Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Kalau Tak Pakai Cermin Gelap, Hidup Saya Tak Tenteramlah Tuan Polis - Aliff Syukri

11-10-2017 01:43 PM |Dilihat:4644| Komen: 51



Jutawan kosmetik, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman memang dikenali ramai kerana gemar berceloteh dan kerap memuat naik status "mengundang" di media sosial. Namanya sering terpalit dengan kontroversi-kontroversi panas yang tidak pernah henti.

Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Aliff telah memuat naik gambar surat dari pihak polis yang menyatakan permohonannya untuk memasang cermin gelap pada empat kereta persendiriannya telah ditolak.
 
"Dah mohon, kena tolak. Tak mohon, kena saman. Kalau tak pakai (cermin gelap), hidup saya tak tenteramlah tuan polis. Tolonglah saya," tulisnya. 




Statusnya itu sekali lagi mengundang kritikan netizen yang menganggap Aliff tidak wajar mengeluh kerana penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan untuk orang kenamaan (VVIP) dan pesakit kulit yang disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan sahaja.

" @aliffsyukriterlajaklaris atas alasan ape polis kena luluskan ko nak pakai tinted hitam?semata2 kerana bergelar dato seri dan jutawan belum layak la der..kau bukan PM,bukan ketua angkatan tentera bukan ketua polis bukan orang yang berdepan dengan ancaman keselamatan atau ade masalah kulit yang x boleh kena pancaran matahari cuma jenis gedik dan attention seeker jer pun.kalau rase x tenteram sebab faktor keselamatan tukar je lah cermin kalis peluru ataupun upah armed bodyguard untuk escort ke hulu ke hilir..susah kalau jenis x faham bahasa dan nak dapat layanan lebih nih" - kata hizam_izani


"kalau nak tenteram pakai bullet prof aje uols. ataupun pakai je mine anti bomb. nak gelap buat ala ala langsir tu bila nil tutupkan langsirnya hahah" - kata hairul_faiezi

"10 kali saman baru seribu... X luak pun duit" - kata radhiloveyana



Segelintir netizen yang lain pula menasihatkan Aliff agar tidak terlalu pamer kemewahan hidup di media sosial bagi mengurangkan risiko menjadi sasaran penjenayah. - CARI




Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 51
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MelZ_Eulalia 24-11-2017 03:15 PM
kaya tapi bingai

Lain-lain Komen

Quote wnwa05 11-10-2017 01:51 PM

poyonya. pasang sudah.. bersepah2 dato pakai cermin gelap...rakyat marhain pun ramai. kena saman bayarlah dah ada duit sangat. hadoi
Quote Themilo 11-10-2017 01:57 PM
dia ingat dengan title dato, dengan kereta menjalar & duit berkepok, seluruh dunia dia boleh beli?

Mohon sujud ke tanah kembali. jangan terlebih riak, takbur & show off.  
Quote harkktuih 11-10-2017 02:01 PM
Hidup x tenteram bagai pastu show off 24/7..
Quote matseh 11-10-2017 02:03 PM
Di Malaysia. 95% buleh membaca. 5% dah dapat pangkat datuk. Tindakkan betul. Kalau di bagi nak tinted. Berjuta2 akan pohon dapat tinted. Buleh caj satu cermin RM100. Satu kereta RM500 (+cermin belakang). MPV RM700. Banyak juga tu, beratus ribu kereta datuk2 kat malaysia ni.
Buleh buat duit tu, kalau rakyat miskin nak tinted pun buleh, bayaran sama gak RM100/cermin. Maksud miskin ialah yg pakai Proton Perodua dan kereta2 jepun/korea model lama sbb tak sanggup/mampu tukar baru sbb loan  9 tahun.
Quote zie_indah 11-10-2017 02:13 PM
Hahahahaa sejenis blagak nai2 duit bnyal bayo jelah saman tu ..kikiii
Quote antidote 11-10-2017 02:50 PM
hahaha langsir langsuir
Quote -electrifying- 11-10-2017 02:50 PM
kecah dia ni
Quote MissVixen 11-10-2017 02:53 PM
Kenapa ye tak boleh pakai cermin gelap? Sejuk siket kereta.
Quote vanillaninja 11-10-2017 03:03 PM
Dah kena saman, bayar je la. Just like orang lain yang kena bayar saman sebab kereta tinted gelap. Tak tau la apa issue di sini.
Quote krustykrab 11-10-2017 03:06 PM
lembam lah la atuk ni
Quote fushimi 11-10-2017 03:08 PM
bos aku pun pernah apply untuk pakai cermin gelap

si mangkuk hayung ni bodoh pergi tayang kat public dah kenapa

kan dah kena hencap
Quote Artemesiaa 11-10-2017 03:11 PM
Gigihnya nak tinted gelap perasan orang dok tengok dia time drive ke hapa kowser.  Ni next month dah nak ada operasi pasal ni bertabah le nak bayar saman kalau guna tak ikut speck jpj
Quote nisako 11-10-2017 03:31 PM
macam macam dia ni.................
Quote palmolive 11-10-2017 03:38 PM
apa susah ..bayar la kalo kena saman
Quote lolita737 11-10-2017 03:39 PM
kalau rasa xtenteram duk je umah..

sape suruh suka show off sgt..
Quote DeeHanania 11-10-2017 03:53 PM
Ada2 jer laa c DTL nie
Quote sonatalady 11-10-2017 04:04 PM
Hidup kami pn x tenteram datuk...asyik baca pasal datuk itu datuk ini...
Quote Bonda_Aniey 11-10-2017 04:24 PM
macam2 budak alif nilah...
Quote bintangterang 11-10-2017 04:32 PM
datuk ni sume nk post kat socmed.sok2 gambar terverak pun post jgk ni

Lihat semua komen(51)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.061395s Gzip On
To Top