Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Kecewa Dengan Masalah? Jangan Pilih Jalan Singkat Yang Sesat!

11-10-2017 01:40 PM |Dilihat: 827| Komen: 9

Dalam kehidupan seharian, ramai yang dirundung kecewa atas pelbagai sebab. Ada yang putus cinta, berbalah sesama keluarga, masalah rumah tangga, penyakit kronik, tekanan kerja, bebanan tanggungjawab, masalah ekonomi, perasaan rendah diri dan sebagainya.

Namun, tidak semua yang gagah mengharungi masalah hidup dan berusaha mencari solusi untuk menyelesaikannya. Tidak kurang yang cuba bertahan. Bahkan ada segelintir yang terus berputus asa dan memilih jalan singkat dengan menamatkan riwayat diri dan keluarga. Sedih dan sadis.

Terkini, seorang lelaki ditemui mati tergantung. Manakala isterinya yang sakit dan dua anaknya turut meninggal. Kejadiaan itu disyaki berpunca daripada tekanan hidup. Masya-Allah mohon dijauhkan daripada kita. 


MASALAH TETAP ADA DI MANA-MANA
Tiada manusia hidup tanpa masalah. Bahkan masalah itu bukan sebagai hukuman pada dosa silam. Orang miskin ada masalah. Orang kaya pun tetap ada masalah. Orang baik atau orang jahat, tetap perlu hadapi masalah selagi ia bergelar manusia. 

Bayi pun ada masalahnya. Pernah masuk ICU bayi? Macam-macam masalah yang dihadapi bayi di situ. Saya pernah kehilangan seorang anak saudara yang berusia tidak sampai beberapa minit kerana leher terbelit tali pusat. Manakala seorang lagi anak saudara saya meninggal selepas tiga bulan dilahirkan kerana ususnya berada di luar. Dia hanya sempat pulang setelah menjadi jenazah.

Berat tak perasaan ibu bapa anak-anak kecil itu? Pasti mereka memohon diberikan sedikit lagi waktu agar berkesempatan mendakap bayi mereka lebih lama. Jadi, buat ibu bapa yang sedang berhadapan dengan anak-anak yang sakit bertabah dan bersabarlah. 

Laluilah perjalanan yang telah ditentukan buat anda dengan sabar dan tenang. Usah dihitung terlalu jauh ke hadapan. Hitunglah sesaat demi sesaat. Seminit demi seminit, sehari demi sehari. Biarlah jiwa kita pasrah selagi diberi peluang meledaninya.

Begitu juga pada yang ada isteri, suami atau ibu bapa yang terlantar. Bapa mertua saya baru sahaja pergi selepas 17 tahun sakit terlantar.  Begitu tega keluarga menjaganya. Allahyarham yang sebelum ini sangat cergas ke sana ke mari tiba-tiba terlantar tak mampu berbuat apa-apa akibat serangan strok. Makan, berak kencing dan mandi, semua dibantu. Kalau kita berada di tempatnya bagaimana agaknya perasaan kita? Ya, sabar!


BUKAN MUDAH TAPI BOLEH
Wahai adik-adik dan teman semua, hidup ini sememangnya untuk menyelesaikan masalah. Bahkan jika masalah itu tidak selesai, maka hiduplah kita dengan masalah itu. Akhirnya jadilah masalah itu sahabat kita. Ya, apa masalahnya kalau ada masalah?

Seorang teman saya, kelihatan bersahaja apabila memberitahu bahawa ibunya tidak meninggalkan harta buat dia tetapi ibunya meninggalkan gula! Dia mendapat penyakit diabetes sejak kecil yang diwarisi daripada arwah ibunya. Maka dia dan sahabat kembarnya itu (diabetes) perlu hidup berdiplomasi kerana sukar gula itu meninggalkannya. Sehingga hari ini dia tetap sihat di samping sahabatnya.

Itu baru disebut soal penyakit. Belum lagi soal duit, ekonomi, hutang, pekerjaan, perhubungan, jenayah, politik, kepimpinan dan 1001 macam masalah lagi. Ibaratnya, celik sahaja mata sudah terbayang masalah. 

Kita sedih, rumah kita kecil, flat saja. Ada orang langsung tiada rumah dan tiada negeri untuk berlindung. Menggeletar di dalam kapal, teralun-alun dilambung ombak ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam. 

CARA TANGANI MASALAH
1. Uruskan secara mikro C Masalah tidak boleh dilihat seperti kita melihat gajah. Jika kita lihat semua masalah dalam satu bentuk ia memang menakutkan. Bukan sahaja gajah, tetapi mungkin dinosaur atau jembalang yang kita nampak. Cuba bertenang dan senaraikan semua masalah. Kemudian, selesaikan masalah yang paling kecil dahulu. Setelah itu, barulah yang sedikit besar dan seterusnya yang besar. Ambil masa. Jangan harap hendak selesai masalah dalam jangka masa yang singkat atau serentak.

2. Bukan semua masalah kita C Ada orang memang sangat baik hati. Semua masalah orang dia hendak ambil tahu. Bukan sahaja masalah diri dan keluarganya, masalah kucing jiran kawan dia pun dia cuba selesaikan. Oleh itu, sisihkan masalah yang bukan masalah anda. Hadapi hanya masalah anda sahaja. Kecuali anda Perdana Menteri Malaysia.

3. Jangan cari masalah C Orang ini bermacam-macam ragam perangai dia. Suka menambah masalah. Sudahlah masalah sendiri tidak selesai, dia menambah pula masalah lain. Jadi, sebelum terbabit dengan orang lain atau masalah orang lain, fikirkan natijahnya. Kiasulah sikit.


4. Minta bantuan orang lain C Apabila masalah tidak dapat diselesaikan, segera minta bantuan orang lain yang anda percaya. Usah duduk bermurung memikirkan nasib badan. Carilah alternatif dan dapatkan pandangan orang lain. Minta sokongan keluarga atau rakan karib. Adakalanya orang yang tidak kita kenali pun dengan cara tidak disangka-sangka datang membantu. Paling penting jangan hadapi masalah seorang diri. Berbincanglah dengan orang lain, mereka mungkin punya pendapat yang boleh mendorong anda mencari jalan keluar.

5. Hati-hati dengan orang yang menangguk di air keruh C Benar, dalam diri manusia ini ada yang berhati syaitan. Ada yang memang nampak seperti mahu membantu tetapi sebenarnya ada hajat yang kita tidak tahu. Jadi, hati-hati sewaktu meminta pertolongan. Elakkan diri anda daripada menjadi mangsa fitnah, viral atau tipu daya. 

6. ALLAH tempat mengadu C Saya jamin, sesiapa yang sentiasa mengadu pada Allah tidak mungkin akan mengambil jalan singkat untuk menyelesaikan masalahnya.  Serahkan diri dan masalah anda pada-NYA. Sesungguhnya dialah sebaik-baik penyelesai masalah.

Harapan saya agar kita semua mampu mengadapi apa juga masalah yang mendatang. Usahakan untuk tidur awal dan bangun awal. Masalah tidak akan selesai kalau tidak tidur. Jadi, usahakan tidur yang cukup supaya esoknya anda lebih cergas untuk hadapi masalah tidak kiralah sebenarnya mana pun ia tanpa cuba-cuba memikirkan jalan singkat. Insya-Allah. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Reply: 9
Komen

Komen Terbaru

Quote haryatie 12-10-2017 01:58 PM
pujuk je la hati sendiri ....
selebihnya mengadu kpd Allah

Lain-lain Komen

Quote epis 11-10-2017 02:41 PM
Terima kasih~~
Quote Artemesiaa 11-10-2017 03:13 PM
Bila tak fikir panjang jalan singkat tu ler yang dipilihnya
Quote palmolive 11-10-2017 03:39 PM
rajin2 makan ubat bagi yg berkenaan
Quote tagas 11-10-2017 03:43 PM
Nowadays prob: Masalah hutang, kewangan, family, adik bradik , umahtangga etc  

Quote -electrifying- 11-10-2017 03:50 PM
mslh tu akan hilang, jgn pkir kan sgt...
cri solusi... bkn pikir kan mslh
Quote cik-jaja 11-10-2017 05:13 PM
dekat2kan diri dengan pencipta..
Quote siskepoh 11-10-2017 05:29 PM
perkongsian yg sgt berguna. masyaallah
Quote mrizumi 12-10-2017 07:27 AM
Bila rasa kte ni susah..ramai lg susah dr kte..so,cuba lihat pd kelebihan yg kte ada plak..apapun2 berbalik la pd Pencipta kte..Insyallah dpt ketenangan tu..
Quote haryatie 12-10-2017 01:58 PM
pujuk je la hati sendiri ....
selebihnya mengadu kpd Allah

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057852s Gzip On
To Top