Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Suri Cruise Rayu Jumpa Tom - Dah Kenapa Sampai Rayu Bagai Ni?

12-10-2017 05:30 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 4200| Komen: 35

Anak mana tak sayang ayah dan anak mana tak rindukan ayahnya jika terpisah jauh. Itulah dugaan yang sering dialami anak kepada pasangan yang sudah berpisah.

Ingat lagi anak perempuan Tom Cruise, Suri yang comel tu? Terbaru, dia dilaporkan terlalu merindui ayahnya selepas bertahun tidak bertemu! 


Foto: Vanity Fair

Memetik Hollywoodlife, anak kepada Tom Cruise, 55, dan Katie Holmes, 38, itu dilaporkan merayu untuk bertemu bapanya selepas empat tahun tidak bersua muka.

Menurut majalah Star seperti dipetik Hollywoodlife, Suri terlalu ingin bertemu Tom sehingga dia tertanya-tanya adakah dia ada membuat kesilapan sampai bapanya enggan berjumpa dengannya lagi.

Dalam masa sama, Katie mendakwa dia ada menjelaskan situasi sebenar kepada Suri. Dia berkata, kesibukan Tom dengan kariernya menyebabkan dia tak berkesempatan menjenguk puterinya itu.



Bagaimanapun, Suri anak yang pintar dan sudah tak mahu percaya lagi dengan alasan sedemikan kerana dia tahu yang bapanya sering menghabiskan masa bersama anaknya yang lain iaitu Connor dan Isabella, kata sumber.

Tambah sumber itu, Tom dan Suri sering berhubung menerusi aplikasi Skype, namun Suri mahukan lebih lagi iaitu untuk mereka bertemu.



Sementara itu, portal hiburan Gossip Cop mendakwa majalah itu hanya mengada-adakan cerita sahaja.

"Semua cerita itu tak betul," kata wakil Katie kepada Gossip Cop.

Malah, jurucakap itu mengakui pihaknya ada memaklumkan kepada Star bahawa dakwaan mengenai Suri itu adalah '100 peratus tak benar'. 

Namun, majalah itu sengaja tak mengendahkannya kerana mahu 'melariskan' jualan mereka.


Foto: Mail Online

Alamak, mana satu nak percaya ni? Anda pula? - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 35
Komen

Previous : Shah Rukh Khan Bagi Amaran, Jangan Rakam Gambar Anak Bongsunya Lagi

Next       : Nak Selena Gomez Buat IG Review Kena Sediakan RM2 Juta, Ada Berani?

Komen Terbaru

Quote sinalegna 16-10-2017 10:16 PM
Suri dah besau bnyk ikut muka apak. Dulu kecik comey mcm mak

Lain-lain Komen

Quote melinda_kerr 12-10-2017 05:31 PM
dulu suka betul stalk dia ni...suka tgk fashion2 Suri. since divorce nampak Suri ni dah mcm anak-anak biasa yang lain. Mungkin itu yg Kate mahukan...dah nampak biasa dah Suri skrang..
Quote CiliPadiSedap 12-10-2017 06:25 PM
urm kokesen ni kena repair lg baka dia?
Quote damian_lee 12-10-2017 06:30 PM
Tom cruise versi tino
Kalau kat malaysia mungkin kena tuka Suri Jate
Sbb tino merujuk penyanyi lelaki
Quote mizkajura 12-10-2017 07:19 PM
Kesian kat anak. {:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote mummyAS91 12-10-2017 08:32 PM
aduhaii anal....bertabahlah... comelnyer suri
Quote Orix 12-10-2017 09:10 PM
mummyAS91: aduhaii anal....bertabahlah... comelnyer suri


Anal?? {:question{:question
Quote MyNameIsIris 12-10-2017 09:59 PM
Erk kenapa nampak suri tak berapa menjadi sangat rupa? Mak dia pun macam dah tua sangat je...
Quote idakamaruddin 12-10-2017 11:05 PM
awat muka suri x lawa wey

dulu kecik2 kemain mendivaaa sume org nk tgk dia

skg? nan hadooo sgt{:nose
Quote DeeHanania 12-10-2017 11:07 PM
Suri masa kecik dlu,comel
Da besar,abis muka c Tommy...
Katie da nmpk ibu2 yg biasa g antar,ambik anak
Xde bergaya sakan lepas duk kat NY
Quote merrissa 13-10-2017 12:00 AM
kannn nampak keras lak muke si suri nji
Quote matchstick 13-10-2017 12:43 AM
gmbr last tu dua2 ibu dan anak x lawa dah..
Quote RatuDunia94 13-10-2017 01:20 AM
Kira x menjadi sgt lah genetik Suri ni?
Quote nisako 13-10-2017 08:47 AM
sian suri...,,,,,
Quote nut.legacy 13-10-2017 09:19 AM
suri dah besar lain skit muka dia. masa kecik dulu kemain cute lg
Quote RooneyMara 13-10-2017 10:04 AM
Kesian nya. Tp mmg ada agreement kan between Katie and Tom tu. Mcm pernah baca somewhere. Katie nak full custody n limited visitation, so Tom punya syarat is to ban Katie for public dating for 5 years.

Katie mcm claim Tom ni psycho kot tp Tom ni I nampak rapat sgt sgt ngan anak2 angkat dia.

Quote mieymiey 13-10-2017 10:11 AM
Dah besar dah Suri. Dulu masa kecik, kemain comel.
Quote -electrifying- 13-10-2017 10:33 AM
suri xnk jdi suri hati abg?
Quote leylapple 13-10-2017 10:54 AM
ngaper katie nampak tua sangat?
Quote ariellin 13-10-2017 10:57 AM
sok besar kmpem lawa sbb tom masa zaman top gun kemahenn ensemm

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053080s Gzip On
To Top