Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Luar Biasa! Sweater Ini Boleh Bertukar Warna Mengikut Cuaca

11-10-2017 06:22 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 1673| Komen: 20

Bayangkan baju yang anda sedang pakai berubah warna mengikut keadaan? Adakah anda akan berasa terkejut atau sebaliknya rasa lebih teruja?

Teknologi masa ini memungkinkan hal itu berlaku. Misalnya baju panas atau sweater termo-sensitif keluaran Stone Island ini.

Dikatakan sweater ini mampu bertukar warna mengikut cuaca sekeliling!

Memetik Oddity Central, sweater termo-sensitif ini merupakan inovasi terbaharu daripada Stone Island. 


Ia merupakan satu jenama yang sinonim dengan rekaan kreatif yang menggabungkan teknologi dalam setiap produknya. 

Sebelum ini, jenama ini sempat memperkenalkan baju yang mampu pudar warna dengan hanya sentuhan tangan. 

Bagi sweater terbaharu ini ia dikenali sebagai Ice Knit yang mempunyai lapisan luar daripada benang termokromik yang menyebabkan warnanya berubah jika bersentuhan dengan udara sejuk. 

Dikatakan pigmen bebenang termokromik ini akan bertukar menjadi transparen jika berlakunya perubahan suhu ini. Ia sterusnya menyebabkan lapisan dalam baju yang berlainan warna, akan menonjol. 


Pun begitu, perubahan warna ini terjadi dengan sangat perlahan. Oleh itu ia sering kelihatan seperti sepasang baju yang pudar warnanya. 

Buat masa ini sweater ini dijual dengan 3 kombinasi warna iaitu kuning oren, zamrud hijau dan juga krim kelabu. 

Dari segi harga, anda pasti sudah boleh mengagak ia dijual dengan harga mahal. dikatakan sepasang sweater ini dijual dengan harga USD1,726 atau bersamaan RM7,288! - CARI 

Foto: Carian internet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 20
Komen

Previous : Lelaki Kacak Pandai Masak, Terjun Dari Cari Gali Minyak Ke Dunia Kulinari

Next       : Nak Jadi 'Cantik' Sangat, Muka Lelaki Reput Selepas Pembedahan

Komen Terbaru

Quote deltoid 19-11-2017 02:34 PM
bagus lah.

Lain-lain Komen

Quote mummyAS91 11-10-2017 08:41 PM
wowwwww......
Quote RatuDunia94 11-10-2017 08:55 PM
Mahalnya... Setakat tukar2 kaler je pon..
Quote KuewTeuwKungFu 11-10-2017 09:05 PM
macam2 teknologi skrg...tp mnarik
Quote ~boolean 11-10-2017 09:15 PM
buruknya merah dia..macam darah haid
Quote DeeHanania 11-10-2017 09:23 PM
Asal nmpk mcm baju buruk jek...
X lawa kaler yer
Quote kimchipedas 11-10-2017 10:28 PM
Wahh luarbiasa tp rega
Quote maryamamina 11-10-2017 11:29 PM
Boleh lah suh dato alip beli
Quote WhiskeyScotch 11-10-2017 11:34 PM
Tak berbaloi. Budak-budak mungkin suka la kot.
Quote Burong_Hantuk 11-10-2017 11:37 PM
sudah beli.tapi jenama enporio armani.selesa
Quote raradhia 12-10-2017 12:01 AM
boleh laa indon jongos yg beli nanti claim jd keluarga sesumpah plak yerrr, tu pun kalau mampu lah!
Quote raradhia 12-10-2017 12:04 AM
Burong_Hantuk: sudah beli.tapi jenama enporio armani.selesa


jenama apa tu nek? byk zaman dah nenek tertinggal ni. . {:smile
Quote precious_chicas 12-10-2017 01:05 AM
dengan harga tu boleh beli sebanyak mana lagi branded sweaters pelbagai kaler, then sila pakai ikut hari dan warna kesukaan.
Quote mrizumi 12-10-2017 08:55 AM
Mahal btul..

Quote nisako 12-10-2017 11:42 AM
wah mahaiyeeeeeeeeeeeeeeee
Quote Artemesiaa 12-10-2017 12:27 PM
Wah kreatif mesti ramai yang beli sempena musim luruh ni
Quote Despacito 12-10-2017 03:02 PM
Harga dia buat muka aku berubah warna
Quote rogayahtop 13-10-2017 09:41 PM
luar biasa mendenya. tahun akak lahir 1990an pun dah ade teknologi tshirt heat sensitive nih. dah bankrup dah pun hypercolor.

Quote notyghosty 19-10-2017 11:15 AM
wahhhhh.... x sangka lak ada baju mcm ni...  
Quote rukia2 19-10-2017 11:21 AM
~boolean replied at 11-10-2017 09:15 PM
buruknya merah dia..macam darah haid

Yg tgh bertukar warna dr kuning ke merah tu lg lah cm pad sdg d warnai darah tutt

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.045445s Gzip On
    To Top