Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Penyanyi Rap Nelly Dituduh Merogol Wanita Dalam Bas

9-10-2017 12:29 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 1914| Komen: 13

Penyanyi rap antarabangsa, Nelly mengejutkan peminat seluruh dunia apabila ditahan pihak polis atas tuduhan merogol.

Dia ditahan berhampiran Seattle selepas seorang wanita menghubungi talian kecemasan 911, mendakwa dirogol penyanyi berkenaan di dalam sebuah bas jelajah.

Menurut laporan CNN, insiden berlaku ketika bas tersebut berada di tempat meletak kenderaan di sebuah pusat membeli belah Auburn.

Foto: Daily Mail
Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu popular seperti 'Ride Wit Me,' 'Hot in Herre' dan 'Dilemma,' dikatakan dalam perjalanan pulang bersama kumpulan pop Florida Georgia Line selepas melakukan persembahan jelajah di Auburn.

Dia kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke penjara South Correctional Entity Regional Jail di Washington.

Walau bagaimanapun Nelly atau nama sebenarnya Cornell Iral Haynes dibebaskan pada hari yang sama selepas selesai sesi soal siasat.

“Saya yakin bahawa selepas selesai siasatan lanjut, ia akan jelas bahawa saya adalah hanya mangsa tuduhan palsu," katanya di Twitter. 

“Mereka kenali saya. Saya janji saya akan membuktikan saya tidak bersalah dan saya janji saya akan mengambil segala tindakan undang-undang terhadap tuduhan palsu itu.”

Nelly dibebaskan tanpa ikat jamin kerana tiada dakwaan jenayah dikeluarkan. -CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Previous : Sam Smith Bercumbuan Dengan Brandon Flynn Ketika Dating Di NYC

Next       : Rupanya Taylor Swift Suka Mengintip Instagram Peminat..Siap Hantar DM!

Komen Terbaru

Quote takayama 17-10-2017 11:24 AM
adakah imaginasi pompuan tu aje

Lain-lain Komen

Quote mokcikKSKB 9-10-2017 12:39 PM
Betul gak yg nelly kata ni
Quote alieyrina 9-10-2017 01:04 PM
Harap ada cctv yg merakamkan..heehehee..pompuan tu yg gedik nak ke nely ku rasa..tp org xlayan
Quote nisako 9-10-2017 01:09 PM
sabo je le........................
Quote AbukRokok 9-10-2017 01:46 PM
nelly furtado ?
Quote AkuMark 9-10-2017 02:10 PM
Tringat lagu dilemma tiap kali nmpak nama nelly ni..smlm baru terbaca kes tuduhan palsu rogol 6 thn tertuduh kena penjara bru mangsa mengaku benda tak pernah jd...
Quote mieymiey 9-10-2017 03:03 PM
Pompuan tu berimaginasi jer ker sebenarnya?
Quote -electrifying- 9-10-2017 06:29 PM
xpsl je kena fitnah
Quote kroit92 9-10-2017 08:25 PM
alaa, artis diorang biasa kena gini

teringat dulu ada kes perempuan claimed, dia mengandungkan anak Justin Bieber. jumpa belakang stage    masa JB baru2 naik dulu

macam2 la diorang ni
Quote dani-rox 9-10-2017 10:35 PM
tingat lagu nih

Quote gerbera.memopad 10-10-2017 11:20 AM
Lagu Dilemma dia sampai skrg aku tak bosan dengar.

Punya la famous lagu ni dulu & ramai guna as polyphonic ringtone
Quote kisahkeaku 10-10-2017 12:56 PM
gerbera.memopad replied at 10-10-2017 11:20 AM
Lagu Dilemma dia sampai skrg aku tak bosan dengar.

Punya la famous lagu ni dulu & ramai guna as p ...

Ya Allah same laa.dulu kemain nokia butterfly taip satu2 utk ringtone lagu dilemma.
smpi skrg x jemu lagu tu.

tp rasanya peminat tu sendiri yg suka dan rela naik bas tu.
Quote Jorja 10-10-2017 09:30 PM
I suka Nelly ni.. nyanyi best acting pun best
Quote takayama 17-10-2017 11:24 AM
adakah imaginasi pompuan tu aje

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050856s Gzip On
To Top