Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Penat Tok Vida Melaram Pakaian Hot Tapi Tak Dapat 'Bercakap'

12-10-2017 10:12 AM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 9171| Komen: 107

Bukan main lagi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida terasa hati apabila pihak Astro tidak memberi peluang untuknya bercakap di sidang media Gegar Vaganza, kelmarin.



"Kenapa tahun sebelumnya saya dipanggil memperkenalkan diri, tapi musim ini saya langsung tidak diberi peluang untuk bercakap," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Vida, dia berasa seperti terhegeh-hegeh pula apabila hadir ke majlis berkenaan sedangkan dia adalah penaja utama program itu untuk empat musim.

"Saya dibiarkan duduk seperti ‘tunggul kayu’. Saya rasa sedih, malu, marah dan sakit hati tapi saya kawal perasaan ini kerana tidak mahu dianggap seperti buat 'drama'.

"Saya mengharapkan pihak Astro memberi saya peluang bercakap kerana ini adalah platform untuk saya mempromosikan produk.

"Sudahlah saya bersusah payah melaram mencari pakaian yang 'meletop' untuk hadir ke majlis itu tetapi langsung tidak diberikan peluang bercakap sepatah pun,” ujarnya.


Foto: IG Vida

Tambahnya lagi, dia berharap sangat Astro tebus semula tindakan dan layanan yang diberikan terhadap dirinya.

"Pihak Astro ada menghubungi saya, tapi jiwa saya masih kacau. Saya masih tidak boleh lupakan perkara yang berlaku. Bagi saya ruang untuk dapatkan semangat ini semula," katanya.

Sementara itu, pihak Astro enggan memberi sebarang komen mengenai kenyataan Vida itu.

Kasihan Tok Vida tak dapat mempromosi produknya. Tapi kan, anda suka ke bila Tok Vida dah mula bersuara dalam sesuatu majlis? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 107
Komen

Previous : Lepas Pengacara, Mat Dan Sekarang Jadi Pelakon Pula

Next       : "Tiz Zaqyah Banyak 'Komplen'? Nanti Saya Lantik Jadi AJK" - Zed Zaidi

Komen Terbaru

Quote anisanim 17-10-2017 07:25 PM
Sabo ye dato V , jgn merajok lama2..

Lain-lain Komen

Quote lostfaith 10-10-2017 07:02 PM
Sila mereput lah acik vida....ni rancangan gv buakan rancangan acik vida. Afmega star...pun aliff syukri takdelah over sgt....
Quote kiah_mai_pulak 10-10-2017 07:02 PM
Dia ni last2 masuk hospital gila gak ujung2 nnti
Quote Aduradura 10-10-2017 07:05 PM
Tp betul jugak , dah kenape kau asteruk, atleast sebut la nama penaja, tok vida i am mee ni...ke kfc lagi penaja yg besar kekeke
Quote tensic~ 10-10-2017 07:12 PM
Dia ni kelakar la.. aku gelak
Quote Arry 10-10-2017 07:15 PM
walaupun dia gittewww.... mmg betullah at least asterok sebutlah nama penaja, bukannya dia nak overshadow bercakap ker haper.... berjuta tu dia sponsor kau hengat sehengget dua???
Quote gerbera.memopad 10-10-2017 07:20 PM
Tak sebut langsung atau diumumkan tp tak dipelawa berucap?

Kalau tak sebut langsung mmg memintak la Astro. Penaja kut tu.
Quote lostfaith 10-10-2017 07:23 PM
Tak sebut ke atau tak jemput dia merempan??? Beza bnayak tuh.
Quote CiliPadiSedap 10-10-2017 07:24 PM
astero kan kaya ada ananda krishnan.. low class tak de duit nak sponsor
Quote wirazam 10-10-2017 07:26 PM
mohon tuk vida tarik balik penajaan...dan sebaliknya taja student2 nak sambung belajar kat IPTA nun
Quote mommymonster82 10-10-2017 07:50 PM
Sj kot ni creat kontroversi.. xknla saja2 astro xsebut..
Quote amiekz86 10-10-2017 07:55 PM
I klu jd penaja...klu depa x sbut nma lgsg...mmg I pn angin..
Quote amiekz86 10-10-2017 07:56 PM
ckp mai..sapa yg x angin...
x pyh la..dok gebang kata x angin
Quote amiekz86 10-10-2017 07:56 PM
duit habih byk kot...hargai la sama
Quote katibism 10-10-2017 07:57 PM
Mohon nenek vida ni tarik balik tajaan mcm sheols buat kt KAFA
Quote samasam90 10-10-2017 08:00 PM
mungkin sheolls bukannya penaja utama.. kosser la kan kalau kau bukan penaja utama lelebih pulak.. btw, kering ke tandas yg sheolls masuk tu?
Quote adel7 10-10-2017 08:00 PM
Letih la tgk badut2 penaja mana2 program skrg ni
Quote aramcna 10-10-2017 08:03 PM
Primadona mental problem
Quote samasam90 10-10-2017 08:03 PM
meolls baru tgk part 1.. sheolls tak kena jemput bercakap je... sheolls kata tadi (kalau tak salah dgr la), ada je pamoga tadi, tapi sheolls tak kena panggil buat ucapan.. mohon mereput je lah dsv
Quote jetrofa 10-10-2017 08:05 PM
mustahil tak d sebut... mungkn sheol expect the jemput ke pentas menghidang ayam mee tu..

Lihat semua komen(107)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054111s Gzip On
To Top