Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tiada Masalah Ultras Malaya Nyanyi Lagu Kutuk FAM Kerana Kecewa- TMJ

12-10-2017 01:04 PM |Dilihat:1541| Komen: 29

sumber : internet


Susulan pasukan bola sepak negara tewas di tangan Hong Kong 0-2 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 Selasa lalu, kumpulan penyokong Malaysia, Ultras Malaya dikatakan bertindak menyanyikan lagu 'FAM Bangsat' semata-mata untuk melepaskan rasa kecewa terhadap kekalahan tersebut. 

Sehubungan itu, Memetik laporan Kinitv, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata baginda sedikit pun tidak ambil hati (terguris) dengan tindakan Utras Malaya itu sambil menegaskan adalah tidak salah untuk berasa kecewa.

"Macam Semalam, Ultras Malaya mula nyanyi lagu 'FAM Bangsat', it's ok ( tidak mengapa) no Problem ( tiada masalah)"

"Saya pun nyanyi benda itu juga dulu. I use to sing the same song"

TMJ berkata demikian ketika sesi soal jawab di JDT Cafe yang disertai ahli panel jemputan Abu Bakar Atan, Tabah Syazwan dari Media Prima Berhad, Vijhay Vick dari FourFourTwo dan Ooi Kin Fai dari Goal.com yang mewakili penyokong bola sepak tempatan.- CARI




Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 29
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sinalegna 13-10-2017 09:25 PM
silencekiller replied at 13-10-2017 12:53 AM
Ramai tak sedar.. punca utama players Malaysia macam sampah sebab perangai haram jadah depa sundri p ...

Manax diva.. br puji skit perform bagus dah kapel ngan retis. Mmg kelaut la jwb nye

Glemer pnye pasal

Lain-lain Komen

Quote melayu.asli 12-10-2017 01:09 PM
Royalty ke macam ni?

Cuba orang nyanyi Johor Bangsat....kau senyum tak?
Quote lolita737 12-10-2017 02:36 PM
ye kew??

td baca kat fb dia nak cari mamat yg pakai cap merah tu.. suruh jumpa face to face..
Quote axl_bach 12-10-2017 03:12 PM
Hmmmm, mesti panas dah bontot TMj dok kerusi presiden FAM....Silap TMJ dia x faham realiti dan x realistik.....pada aku TMj did a good job, dia punya aim nak re-construct balik organisasi pentadbiran FAM agar jadi lebih profesional mcm pengurusan JDT, tp dia x sedar yg massa x kisah pun pasal urustadbir nih, yg massa nak result, nk tgk perubahan atas padang...tu jer......FAM untung ratus juta setahun pun kisah apa kalo pasukan kebangsaan main serupa bangsat...

begitupun silap TMJ dan group publisiti dia gak sbb sblom nih acap ditonjolkan kemampuan TMJ mentadbir dgn mengambil cerita kejayaan hebat JDT dlm tempoh yg singkat, xder plak citer berapa untung yg JDT buat sedari pengambilalihan TMJ dan selepas beberapa ratus juta yg dah dikeluarkan.....sedangkan hakikatnya nak bawa pasukan kebangsaan jadi satu pasukan berjaya x semudah nak jadikan satu kelab berjaya dlm saingan domestik, sbb katakuncinya MONEY IS KING

Dah selalu sgt dok up kisah kehebatan diri dgn kejayaan kutip piala2 saban tahun mmg fans expect yg HM akan jadi something lah bila TMJ pegang......

Now mendapatlah, hahahahahha

Quote lolita737 12-10-2017 03:30 PM
axl_bach replied at 12-10-2017 03:12 PM
Hmmmm, mesti panas dah bontot TMj dok kerusi presiden FAM....Silap TMJ dia x faham realiti dan x rea ...

betul tu..

kadang2 bila tgk game2 international HM ni sy rs mcm badi pula pd TMJ..nk describe kan mcm mna pun xtau.

cthnya mcm si sapik rahim kena kad merah ari tu la..selalu klu pihak lawan ada game dgn JDT mesti pemain pihak lawan yg selalu kena kad merah walaupun kesalahan tu kecik..tp bila peringkat international pemain JDT pulak yg buat hal..pemain negeri lain elok je main behave sikit.
Quote axl_bach 12-10-2017 03:37 PM
lolita737 replied at 12-10-2017 03:30 PM
betul tu..

kadang2 bila tgk game2 international HM ni sy rs mcm badi pula pd TMJ..nk describe k ...

Tp teori aku sebenarnya TMJ pun sedar yg pasukan kebangsaan kita xkan ke mana pun sbb kualiti kita fizikal dan mental mmg xder....aku rasa dia setuju pegang FAM sbb nk bantu JDT capai kejayaan dan mencipta kejayaan di peringkat Asia dengan lebih mudah.....sbb tu dia usulkan pertambahan pemain import sbb ikutkan import yg banyak utk liga M x membantu malahan membantutkan perkembangan pemain tempatan, tp dgn pertambahan import peluang JDT nak beraksi di ACL lebih cerah....
Quote lolita737 12-10-2017 03:39 PM
axl_bach replied at 12-10-2017 03:37 PM
Tp teori aku sebenarnya TMJ pun sedar yg pasukan kebangsaan kita xkan ke mana pun sbb kualiti kita ...

betul.. itupun sy sokong..

tambah2 sekarang nk kena apply lesen club la apa lah..sbb baru2 ni baca pasukan kedah, kelantan xsilap xlepas utk permohonan lesen..dr situ dh rs mcm something fishy je..

klu baca komen kt fb..byk je komen2 yg mmg sy sokong.nmpk mcm JDT nk naik dgn mudah..
Quote taji2906 12-10-2017 03:46 PM
aku rasa x patut fam kena semua bangsat tu. patut separuh bangsat bagi kat player sendiri. main cam bangsat gak aku tgk. kapten tak boleh control baran, mcmne nk pimpin team?
pasukan mesia ni pd aku bakat ada tp mentaliti, stamina, creativity, decision semua hampeh.. boleh dibaiki tp memerlukan coach yg hebat n players sendiri harus berubah utk maju lebih baik
Quote axl_bach 12-10-2017 03:56 PM
Edited by axl_bach at 12-10-2017 03:58 PM
taji2906 replied at 12-10-2017 03:46 PM
aku rasa x patut fam kena semua bangsat tu. patut separuh bangsat bagi kat player sendiri. main cam  ...

Nak majukan kualiti pemain kita nak x nak player sendiri kena berani keluar dari kepompong liga M, main di liga luar....masalahnya dlm liga M lebih mewah, lumrah lah sapa xnak gaji mahal usaha kurang semua org nak camtu.....dok liga M x perlu struggle bleh dpt tempat gaji pun mewah, join liga Thai blom tentu dpt main dgn kelab pertengahan pun, dah lah bayaran ciput......so sampai bila2 lah kualiti pemain kita camtu....

logik TMJ, dia nk pasukan liga M beraksi di peringkat Asia mcm ACL dan AFC Cup, dgn tu kualiti pemain akan meningkat....dey, Chopot tu siap dapat MVP final AFC Cup 2015 apa kualiti yg dia dah tunjukkan??yet dialah the best player yg kita ada,sedeyyyy

So sekadar main di saingan liga ACL dan AFC x memadai utk player naikkan mutu permainan, dorg kena keluar cuba rebut tempat dan jadi star di liga luar, dgn tu baru ada peningkatan mutu permainan dan mentaliti....ko dah jadi star di Bangkok Glass/Muangthong/Sydney Antlers dll maksudnya ko dah satu level lebih baik dari pemain di liga tersebut....takat main liga M pastu beraksi sampingan di ACl/AFC Cup xder lah impak besar sgt sbb sebahagian besar masa masih dlm kepompong liga M
Quote shamsadis 12-10-2017 03:57 PM
ko tadbir la macam mana sekalipun, yang main atas padang tu pemain orang Malaysia sendiri aku tak kisah kalah, asalkan jangan amik pemain asing sarung jersi kebangsaan dah...
Quote axl_bach 12-10-2017 04:03 PM
shamsadis replied at 12-10-2017 03:57 PM
ko tadbir la macam mana sekalipun, yang main atas padang tu pemain orang Malaysia sendiri  aku  ...

Buka minda bro, now apa yg pasukan kita perlukan adalah naturalisasi.....bukan suruh amik satu team sumbat foreigner mcm Hong Kong tu cukup lah 2-3 player yg jadi key mcm posisi playmaker, centreback dah buat pelan jangka pendek....utk naikkan imej dan bentuk balik winning mentality dlm pemain kebangsaan.....JDT dah buktikan dgn perubahan minda player dorg dan dgn kehadiran pemain import dorg mampu mencabar at least pasukan level sederhana Asia macam juara liga Thai, so dgn teori yg sama kalo pasukan kebangsaan dpt guna naturalisasi (yg benar2 berkualiti) mungkin jangka pendeknya kita bleh bersaing dgn pasukan2 level sederhana Asia mcm Bahrain, Qatar, UAE kalopun masih blom bleh mencabar jagoan Asia mc Jepun,Iran, Uzbek, dan Korea Selatan
jangka panjang kena pastikan pemain2 berpotensi kita keluar beraksi di liga luar baru kualiti pasukan kita akan meningkat

Quote shamsadis 12-10-2017 04:15 PM
axl_bach replied at 12-10-2017 04:03 PM
Buka minda bro, now apa yg pasukan kita perlukan adalah naturalisasi.....bukan suruh amik satu tea ...

mentaliti tu pemain, baru kena terjah ko dah pijak pihak lawan, tu pasal kena kad merah. budak2 bawah umur bermain baik, tapi kenapa bila dah dewasa kelaut? sebab mentaliti kedewasaan






Quote axl_bach 12-10-2017 04:17 PM
shamsadis replied at 12-10-2017 04:15 PM
mentaliti tu pemain, baru kena terjah ko dah pijak pihak lawan, tu pasal kena kad merah. budak2 ba ...

Hmmmm, NFDP pun kelaut main lawan Jepun.......
Quote taji2906 12-10-2017 04:26 PM
shamsadis replied at 12-10-2017 04:15 PM
mentaliti tu pemain, baru kena terjah ko dah pijak pihak lawan, tu pasal kena kad merah. budak2 ba ...

sebab mentaliti kedewasaan.. betul gak tu. budak2 muda player mesia semua bagus2.
tp dah dewasa terus hanyut. kena ada guide dalam n luar padang gak. mental coach kena ada.
ni da lepas baligh, nk rapat dgn retis2, pakai barang bergaya sakan tp game makin ke laut.. lg 1, rambut kena stail lebey.. ahhaha
hope budak2 muda mesia dapat dibimbing dgn betul. pemakanan yg betul. baru la blh bwk perubahan
Quote shamsadis 12-10-2017 04:44 PM
taji2906 replied at 12-10-2017 04:26 PM
sebab mentaliti kedewasaan.. betul gak tu. budak2 muda player mesia semua bagus2.
tp dah dewasa t ...

jiwa anak remaja main bola lain, diaorang main betul2 untuk negara, tapi bila dah dewasa, kelaut, semangat tidak membara, semangat nak menang takder, jiwa bolasepak takder. perjalanan kedewasaan diaorang ni dah tak betul. masyarakat kena betul, baru pemain bolasepak betul.
Quote dodifarid 12-10-2017 04:57 PM
Bolasepak malaysia susah nak maju sebab pemain lembik, tak sanggup latihan keras..dulu ada coach malaysia alan harris terapkan corak permainan laju dan kawalan kemas.. masa tournament kat indon semua team asean kena buli habis dengan malaysia termasuk tuan rumah..  

Tapi alan harris tak lama pun kemudian FAM buang, sebab bila pemain dah tak tahan dengan latihan keras alan harris depa pakat2 main hambar dan main untuk bagi kalah..bila kalah,fam buang coach..pemain lega, lepas tu boleh la buat latihan macam budak sekolah balik...

Nasib yang sama juga berlaku kat karl heinz weigang, bila pemain perak tak tahan latihan keras,pakat2 bagi kalah... benda macam ni takkan dibuat oleh pemain thai, korea, jepun, walau macam mana teruk latihan coach bagi, depa redho..

Nak bagi bolasepak malaysia maju FAM , persatuan negeri dan kelab malaysia kena paksa pemain buat latihan lasak,keras..baru ada speed, ada stamina macam thai,jepun, korea,chile,mexico..yang saiz fizikal sama malaysia.. klo pemain tak mau juga terima latihan lasak sampai boikot coach bagai suruh je depa pi kerja kilang, biar bolasepak malaysia dan liga tak wujud pun takpa...
Quote nisako 12-10-2017 05:05 PM
kalah lagi....................habis la..........
Quote OmJualGas 12-10-2017 05:21 PM
Relak la...juara dunia pun kadang-kadang kalah la juga tau....
Quote cHimo 12-10-2017 05:22 PM
Ambik la mana2 pemain import yang beraksi dgn baik kat liga untuk jadi pemain kebangsaan.. tak payah nak ego sangatlah.. Spain tuh pun ambik Diego Costa juga..
Quote dockers 12-10-2017 05:34 PM
OmJualGas replied at 12-10-2017 05:21 PM
Relak la...juara dunia pun kadang-kadang kalah la juga tau....

itu juara dunia tak selalu.. ni selalu kalah.. dahla bukan juara

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.061719s Gzip On
To Top