurkan air kencing dan ubat gigi," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 16
Komen

Previous : Tak Reti Berdisiplin Menabung? Cuba Cara 'Simpan Dan Lupa' Ini..

Next       : Buat Lagu Guna Google Translate, Macam Mana Tu?

Komen Terbaru

Quote nut.legacy 27-10-2017 10:08 AM
euww smpi perlu kacau2 air kencing dlm ubat gigi tu. kat guardian pn ada jual test x smpi rm10 utk satu test. btw, sebelum nk buat video cara nk buat pregnancy test tu minum le air byk2.

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 26-10-2017 12:20 PM
Caya ler sangat kalau tak buat apa orang cipta kit ujian kehamilan kalau boleh guna ubat gigi je
Quote gerbera.memopad 26-10-2017 12:34 PM
Mahal sgt ke pregnancy test sampai nak kena ada alternatif?

Cara ni mcm mengundang paranoid je. Entah betul entah idok.
Quote CiliPadiSedap 26-10-2017 12:37 PM
chemical reaction tu.

bubuh air kencing boy reman jantan pun gelembung juga
Quote biskutraya 26-10-2017 12:52 PM
G klinik byr rm1 je.. Huhu
Quote RatuDunia94 26-10-2017 01:37 PM
Satu kerja lak nk kena takung air kencing tu..
Quote Ratutulip 26-10-2017 02:17 PM
hurmmm pi beli kt farmasi yg biase2 tu berapa rm je...
Quote missinpiece 26-10-2017 02:51 PM
Yg segan nk g beli benda alah tu mula la berfikir diluar kotak kekdahnya
Quote Miss.Rara 26-10-2017 03:09 PM


kang tetiba yang laki laki pulak pi test jugak hahhaha
Quote manehnya 26-10-2017 03:22 PM
hermm.. hadap pulak aku tengok bideo air kencing orang
Quote Red11y 26-10-2017 04:36 PM
macam2 pulak caranya sekarang...
Quote -electrifying- 26-10-2017 04:42 PM
mengarutlah
Quote tembikai 26-10-2017 05:42 PM
merepek ajer....
Quote Lilly.june 26-10-2017 10:04 PM
Adeh ramai betul nak jadi genius
Quote mizkajura 27-10-2017 08:55 AM
Gigih la siapa yg percaya n mencuba
Quote misscendol 27-10-2017 09:47 AM
gerbera.memopad replied at 26-10-2017 12:34 PM
Mahal sgt ke pregnancy test sampai nak kena ada alternatif?

Cara ni mcm mengundang paranoid je.  ...

Maybe org yg nk test guna ubat gigi ni xde keje lain gamaknye
Quote nut.legacy 27-10-2017 10:08 AM
euww smpi perlu kacau2 air kencing dlm ubat gigi tu. kat guardian pn ada jual test x smpi rm10 utk satu test. btw, sebelum nk buat video cara nk buat pregnancy test tu minum le air byk2.

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.051139s Gzip On
    To Top