Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Oct
13

Kempen ‘Drive On’ Baru Dari Shell Helix Ultra Untuk Membangkitkan Semangat Pemanduan

13-10-2017 10:56 AM | Dilihat: 233| Komen: 0

Kempen terbaru yang dibawakan oleh minyak motor sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra, iaitu kempen jenama global ‘Drive On’, bertujuan untuk menonjolkan pentingnya meraikan sebab di sebalik pemanduan dan emosi yang dibangkitkan menerusi satu siri filem yang menakjubkan.
 
Tujuan utama kempen ‘Drive On’ dari Shell Helix Ultra ini ialah untuk memberikan inspirasi kepada pemandu dan pemilik bengkel untuk mengatasi cabaran seharian dan meneruskan semangat mereka terhadap pemanduan dan pengembangan perniagaan mereka.
 
“Bukan mudah bagi para pemandu untuk benar-benar memahami kepentingan minyak motor, dan lebih susah lagi bagi pihak bengkel untuk menyedarkan pemandu supaya mengambil berat dalam hal tersebut. Dengan kempen ‘Drive On’ Shell Helix Ultra, kami menunjukkan kepada pemandu di Malaysia bagaimana minyak motor kami yang sintetik sepenuhnya ini dapat menyemarakkan lagi semangat untuk mereka memandu. 

"Tidak kiralah jika mereka memandu kerana ngauman enjin, atau untuk merasai kebebasan di jalan yang terbuka, Shell Helix Ultra direka untuk melindungi enjin kereta daripada rintangan yang boleh mengganggu prestasi supaya para pemandu dapat menikmati perjalanan yang menyeronokkan,” kata Troy Chapman, Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania.

 
Tambahnya, “Dengan Shell Helix Ultra, yang diperbuat daripada gas asli, pemandu boleh meyakini bahawa setiap penukaran minyak didatangkan dengan teknologi termaju yang membawakan perlindungan yang tiada bandingannya bagi prestasi enjin yang terbaik. Bagi rakan niaga kami pula, ia memberi keyakinan kepada mereka, kerana mereka tahu bahawa mereka dapat menawarkan produk pelinciran yang terbaik di pasaran serta mereka sentiasa mendapat sokongan daripada kami. Yang paling utama, semua yang memilih Shell Helix dapat menikmati faedah dan ganjaran serta-merta.” 
 
Teras kempen ini adalah program kesetiaan pelanggan dan perniagaan bersepadu  yang dikenali sebagai ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE).
 
Menurut Encik Chapman, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang melancarkan SHARE, yang mencerminkan komitmen Shell untuk memastikan urusan pelanggan dan rakan niaga berjalan dengan lancar.
 
Bagi pemandu yang membeli sama ada Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage, HX7 atau HX5, mereka akan dapat menyertai dunia ganjaran SHARE dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share. Ini termasuklah baucar bagi seluruh gedung di Lazada bagi pendaftaran kali pertama dengan pembelian, tawaran 3-dalam-1 bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan untuk penukaran minyak dan promosi bermusim.


Bagi mereka yang mempunyai kereta berusia di bawah lapan tahun dan perbatuan kurang daripada 150,000 km, mereka juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) secara percuma bila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7. Waranti enjin yang unik dan pertama seumpamanya di pasaran ini kini merupakan sebahagian daripada program SHARE.
 
Untuk mempermudahkan lagi program ini, Shell telah menghasilkan app mudah alih SHARE yang mesra pengguna bagi rakan niaga untuk membantu mereka mendapatkan dan mengekalkan pelanggan serta menguruskan inventori dengan lebih baik. App ini juga membolehkan pemilik bengkel dan mekanik mengumpul mata dengan setiap produk Shell Helix yang mengambil bahagian yang dijual kepada pengguna, dan menebusnya untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik.
 
Sempena dengan pelancaran kempen tersebut, Shell Helix 'Drive On' Roadshow akan diadakan di lokasi terpilih di seluruh negara bermula pada 13 Oktober hingga 24 Disember 2017 dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi. Dua puluh lima pemenang bertuah juga akan membawa pulang hadiah Ferrari dalam pertandingan media sosial Shell Helix #IDriveFor. Sila kunjungi www.shell.com.my/driveon untuk malumat selanjutnya.
 
Sebagai salah satu daripada pasaran terpenting di Asia, pengguna di Malaysia berpeluang menikmati pelbagai produk dan program yang dipelopori oleh Shell Helix.
 
Pada tahun 2014, Shell Helix merupakan jenama yang pertama (dan masih lagi satu-satunya jenama) yang memperkenalkan minyak motor dengan minyak asas yang ultra bersih yang dihasilkan daripada gas asli menggunakan Teknologi PurePlus oleh Shell yang membersihkan enjin dari dalam.


Tahun lalu, ia merupakan jenama minyak motor pertama yang menawarkan Waranti Enjin Shell Helix atau S.H.E.W. yang pertama seumpamanya.
 
Tahun ini, Shell Helix bekerjasama dengan Waze dalam kempen pemenang anugerah yang memberi amaran kepada pengguna mengenai kawasan kemalangan sepanjang tempoh Ramadan dan Aidilfitri, yang merupakan yang pertama di Asia. Malaysia juga merupakan pasaran pertama yang melancarkan Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di Lazada Malaysia dan memberikan akses kepada pengguna di seluruh negara untuk mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen dan diperolehi dari sumber rasmi.  

Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran dan faedah memilih Shell Helix, sila layari www.shell.com.my/share. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044590s Gzip On
To Top