Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Sangeeta Krishnasamy Pelakon Filem Terbaik Malaysia

16-10-2017 12:03 PM |Dilihat: 3826| Komen: 66

Siapakah gadis India ini? Wajahnya cantik lagi eksotik, mirip pelakon Ashwariya Rai. Berkulit sawo matang dengan mata bundar berwarna cokelat.  Dia seorang  peguam, pelakon, model, pengacara TV dan terlibat dalam aktiviti pendidikan. 

Dan sempena Hari  Deepavali yang disambut pada minggu ini, X-POSE dengan bangganya memperkenalkan `the one and only  wantia India  yang pernah memenangi award paling berprestej di Negara ini. 

Sangeeta Krishnasamy, mencipta fenomena.  Kejayaan ini telah mencorakkan kehidupan  yang lebih cemerlang. Dia  dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik  menerusi filem Adiwiraku.  Namanya terus meletop dalam industry perfileman Malaysia. 

Foto: The Star
Sebelum ini namanya  hanya terpahat dalam perfileman Tamil.  Sangeeta Krishnasamy menjadi salah satu faktor kemenangan filem Adiwiraku yang diumum sebagai Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) yang lalu. Dia seorang aktor yang hebat! 

Sebelum reda keterujaan dirinya diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di FFM ke-29, Sangeeta sekali lagi dikejutkan kerana dipilih memenangi kategori sama pada Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2017 (APFKL2017) yang berlangsung di ibu kota. 

Pelakon utama filem Adiwira Ku itu berkata, dia  tidak menyangka dalam tempoh singkat dirinya diberikan kegembiraan berganda dengan kejayaan pada dua anugerah perfileman Malaysia. 

Tidak ramai pelakon bukan Melayu yang memperoleh perhargaan besar seperti itu. Apa yang dilakukan Sangeeta adalah kejujurannya membawakan watak yang ditawarkan oleh penerbit Ekskutif Jason Chong.

Watak itu juga telah mendewasakan beberapa nama besar dalam industry perfileman untuk merangkul award yang menjadi impian setiap aktor. Antaranya Izara Aishah,  Nabila Huda dan beberapa orang lagi. 
"Saya berasa  ia seperti betul-betul magis. Ketika saya masih lagi mengecapi detik indah kejayaan pada FFM29, kini saya menerima satu lagi award, jelas wanita yang mendapat pendidikan filem secara formal di KL Pac Studio. 

Adiwiraku, filem yang diangkat dari kisah benar seorang guru bahasa Inggeris Cheryl Ann Fernando dan perjuangannya  mengajar bahasa Inggeris di sekolah luar bandar di Kedah. Drama kehidupan itu berkisar pelajar-pelajar SMK Pinang Tunggal Kedah  bersungguh sungguh mempelajari bahasa Inggeris  sehingga layak menyertai pertandingan kromantisan  atau `choral speaking competition,  hingga ke  peringkat daerah. 

Sedangkan sebelum itu, pelajar tersebut tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Itulah plot filem Adiwitaku yang turut mengetepikan filem J Revolusi yang menjadi  favorite saya.

Foto: Malay Mail
Sepanjang karier sebagai ketua editor, saya pernah menjadi  barisan juri yang ditugaskan menonton filem yang dipertandingkan untuk festival filem secara `back to back di ampiteater Finas! Bila menonton terus menerus dalam tempoh beberapa hari itu, kami boleh lihat menilai filem terbaik, dari segi konsep, lakonan dan pengarahan. 

Alhamdulilah, saya pernah melaluinya! Walaupun ada yang komen filem ini tapi keputusan juri adalah mutamad. Full Stop!.   
Siapa menyangka, dari bidang profesional Sangeeta terjun ke dunia perfileman. Wanita yang dilahirkan di Kuala Lumpur ini  melanjutkan pembelajaran tertingginya di University of London dalam jurusan undang-undang.  

 Pembabitannya  dalam bidang seni ini bermula sebagai model.  Semasa di bangku sekolah, dia ditawarkan menjadi model untuk kempen dalam talian Nikon. Kehebatan Sanggeta, dia mampu menguasi bahasa Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan lancar.

Sebenarnya, pelakon cantik ini terkenal di India.  Dia menjadi pelakon Malaysia pertama yang berlakon dalam filem Kollywood selepas membuat penampilan di filem Goa dan Venkat Prabhu serta sebagai pemimpin wanita dalam ' ZHA ' yang turut dibintang pelakon filem hebat dari India Selatan.

Pada tahun 2015,  dia memegang watak penting dalam dua filem 'Vetti Pasanga' & Vennira Iravugal. Vennira Iravugal menjadi filem Tamil Malaysia yang terkenal selepas dipertontonkan di beberapa filem festival di seluruh Eropah, dan selepas memenangi anugerah juri khas di Festival Filem Tamil Norway pada tahun 2014 dan seterusnya membawa pulang semua 5 anugerah dalam semua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia pada tahun 2015. 

Foto: Berita Harian
Kini, dia adalah seorang pelakon terbaik di Cinema Tamil Malaysia selepas memenangi kedua-dua kategori sebagai  pelakon terbaik dalam kategori filem dan telemovie. 

Tahniah Senggeta! 

X-POSE turut mengucapkan Selamat merayakan Deepavali kepada Senggeta dan pembaca yang meraikannya. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Reply: 66
Komen

Komen Terbaru

Quote wirazam 22-10-2017 06:27 PM
hope sangeetha ni lebih byk muncul kat slot2 drama ye..barulak acik2 kenal dan admire sikit

Lain-lain Komen

Quote sabar_sabariah 16-10-2017 12:38 PM
cantiknya dia ni
Quote Lavender_Violet 16-10-2017 01:08 PM
Tak tengok filem Adiwira ku dulu
Rasa nak tengok pulak skrg
Ada kat Astro tak? Nak beli
Atau......beli CD cetak rompak aje
Quote sixret 16-10-2017 01:21 PM
Lavender_Violet replied at 16-10-2017 01:08 PM
Tak tengok filem Adiwira ku dulu
Rasa nak tengok pulak skrg
Ada kat Astro tak? Nak beli

kakak, filem ni ada orang upload kat youtube. selamat menonton kakak.  
Quote Lavender_Violet 16-10-2017 01:30 PM
sixret replied at 16-10-2017 01:21 PM
kakak, filem ni ada orang upload kat youtube. selamat menonton kakak.

Oh ada ye?
Boleh lah tengok
TAPI habis lah data hakak
Quote nisako 16-10-2017 01:36 PM
wah cantik dia ni.............
Quote shailyvelera 16-10-2017 01:38 PM
sixret replied at 16-10-2017 01:21 PM
kakak, filem ni ada orang upload kat youtube. selamat menonton kakak.

kita pun nk tgok.....tgu weekend dpt data free....hehehe
Quote noraidil_06 16-10-2017 01:44 PM
{:iwant Hello pretty
Quote offwhite 16-10-2017 01:44 PM
sangeeta ni terbabit dlm drama arahan ghaz abu bakar tajuk banteras..drama bercorak rasuah..heronye namron..pelakon wanita india tercantik..
Quote karipapcinta 16-10-2017 01:48 PM
sixret replied at 16-10-2017 01:21 PM
kakak, filem ni ada orang upload kat youtube. selamat menonton kakak.

bagus lah tengok kat youtube, mencuri hasil kerja penggiat seni tak dosa ke?
Tapi kalau makan babi, pegang anjing, tak tutup aurat, kecoh ummah malaysia bagi nasihat, ammal maruf nahi mungkar bagai.
Cuba amalkan konsep sama bila curi hasil penggiat seni.
Quote sixret 16-10-2017 02:02 PM
shailyvelera replied at 16-10-2017 01:38 PM
kita pun nk tgok.....tgu weekend dpt data free....hehehe

Selamat menonton.
Quote sixret 16-10-2017 02:10 PM
karipapcinta replied at 16-10-2017 01:48 PM
bagus lah tengok kat youtube, mencuri hasil kerja penggiat seni tak dosa ke?
Tapi kalau makan ba ...

Maaf ya.

Since the advent of advanced technologies at the tips of the fingers, it has been an increasing challengeing to hinder this inevitable progression of sharing through medias via Internet.
Quote balakkampung 16-10-2017 02:11 PM
Lavender_Violet replied at 16-10-2017 01:08 PM
Tak tengok filem Adiwira ku dulu
Rasa nak tengok pulak skrg
Ada kat Astro tak? Nak beli

memang best filem ni...iolls tgk pon terkesan...mmg layak filem ni dan sangeeta menang besar kat FFM..
Quote balakkampung 16-10-2017 02:12 PM
sangeeta ni memang ada iras2 aiswarya kan...pelakon india malaysia tercantik setakat ni..lakonan pon best..suka dgr dia cakap melayu dan english...sedap jer dengar...
Quote syue86 16-10-2017 03:16 PM
Lavender_Violet replied at 16-10-2017 01:30 PM
Oh ada ye?
Boleh lah tengok
TAPI habis lah data hakak

bley beli cd die dari fb Adiwiraku
Quote debab76 16-10-2017 03:17 PM
siapa tak tgk lgk. meols suggest tgk yach. meols menangis hurkey!!
Quote karipapcinta 16-10-2017 03:53 PM
sixret replied at 16-10-2017 02:10 PM
Maaf ya.

Since the advent of advanced technologies at the tips of the fingers, it has been a ...

tu semua alasan, kalau kita boleh hindari makan babi (walaupun banyak kedai jual babi dan arak kat malaysia ni) mesti kita boleh hindari benda ni jugak. unless kalau you memang biasa makan babi lah sebab tak boleh nak hindar kerana banyak sangat kedail jual babi...
Quote epal_ijau 16-10-2017 04:25 PM
she is sooo pretty.. pada mata iolls dia lagi cantik dr pushpa & thanuja. cuma x bape tinggi. klau tinggi sure da wakil malaysia ratu cantik.

cite adiwiraku mmg best. iolls tgk kat astro first. patut tayang masa Hari Guru.
Quote missmarvolo 16-10-2017 04:26 PM
karipapcinta replied at 16-10-2017 03:53 PM
tu semua alasan, kalau kita boleh hindari makan babi (walaupun banyak kedai jual babi dan arak kat ...

momod mintak jadi mediator please.

Thank you.
Quote simatakucing 16-10-2017 04:32 PM
Tahniah senggeta,iols pon bermata coklat dan berkulit kuning langsat eh tetiber

Lihat semua komen(66)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050265s Gzip On
To Top