Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Nak Mudah Di Dapur, Siapkan Bumbu 'Instant' Boleh Tahan Berbulan-bulan!

17-10-2017 01:35 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 3010| Komen: 35

Sebenarnya pelbagai cara untuk suri rumah mahupun sesiapa memudahkan kerja mereka di dapur. Ini termasuklah menyediakan bumbu atau pun bahan giling terlebih dahulu.

Bumbu seperti bawang besar, halia, cili kering, bawang putih dan sebagainya sebenarnya boleh disiapkan terlebih dahulu. 

Bila mahu masak, hanya cedok dan terus tumis dalam kuali. Memang mudah.

Namun, bagaimana agaknya menghasilkan bahan giling atau bumbu ini sebaiknya agar tahan lama?


Seorang netizen berkongsi cara yang mungkin ramai sudah silap melakukannya selama ini. 

Kata kuncinya ialah bahan yang digunakan ketika mengisar iaitu minyak masak. Jangan sesekali menggunakan air kerana ia boleh membuatkan bumbu tersebut cepat busuk, berkulat dan rosak. 


Cara-caranya:

1. Ambil bahan yang anda ingin jadikan bumbu seperti campuran bawang merah dan bawang putih (sebagai contoh).

2. Masukkan bahan ini ke dalam pengisar. 

3. Masukkan minyak masak secukupnya ke dalam pengisar. 

4. Tambahkan juga sedikit garam.

5. Kisar sehingga halus.

6. Selepas sejuk, simpan dalam bekas kaca atau plastik dan letakkan dalam peti sejuk. 

7. Anda boleh simpan dalam peti sejuk untuk jangka masa sebulan atau simpan dalam freezer untuk bertahan beberapa bulan. 

7. Gunakan setiap kali anda ingin memasak. - CARI

Foto: Carian internet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 35
Komen

Previous : Saintis Jumpa Asal Bau Durian, Kaji Cara Hilangkannya

Next       : 8 Cara Sejukkan Badan Dan Rumah! Tak Perlu Air-Cond, No.2 Tu Paling Syok

Komen Terbaru

Quote ItisDD 7-1-2018 04:20 PM
Slama ni guna air gak.  Info yg bagus, blh try kisar pkai myk plak

Tp slalu iols buat seminggu jer dah abis

Lain-lain Komen

Quote dusunmind 17-10-2017 02:45 PM
Great. Selama ni guna air je.  
Nnt balik nak cuba.
Quote munchkin 17-10-2017 03:12 PM
Saya guna produk vias.

Dekat bens grocer dah siap jual bahan bahan giling ni. Tinggal beli je  
Quote mommymonster82 17-10-2017 03:24 PM
Tq2...mmg guna air je selama ni..
Baru tahu tips guna minyak..
Quote makton 17-10-2017 03:38 PM
boleh try... simpan dalam bekas comel2 mcm tu..
Quote zameyla 17-10-2017 03:48 PM
oooo...aku pun guna air je selama nie...

Tq for the info..
Quote chinta89 17-10-2017 04:00 PM
iols blend ngn air je dlm kuantiti sedikit lps tu baru taruk myk.

tahan je berbulan2.
Quote Ratutulip 17-10-2017 04:23 PM
ok good info
Quote ChestnutRed 17-10-2017 04:38 PM
good info... patut la buat cepat rosak xleh guna air rupanya
Quote Jeasabri 17-10-2017 06:00 PM
nnt ai try{:childlike{:childlike{:childlike
Quote AvaAdore 17-10-2017 06:40 PM
Nice. Senang la masak lps ni {:teatime
Quote lululun 17-10-2017 06:42 PM
Yep guna minyak boleh tahan lama. Tp bergantung pada cara simpan kot.
Quote pinkypetal 17-10-2017 07:11 PM
Memang buat gini. Lagi 1 bila guna minyak akan lebih halus. Contohnya cili tu.bila buat sambal tumis memang smooth jer texture.

Quote miss_curious 17-10-2017 08:07 PM
minyak tu kena guna minyak masak kelapa sawit tu ke?

minyak sunflower/olive oil or any other minyak untuk memasak boleh digunakan jugak tak?
Quote @chik 17-10-2017 10:15 PM
bestkan kalau boleh masak hari-hari.. superwomen
Quote MisXoXo 18-10-2017 02:17 AM
tq share resepiii
Quote nisako 18-10-2017 05:22 PM
wah tip yg bagus bo cuba
Quote Jorja 18-10-2017 07:44 PM
Dah lama guna minyak pun..belajar dari orang malaya juga bini polis ni..
Quote Zaien 18-10-2017 08:37 PM
Pkai minyak than lama...
Quote jazaa100 18-10-2017 09:28 PM
Skrg ni mcm mcm blh dipermudahkn....

Peti ais tu blh buat frozen food etc...
Masa aku kecik kecik dulu, peti ais bhg sejuk beku tu guna utk buat ais je....pdhal peti ais yg sama...skrg kita dah berpikir di luar kotak....hidup pun lebih mudah kann

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044782s Gzip On
    To Top