Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Master Lim Maut Diserang Sakit Jantung Ketika Persembahan "Kukuskan Diri"

24-10-2017 01:11 PM |Dilihat:3170| Komen: 50
Master Lim Boon Hua sememangnya terkenal dengan persembahan "kuasa sakti" iaitu berendam di dalam kuali besar dengan air panas menggelegak. 

Namun semalam beliau dilaporkan maut akibat sakit jantung ketika melakukan persembahan tersebut di sebuah tokong di kampungnya Kuala Sanglang, Kedah. 

sumber : Oriental Daily News

Memetik laporan Oriental Daily News, pada mulanya master Lim kelihatan tidak mempunyai masalah ketika duduk bersila di dalam sebuah kuali besar yang ditutup dengan penutup. 

Manakala petugas pula tidak berhenti menambah kayu untuk menguatkan pembaraan api itu. 

Setelah hampir setengah jam berlalu, petugas segera membuka penutup kuali berikutan kedengaran master Lim seolah-olah sedang memukul kuali. 


sumber :  Oriental Daily News

Justeru, petugas segera mengeluarkan master Lim dari kuali, namun tidak lama kemudian beliau didapati telah meninggal dunia. 
 
Difahamkan, mangsa pernah menjalani pembedahan dan mengalami penyakit strok dua tahun lalu. 

Beliau turut dijemput hadir ke tokong di Ayer Tawar, Perak untuk melakukan persembahan pada tiga hari lepas.

Master Lim mula membuat persembahan kuasa sakti sejak umurnya 17 tahun, manakala dalam persembahan 'mengukus diri', beliau telah berjaya mencatat rekod paling lama iaitu selama 70 minit. 

Yang lebih mengkagumkan, ketika persembahan berendam di dalam air panas, pau dan jagung yang dipegangnya didapati telah masak dikukus dalam suhu yang tinggi, sebaliknya dia langsung tidak mengalami sebarang kecederaan dalam proses tersebut.- CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 50
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote minguk 2-11-2017 05:36 PM
nobito replied at 2-11-2017 11:18 AM
Cina mana percaya hantu....diorg takda saka pon dik

eh? cina office i percaya hantu sis.. hanya dewa2 boleh kawal hantu.. so yang merasuk dalam badan master tu adalah dewa2 katanya

Lain-lain Komen

Quote OmJualGas 24-10-2017 01:15 PM
Kuasa sakti dah hilang.
Quote kentel 24-10-2017 01:23 PM
hantu tokong pun lari dari duduk dalam pengukus tu...panas sangat kot
Quote dizzzek 24-10-2017 01:26 PM
umur 69 baik berehat je la
Quote kakiselit 24-10-2017 01:28 PM
Qul ya ayyuhal-kaafiruun ila akhir.
Quote MH3707 24-10-2017 01:33 PM
wow so sakti..wakakakaka....rip in hell
Quote Buritan 24-10-2017 01:36 PM
Bila izrael dtg memanggil.. kuasa sakti sudah tatak jln..
Quote Mary_jane 24-10-2017 01:44 PM
dizzzek replied at 24-10-2017 01:26 PM
umur 69 baik berehat je la

Dia tengah rehat ni. Selamanya.
Quote fifie_olin 24-10-2017 01:56 PM
pe pya magik daa
ko kukus diri ko dek...
Quote CiliPadiSedap 24-10-2017 01:57 PM
ya maksharal jinni .. kul uhiyassatu sajidin.. ( jin pun sekali terbakar)
Quote CiliPadiSedap 24-10-2017 01:59 PM
sakti cmne manusia kalau guna bantuan jin pendamping satu hari rebah juga nak2 lagi kalau pakai jin dah tua usia 800 tahun tahap bongkok 3..
Quote vanillaninja 24-10-2017 02:04 PM
Takziah, RIP.
Quote batmana 24-10-2017 02:21 PM
dia ptut turunkn ilmu tu pada bomba

msti leh dpt income juta2

ni persembahan kt kampung je dpt apa?
Quote nisako 24-10-2017 02:24 PM
rehat selamanye la lps ni.............. takziah
Quote abangadek 24-10-2017 02:25 PM
RIP, sambung rebus kt sana pulak
Quote slavehunter 24-10-2017 02:29 PM
Dah tua tu agak2 la nak kukus diri lagi.
Quote L_Z 24-10-2017 02:35 PM
Bodoh...sia sia ja mati sakit..live lak tu...
Quote taji2906 24-10-2017 02:51 PM
hebat mana pun di dunia ni, bila sampai masanya dipanggil, tetap tepat masanya tanpa cepat atau lewat sesaat pun.. Subhanallah
Quote cmf_BeachBoys 24-10-2017 03:00 PM
Jin kapir pun tak tahan panas kot
Quote minguk 24-10-2017 03:07 PM
hebat master lim tahan 70 minit dalam pengukus

Lihat semua komen(50)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.095110s Gzip On
To Top