Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Peralatan Pakai-Buang Boleh Digunakan Semula Sehingga 3 kali- KP Kesihatan

25-10-2017 12:21 PM |Dilihat:1070| Komen: 7

sumber : FMT

"Peralatan atau peranti perubatan pakai buang boleh digunakan semula sehingga 3 kali."

Demikian respon Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berhubung laporan media mengenai kekurangan dana menyebabkan sesetengah hospital mengitar semula peralatan pakai-buang yang boleh mendatangkan risiko.

Memetik laporan FMT, Ketua Pengarah Kesihatan itu memberi contoh LigaSure (sistem menampal tisu bipolar elektro haba) dan Diathermy (peranti menggunakan haba yang dihasilkan arus elektrik) untuk terapi fizikal atau pekerjaan, boleh digunakan semula.

Beliau berkata, mengitar semula peralatan itu tidak akan mendatangkan komplikasi kesihatan atau isu kebersihan kerana ia dibersih menggunakan pensterilan wap serta boleh berfungsi seperti ketika digunakan buat kali pertama.

Bagaimanapun tegas beliau, amalan itu tidak membabitkan peralatan pakai-buang untuk merawat pesakit menghidap penyakit berjangkit.

Beliau ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kementerian Kesihatan dan Yayasan Standard Chartered, semalam.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote misscendol 1-11-2017 02:50 PM
Macam2 laaaahhhh

Lain-lain Komen

Quote nisako 25-10-2017 01:20 PM
hmmmmmmmmmmm
Quote cairel_azlie 25-10-2017 05:23 PM
kenapa dulu tak pernah pun buat? tapi selepas tahun 2015 semua di recycle berkali2.....
Quote bit 25-10-2017 05:42 PM
Ke arah negara maju
Quote rogayahtop 25-10-2017 11:12 PM
tahniah kerana berjaya mengurangkan beban kerajaan.  seksa kerajaan tak berduit.
Quote najib888 26-10-2017 12:20 AM
Memetik laporan FMT, Ketua Pengarah Kesihatan itu memberi contoh LigaSure (sistem menampal tisu bipolar elektro haba) dan Diathermy (peranti menggunakan haba yang dihasilkan arus elektrik) untuk terapi fizikal atau pekerjaan, boleh digunakan semula.



Serabutnya wartawan ni...propa... rasanya KP kesihatan maksudkan hand piece accessory untuk electrosurgical unit brand LigaSure tu boleh disteril dan diguna semula. Electrosurgical unit juga dipanggil diathermy machine atau surgical generator. Orang kampung dok sebut alat bedah laser. Celah mana keluar lasernya aku tak tau la.

Bukannya diathermy machine physiotherapy yang janakan haba untuk rawat otot dan sendi.

Kaya betui kementerian kesihatan sebelum ni. Pakai sekali terus buang. Mahal kot menatang ni. Kat private healthcare, selagi benda boleh pakai dan boleh disteril, guna sampai lunyai...
Quote Lilly.june 26-10-2017 10:23 PM
Bajet perubatan dh banyak dikurangkan. Sepatutnya bajet permata tu yg kene cut
Quote misscendol 1-11-2017 02:50 PM
Macam2 laaaahhhh

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.091066s Gzip On
To Top