Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Tular 'Anak Ikan' Dato Vida, Tapi Cik B Takkan Benarkan Mereka Bersama...

17-10-2017 11:17 AM |Dilihat:10472| Komen: 170
Menjadi tular pula sehari dua ini seorang jejaka elok rupanya yang dikatakan merupakan pembantu peribadi kepada Dato Seri Vida. 

Ramai yang memuji karakter dan juga personaliti lelaki berusia 23 tahun itu yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli. 

Masakan tidak, dalam usia muda namun mendapat peluang besar sebagai pegawai media dan juga pembantu kepada usahawan serta jutawan terkenal. Siapa yang tak mahu jawatan tersebut?

Dalam pada itu, timbul pula isu 'anak ikan' yang mengaitkan hubungan istimewa Iqbal bersama majikannya. 

Menerusi Harian Metro, Iqbal tidak menolak kemungkinan itu dan menyerahkan segalanya kepada takdir.


"Saya akui, kami serasi bersama dan sekiranya dia jodoh saya, saya terima kerana itu ketentuan Allah SWT. Sekiranya tidak, saya akan teruskan bekerja sebagai Pegawai Media dan Pembantu Peribadinya.

"Seandainya saya ada hati dan perasaan dengannya, biarlah, kerana pada saya itu tidak boleh dipaksa atau dinafikan. Apa yang penting saya tahu dengan amanah yang diberikan buat masa ini termasuk membantu dalam perniagaannya.

"Kalau hati betul-betul suka kami akan bincang untuk berkahwin, bukan jadi anak ikan kerana berkahwin itu halal, tetapi saya tetap kena berfikir panjang mengenai tohmahan yang akan diberikan," ujarnya. 

Tular 'Anak Ikan' Dato Vida, Tapi Cik B Takkan Benarkan Mereka Bersama...

Dia juga sedih dan menyangkal tanggapan orang ramai dirinya sebagai anak ikan. 

"Saya agak sedih apabila orang memperkatakan saya ini anak ikannya, sedangkan saya bekerja keras setiap hari dan boleh dikatakan setiap hari saya hanya dapat tidur selepas waktu subuh," katanya lagi. 

Dalam pada itu, berita tersebut mendapat perhatian anak kepada Vida iaitu Cik B. Menerusi laman Instagram miliknya, Cik B nyata kurang senang dengan kehadiran lelaki dalam hidup ibunya. 


"Ehemmm ehemmm..... saya takkan benarkan dia bersama mama saya sebab dia tu nak perhatian je." 

Begitulah yang diluahkan oleh anak remaja ini. Nampaknya dia masih fobia dan begitu berhati-hati dengan mana-mana lelaki yang tampil dalam hidup ibunya. 


Netizen turut memuji yang Cik B memiliki pemikiran yang matang. Apa pun, mereka juga memujuk Cik B agar menerima ketentuan jika itu memang jodoh ibunya. 

"Be strong Cik B. Kalau itu dah ketentuan nak buat macam mana. Mungkin abang tu baik.."

Hai, beruntung Dato Vida kan. Pembandu peribadi sayang, anak pun sayangkan awak. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
6
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 170
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cruisekeanu 26-10-2017 11:16 PM
suka juga kalau mereka kahwin
nampak serasi

Lain-lain Komen

Quote idakamaruddin 17-10-2017 11:20 AM
amboiii nk gak tok vida sebut "kalau ada jodoh saya terima"

Quote lazim 17-10-2017 11:21 AM
kelakarnya cikB
Quote raradhia 17-10-2017 11:22 AM
bgni laa kalau dah kaya kan, takut org ambik kesempatan jaa! sokong je lah dik ada bapak tiri muda hensem. .pandai laa mak kmu uruskan hal2 yg lainnya. .
Quote prettyuglybabe 17-10-2017 11:27 AM
this time i sokong anak dia..

Quote mamaneesa 17-10-2017 11:28 AM
idakamaruddin replied at 17-10-2017 11:20 AM
amboiii nk gak tok vida sebut "kalau ada jodoh saya terima"

bukan tok vida yg sebut, laki tu yg ckp cmtu

Quote sant 17-10-2017 11:31 AM
Tok bida ni tak pernah reveal sbb apa dia bercerai dgn jantan sebelum ni kan, but I read a comment kat FB ex laki dia yg last songlap duit dia senyap2 sampai RM 6 juta. Sebab tu kecewa dan Cik B pun marah kot. Tapi jantan di atas lagi hensem dari last suami dia sooo...
Quote DeeHanania 17-10-2017 11:32 AM
Garang CikB...
Quote Linopot 17-10-2017 11:32 AM
Nak tumpang 'kaya' skali ngan tok vida
Quote idakamaruddin 17-10-2017 11:32 AM
mamaneesa replied at 17-10-2017 11:28 AM
bukan tok vida yg sebut, laki tu yg ckp cmtu

laju i bc td hahaha


Quote kuzaime 17-10-2017 11:34 AM
Bukan tok vida dah ada bf kokusen iras mcm david beckham ker katanya ari tu??
Quote Jorja 17-10-2017 11:35 AM
Kalau dah jodoh apa salahnya kan..
Quote mamaneesa 17-10-2017 11:37 AM
nak bersangka baik, tapi........
Quote de_ikea 17-10-2017 11:39 AM
Be strong  tok vida dan cik b.  Kalo iqbal ensem tu org nya,  time will come.  Mana prgi akhirnya si ferus ex husband tu ya? Bawak duit migrate kah?
Quote takayama 17-10-2017 11:39 AM
yealah klu dah jodoh mmg x dpt nk tolak
memsg dpt menafaat gitu
Quote miemiecha 17-10-2017 11:39 AM
straight cikb!!!
Quote bambimo 17-10-2017 11:39 AM
cmne plak pakwe kokusen yg rupa david beckham tu
adakah dsd propa sama species si rempah
Quote balakkampung 17-10-2017 11:40 AM
hihihi..cik B pon dah pandai yer sekarang....so sapa2 nak tacke tok vida..tackle cik b dulu...
Quote noorhairiahma 17-10-2017 11:42 AM
sant replied at 17-10-2017 11:31 AM
Tok bida ni tak pernah reveal sbb apa dia bercerai dgn jantan sebelum ni kan, but I read a comment k ...

haaaaaa???

nampak macam diam2 and baik2 je....

Quote sant 17-10-2017 11:48 AM
noorhairiahma replied at 17-10-2017 11:42 AM
haaaaaa???

nampak macam diam2 and baik2 je....

Tu la I baca je komen tu, yg komen tu cakap macam tu pastu ada 2-3 orang reply bawah dia cakap benda yg sama. Maybe kenal tok bida kot. Betul ke tak, tak tahu tapi gaya tok vida pun ada cakap, 'kita tabur duit pun tak bahagia'.

Lihat semua komen(170)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.058280s Gzip On
To Top